Tahukah anda?
Sekitar RM147.7 juta hutang Buy Now Pay Later (BNPL) gagal dibayar sehingga September 2025 di Malaysia. Apa yang lebih mengejutkan, statistik menunjukkan golongan muda berusia 20-an adalah yang paling ramai terjebak sehingga menyumbang kepada peningkatan kes kegagalan membayar balik hutang.
Memang Buy Now Pay Later memberi kemudahan pembayaran ansuran bulanan yang rendah. Tapi kalau disalahgunakan, ia boleh membawa banyak keburukan daripada kebaikan. Sebab itu, sebelum anda tekan butang checkout, faham dulu 5 cara menggunakan Buy Now Pay Later dengan betul.
Inilah asas paling penting. Buy Now Pay Later hanya wajar digunakan untuk keperluan sebenar, bukan keinginan sementara. Cuba bezakan situasi seperti ini:
Hakikatnya, setiap ringgit Buy Now Pay Later hari ini adalah duit masa depan anda yang sudah guna awal. Oleh itu, gunakan BNPL untuk beli barang keperluan sahaja bukan untuk tujuan barang kemahuan yang boleh ditunda nanti.
Silap besar kalau anda guna Buy Now Pay Later sebab akaun bank dah kosong. Anda sepatutnya guna Buy Now Pay Later hanya apabila anda mampu untuk bayar secara tunai, tapi anda pilih untuk kecilkan jumlah bayaran supaya aliran tunai anda lebih cantik. Contohnya:
Kalau anda ada RM1,000 dalam tangan dan barang itu berharga RM900, anda boleh pilih untuk bayar RM300 sebulan selama 3 bulan. Baki RM700 duit yang ada dalam tangan tu, anda boleh simpan atau labur dalam instrumen pelaburan. Tapi kalau dalam akaun bank ada RM50 sahaja dan anda gatal tangan nak beli barang RM900 guna Buy Now Pay Later, itu namanya menjerat diri!
Kalau anda tak tahu duit pergi mana setiap bulan Buy Now Pay Later akan jadi perangkap paling bahaya. Sebab itu sebelum buat BNPL, rujuk semula bajet bulanan anda. Kalau anda masih belum ada bajet kewangan yang lengkap boleh amalkan Sistem 3 Bank,
Berikut antara contoh bajet yang boleh anda amalkan:
| Sistem 3 Bank | Kategori Perbelanjaan | Bajet Kos Kewangan |
|---|---|---|
| Pendapatan | Gaji Bersih (Net Pay) | RM3,000 |
| Keperluan (80%) | Sewa Bilik/Rumah (termasuk utiliti) | RM500 |
| Ansuran Kereta/Motor ( termasuk maintenance, road tax & takaful ) | RM600 | |
| Petrol & Tol / Pas MyCity | RM 300 | |
| Barang Dapur & Makan Luar | RM 700 | |
| Bil Telefon / WiFi Rumah | RM 100 | |
| Penjagaan Diri (Skincare, Haircut, Toiletries) | RM 200 | |
| Kemahuan (10%) | Reward Diri ( Lifestyle ) | RM150 |
| Subscription (Netflix, Spotify, iCloud) | RM 50 | |
| Sukan & Hobi (Gim, Futsal, Pickleball) | RM 100 | |
| Simpanan (10%) | Simpanan (Takaful & Dana Kecemasan) | RM300 |
Berdasarkan contoh jadual ini, bila anda dah ada bajet bulanan yang tetap, lebih mudah untuk audit semula perbelanjaan anda, sama ada on track atau over expenses. Kalau barang Buy Now Pay Later tu masih berada dalam bajet bulanan untuk barang keperluan, maka anda selamat untuk menggunakan Buy Now Pay Later.
Mulai tahun 2024, rekod Buy Now Pay Later boleh mempengaruhi Central Credit Reference Information System (CCRIS). Secara tidak langsung, kalau anda ada sebarang rekod tunggakan ataupun caj lewat bayar, ia memberi rekod buruk kepada pihak bank tentang prestasi kewangan anda. Keadaan ini juga akan menyukarkan anda membuat sebarang pinjaman pada masa hadapan.
Berikut merupakan Jadual Caj Lewat Bayar yang dikenakan oleh pihak BNPL :
| Platform | SPayLater | Grab PayLater | Atome |
|---|---|---|---|
| Caj Lewat Bayar | RM10 atau jumlah prinsipal bil (mana yang lebih rendah). | RM10 sebagai caj pentadbiran untuk setiap bulan yang tertunggak. | RM30 setiap kali bayaran gagal. Tambahan RM30 jika masih tak bayar selepas 7 hari. |
| Kesan | Akaun SPayLater dan Shopee digantung terus. | Akaun GrabPayLater digantung serta-merta. | Akaun Atome digantung dan tidak boleh buat pembelian baru. |
| Had Maksimum Caj | Bergantung kepada jumlah baki tunggakan. | Had RM30 sekiranya tunggakan berlarutan melebihi 3 bulan. | Had maksimum denda sehingga RM60 bagi satu transaksi. |
| Status | Patuh Syariah | Tidak Patuh Syariah | Patuh Syariah |
Sumber: SPayLater, Grab PayLater, Atome (Info kemaskini 2026. Tertakluk kepada perubahan)
Oleh itu, membayar semula ansuran Buy Now Pay Later tepat pada masanya bukan pilihan tapi suatu keperluan bagi mengelakkan caj lewat bayar dan rekod buruk anda di mata bank.
Apa yang anda perlu tahu, Buy Now Pay Later bukan untuk semua benda dan tidak perlu digunakan setiap masa. Pengguna yang bijak akan:
Ketahuilah limit yang ada pada akaun Buy Now Pay Later anda bukanlah untuk anda gunakan semuanya. Ia hanya bermaksud anda dibenarkan berhutang lebih banyak.
Kesimpulannya, Buy Now Pay Later bukanlah sesuatu yang buruk kalau digunakan dengan cara yang betul. Ia sebenarnya boleh membantu anda mengurus aliran tunai dengan lebih fleksibel. Tapi masalah mula timbul apabila ia digunakan tanpa kawalan, lebih kepada ikut emosi dan kehendak semata-mata sehingga menjerat diri anda dalam komitmen hutang yang bertimbun dari bulan ke bulan.
Akhirnya, Buy Now Pay Later hanya akan menjadi alat kewangan yang bermanfaat jika pengguna ada disiplin dan kesedaran kewangan yang jelas. Tanpa kawalan, ia boleh bertukar menjadi beban yang menjejaskan skor kredit, masa depan pinjaman dan kestabilan kewangan jangka panjang. Sebab itu, kunci sebenar bukan pada kemudahan Buy Now Pay Later itu sendiri, tetapi pada cara anda mengurus dan mengawal setiap keputusan perbelanjaan dengan bijak.
50% Complete
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.