3 Cara Bijak Mulakan Pelaburan Untuk Orang Muda

pelaburan May 22, 2025

 

Ramai orang muda zaman sekarang nak mulakan pelaburan tapi sentiasa ada rasa takut rugi dan tak tahu nak mula dari mana.

 

Dengan situasi ekonomi dunia yang makin mencabar yang berlaku di sekeliling anda, menyimpan duit tanpa pelaburan semata-mata tidak mencukupi. Anda kena mula melabur dari sekarang supaya duit anda terus berkembang dan tak dimakan inflasi setiap tahun.

 

Kalau anda tak nak rasa menyesal simpan duit dalam bank bertahun-tahun tanpa buat apa-apa pelaburan dari sekarang, lebih baik anda aplikasikan 3 cara bijak mulakan pelaburan khas untuk orang muda yang mahu bina masa depan kewangan yang lebih stabil.

 

Cara #1 Kukuhkan kewangan [PALING UTAMA]

Ada banyak instrumen pelaburan yang ada dalam dunia ini. Ada yang popular macam Crypto dan saham, dan ada yang unik macam Unit Trust. Tapi jangan terlalu teruja nak kejar keuntungan cepat sampai abaikan asas kewangan sendiri.

 

Segelintir orang mula melabur sebab ikut trend. Kawan ajak, anda pun ikut sahaja. Niat nak “grow duit” tu bagus, tapi malangnya terlupa nak semak dulu poket sendiri. Sedangkan asas kewangan yang kukuh ini umpama tiang rumah, kalau tak kuat, runtuhlah rumah yang anda bina selama ini. Bak kata pepatah Melayu, “yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

 

Jadi sebelum mula melabur, jom saya bantu anda semak 3 checklist penting ini:

  1. Dah ada simpanan kecemasan sekurang-kurangnya 6 bulan gaji?
  2. Ada hutang jahat yang belum selesai seperti hutang kad kredit?
  3. Ada duit lebihan untuk mula melabur?

Kalau jawapan anda belum, itu tandanya anda belum sedia untuk mula melabur lagi. Gunakan masa ini untuk fokus betulkan ‘money cashflow’ terlebih dulu. Bila semua checklist ini anda dah berjaya selesaikan, tahniah saya ucapkan sebab anda berada di landasan yang betul.

 

Cara #2 Tambah ilmu, asah skill dan duduk dalam komuniti

Zaman sekarang, semua maklumat ada di hujung jari. Anda boleh cari dalam internet, bersepah maklumat yang anda akan jumpa. Tapi bila ada lambakan maklumat, anda perlu cari ilmu yang boleh bimbing anda dari bawah untuk buat pelaburan. Tak cukup sekadar teori tapi merangkumi ilmu praktikal supaya kemahiran melabur anda diasah sampai mahir.

 

Di samping menambah ilmu dan skill, bonus sekiranya anda jumpa komuniti yang sama-sama dalam perjalanan pelaburan anda. Anda kena sedar perjalanan yang bakal anda hadapi akan sentiasa ada naik dan turun. Sebab itu dengan kekuatan komuniti anda boleh kekalkan konsistensi dan semangat untuk terus berjuang demi masa depan kewangan anda. Kalau anda sedang mencari platform yang menggabungkan ilmu, bimbingan dan komuniti, jangan risau sebab di Malaysia ada platform pendidikan kewangan seperti ABSORICH untuk mudahkan akses anda kepada kewangan dan pelaburan.

 

Cara #3 Mula melabur dengan modal yang kecil

Nak mula melabur bukan boleh main redah saja. Ada step by step. Jangan terus letak lump sum dengan jumlah yang besar. Hakikat sebenar pelaburan, ada masa untung ada masa rugi. Ingat, rugi itu pasti, untung itu rezeki. Sebab itu, untuk anda yang pertama kali melabur, mulakan dengan jumlah yang kecil dulu. Tujuannya, untuk anda dapatkan momentum melabur. Kalau rugi pun masih kecil jumlahnya.

 

Zaman sekarang lagi mudah. Tak perlu tunggu duit banyak. Contohnya, unit trust boleh mula serendah RM100, saham boleh beli serendah 1 lot (100 unit) dan robo advisor macam Wahed Invest boleh mula serendah RM10.

 

Ada banyak peluang melabur yang ada depan mata. Jadi tak ada alasan untuk tak mula melabur dari sekarang.

 

Secara keseluruhannya, untuk mulakan pelaburan sebagai orang muda bukanlah satu masalah yang besar. Anda ada sumber pendapatan, tenaga dan otak yang tajam. Jadi gunakan masa muda ini untuk dapatkan sebanyak mungkin ilmu dan pengalaman melabur dalam pelbagai instrumen pelaburan sama ada yang berisiko rendah atau berisiko tinggi.

 

Elakkan mengikut cakap orang secara membuta tuli. Lebih lagi zaman sekarang terlalu banyak penipuan dan skim cepat kaya yang menjanjikan keuntungan bulan dan bintang. Kalau mudah terpedaya, memang menyesal seumur hidup. Duit yang anda cari dan simpan bukan untuk diberi kepada penipu. Maka, berhati-hatilah dalam menguruskan pelaburan.

 

Sehingga berjumpa lagi dalam artikel yang seterusnya 😊

Close

50% Complete

Two Step

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.