3 Tips Melabur Saham Dengan Selamat

saham Aug 25, 2022

Seseorang yang melabur saham perlu untuk bersiap sedia fizikal dan mental. Dari sudut fizikal, bersiap sedia dengan modal yang selesa untuk anda hilang. Dari sudut emosi, bersedia dengan pengurusan emosi yang mantap. Lumrah melabur dalam saham ada pasang surutnya. Sekejap untung, sekejap rugi.

 

Jika tidak bersedia dengan dua perkara asas di atas, saya pasti bila-bila masa anda akan mudah berputus asa untuk meneruskan pelaburan. Oleh sebab itu, artikel pada kali ini saya akan berkongsi 3 tips melabur saham dengan selamat supaya anda dapat mencapai matlamat pelaburan anda.


Tip #1 Mula dengan jumlah yang kecil

“Nak untung besar, mesti melabur modal yang besar”

 

Jika anda pernah berfikiran sedemikian, cuba reset cara fikir anda serta merta. Ramai orang mula melabur tetapi tidak mempunyai mentaliti yang betul. Sebab itu mereka mudah berputus asa. Modal yang besar tidak menjamin apa-apa keuntungan dalam pelaburan saham. Lebih-lebih lagi saham itu sendiri bersifat volitile iaitu ketidaktentuan naik dan turun harga pasaran.

 

Saya cadangkan mula dengan jumlah yang anda sanggup dan selesa untuk hilang. Kalau selesa dengan jumlah RM1,000, mula dengan jumlah itu. Dari sini anda akan belajar macam mana untuk gandakan modal sedia ada. Objektif awal anda adalah untuk menimba pengalaman bagi menggandakan modal RM1,000 kepada RM2,000.

 

Cara begini lebih selamat untuk mengawal kerugian dan mendapatkan keuntungan yang anda sasarkan dengan lebih terancang.


Tip #2 Konsisten melebihi untung

Cuba anda tetapkan berapa percent keuntungan yang anda mahukan sebelum anda menjual saham anda. Tidak mengapa untuk anda tetapkan percent yang minima kerana matlamat anda adalah untuk mendisiplinkan diri mengikut sasaran yang ditetapkan. 

 

Sebagai contoh : target 5 %

5% x 12 bulan : RM50

 

RM50 mungkin tidak besar bagi anda tapi ini yang akan bantu anda bila anda bersedia untuk labur jumlah yang lagi besar.


Tip #3 Hanya beli saham syarikat yang cemerlang

Kali ini saya kongsikan rahsia kekal keuntungan iaitu dengan hanya beli saham syarikat yang cemerlang. 

 

Macam mana nak pastikan?

 

Maka anda kena buat sedikit homework sedikitlah..

 

Saham syarikat yang bagus mempunyai profit, hutang yang rendah, serta konsisten memperoleh keuntungan dari tahun ke tahun.



Secara keseluruhannya, duit anda adalah tanggungjawab anda. Sebab itu bila anda mahu laburkan duit anda, pastikan anda faham apa itu saham barulah mula melabur duit yang anda ada.

 

Sertai kelas saham dan tuntutlah ilmu dengan mereka yang pakar melabur dalam saham supaya mereka boleh membimbing anda melabur duit dengan cara yang bijak dan selamat.

Close

50% Complete

Two Step

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.