Bila bercakap tentang kewangan, kadang-kadang ada yang terlalu teruja nak melabur, sampai lupa tentang tabung kecemasan. Sepatutnya, tabung kecemasan perlu diberi perhatian berbanding pelaburan. Sebab tanpanya, anda mungkin hadapi masalah yang besar di masa akan datang.
Bila nak pilih tempat untuk simpan tabung kecemasan, mestilah bersifat mudah dicairkan (boleh guna secara tunai bila diperlukan) dan berada di tempat yang selamat (capital protection). Tapi dekat mana tempat terbaik yang paling sesuai nak simpan tabung kecemasan ni sebenarnya?
Kalau simpan tabung kecemasan bertahun-tahun dalam bank, anda tak dapat apa-apa pulangan. Time is money. Jadi, ada tak tempat selain bank, yang boleh bagi manfaat dan kelebihan sepanjang tempoh simpanan tabung kecemasan? Sebab itu, dalam artikel ini, saya nak kongsikan 3 tempat terbaik simpan tabung kecemasan yang menguntungkan selain di bank.
Jangan skip baca kalau anda nak tahu jawapannya!
Kenapa TNG GO+ antara pilihan tempat terbaik untuk tabung kecemasan?
Sebab kalau anda perhatikan, TNG semakin luas digunakan sama ada di kedai fizikal, platform atas talian termasuk pembayaran bil. Ini kerana aksesnya yang mudah melalui smartphone dan jam tangan pintar. Boleh kata, ramai yang mula sebati dengan TNG sehingga sudah menjadi keperluan harian yang sentiasa di bawa ke mana-mana. Lebih menarik, TNG GO+ membolehkan anda menyimpan dan menikmati pulangan harian tanpa mengurangkan nilai asal tabung kecemasan anda.
Bukankah itu pilihan yang lebih bijak untuk anda?
Dah alang-alang gunakan aplikasi tersebut secara maksimum, anda boleh dapat pulangan dalam masa yang sama. Anda juga yang untung!
Kalau berlaku sebarang kecemasan, anda boleh terus keluarkan duit dengan mudah sama ada dipindahkan ke akaun bank atau guna duit terus melalui aplikasi. Tiada prosedur rumit dan tidak memerlukan masa yang lama. Tapi kena ingat, pastikan anda keluarkan duit atas sebab kecemasan sahaja. Bukan dengan tujuan yang tak tentu arah.
Moomoo adalah aplikasi pelaburan masa kini yang berdaftar di bawah Suruhanjaya Sekuriti. Walaupun anda belum bersedia untuk melabur, anda boleh guna Moomoo Cash Plus sebagai tempat simpan tabung kecemasan. Sama seperti TNG, Moomoo juga turut memberi pulangan harian yang kompetitif dengan tahap risiko yang sangat rendah. Moomoo juga menyediakan fungsi screening untuk dana patuh syariah seperti Maybank Retail Money Market-I Fund. Semestinya peluang terbaik untuk anda yang beragama Islam. Lagi menarik, bila anda boleh tengok jumlah pulangan harian melalui features kalendar (rujuk gambar rajah di bawah).
Jadikan features yang terdapat dalam Moomoo sebagai motivasi untuk anda penuhkan jumlah tabung kecemasan. Bila tabung simpanan dah penuh dan anda ada duit lebihan untuk melabur, barulah anda melabur dan kembangkan duit simpanan anda!
Versa Cash-i ialah dana pasaran wang patuh syariah yang diuruskan oleh AHAM Capital (dahulunya dikenali sebagai Affin Hwang Asset Management). Ia menawarkan peluang untuk pengguna menjana pulangan harian daripada simpanan mereka. Dana ini direka seakan-akan fixed deposit, tetapi anda boleh keluarkan dana kecemasan pada bila-bila masa sahaja tanpa dikenakan sebarang caj tambahan.
Selain mengadakan kempen promosi bulanan dan tahunan yang mampu meningkatkan pulangan tabung kecemasan anda, Versa Cash-i juga memberikan compound secara harian. Bermaksud untung hari ini akan dilaburkan semula untuk dapat untung lagi pada hari esok (boleh rujuk gambar di bawah). Ini juga bermakna jumlah tabung kecemasan anda akan terus berganda setiap hari.
Berikut merupakan ciri-ciri yang ada pada 3 platform di atas:
Sumber: TNG Go+ , Moomoo Cash Plus, Versa Cash-i
Penafian: Jumlah pulangan yang diberikan adalah berdasarkan April 2025. Ia mungkin akan berubah-ubah mengikut bulan dan tahun.
Walaupun ketiga-tiga platform ini tiada perlindungan PIDM, pengurus dana profesional sentiasa bertanggungjawab menjaga aset anda dengan teliti supaya risiko kekal rendah. Masih ada risiko cuma ia sangat minimum. Apa-apa pun, 3 tempat pilihan ini adalah sekadar cadangan, saya pasti anda bijak menilai dan membuat pertimbangan.
Kesimpulannya, untuk anda bina simpanan kecemasan dengan cepat tidaklah ambil masa bertahun-tahun kalau anda simpan di tempat yang betul. Rugi sekiranya anda ada pilihan untuk tingkatkan jumlah simpanan, tapi anda tak ambil peluang tersebut. Bila selesai simpanan kecemasan, anda boleh ke target seterusnya seperti pelaburan. Ada banyak peluang boleh diteroka untuk kembangkan duit anda. Kalau anda sudah bersedia, boleh sertai kelas pelaburan percuma dari Absorich DI SINI. Fikirkan masa depan dan elakkan sikap suka bertangguh untuk buat perubahan ke atas kewangan.
Sehingga berjumpa lagi dalam artikel yang seterusnya 😊
50% Complete
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.