5 Kelebihan Melabur dalam Unit Trust

pelaburan Feb 04, 2026

Bagi anda yang masih baru dalam dunia pelaburan, unit trust adalah salah satu instrumen yang sangat sesuai untuk anda.

Kalau nak dibandingkan dengan beberapa instrumen pelaburan lain seperti saham, kripto dan hartanah, semua itu merupakan pelaburan berisiko tinggi dan anda lebih terdedah kepada risiko kerugian yang besar.

 

Sebab itu, kalau anda sedang mempertimbangkan unit trust sebagai salah satu instrumen pelaburan untuk menggandakan simpanan anda, berikut merupakan 5 kelebihan melabur dalam unit trust yang anda perlu tahu dan hadam sampai habis!

 

Kelebihan #1 Diuruskan oleh Pengurus Dana Profesional

Kelebihan paling utama unit trust ialah ia diuruskan oleh pengurus dana profesional.

 

Pengurus dana ini bukan individu biasa. Mereka terdiri daripada pasukan profesional yang:

  • Mempunyai kelayakan kewangan dan pelaburan
  • Berpengalaman dalam menganalisis pasaran
  • Memantau prestasi aset secara berterusan
  • Membuat keputusan berdasarkan data dan strategi yang jelas

 

Kenapa ini penting?

 

Bagi anda yang bekerja sepenuh masa, amat sukar untuk:

  • Mengkaji laporan kewangan syarikat
  • Memahami pergerakan pasaran global
  • Menentukan masa sesuai untuk membeli atau menjual aset

 

 

Melalui pelaburan dalam instrumen unit trust, anda dapat menyerahkan tugas ini kepada golongan pakar yang melakukannya sebagai kerjaya sepenuh masa. Kelebihan utama di sini anda boleh melabur tanpa perlu menjadi pakar pelaburan.

 

Kelebihan #2 Risiko Pelaburan Dipelbagaikan (Diversifikasi)

Ada orang takut melabur sebab takut kehilangan duit. Hakikatnya, risiko terbesar dalam pelaburan ialah meletakkan semua duit dalam satu bakul. Di sinilah unit trust memberikan kelebihan besar melalui konsep diversifikasi.

Bagaimana diversifikasi berfungsi dalam unit trust?

 

Dana unit trust biasanya dilaburkan dalam:

  • Pelbagai syarikat
  • Pelbagai sektor industri
  • Pelbagai kelas aset (saham, bon, sukuk)
  • Kadang-kadang pelbagai negara

 

Apabila sesuatu pelaburan mengalami kejatuhan, ia boleh diimbangi dengan pelaburan lain yang mempunyai prestasi yang lebih baik. Oleh itu, unit trust membantu mengurangkan risiko pelaburan anda tanpa menjejaskan potensi pulangan.

 

Kelebihan #3 Modal Permulaan yang Rendah

Salah satu mitos paling besar tentang pelaburan ialah “kena ada duit banyak baru boleh melabur”. Hakikatnya, unit trust boleh dimulakan dengan modal serendah RM100 sahaja. Sebab itu unit trust sangat sesuai untuk sesiapa yang di level beginner seperti pelajar, graduan baru bekerja, individu berpendapatan kecil atau sederhana dan sesiapa sahaja yang ingin membina tabiat melabur secara konsisten pun boleh mula melabur dalam unit trust.

 

Walaupun jumlahnya permulaan pelaburan anda kecil, tapi pelaburan yang konsisten dalam unit trust boleh berkembang dengan kuasa compounding (faedah berganda).

 

Kelebihan #4 Fleksibel dan Mudah Diurus

Antara ciri fleksibiliti unit trust adalah:

  • Anda boleh tambah modal pelaburan pada bila-bila masa
  • Anda boleh keluarkan sebahagian atau keseluruhan dana mengikut matlamat kewangan anda
  • Anda tidak perlu pantau pasaran setiap hari

 

Ini kerana kebanyakan syarikat pengurus dana kini menyediakan portal dalam talian, aplikasi mudah alih dan penyata pelaburan berkala untuk memudahkan anda memantau prestasi pelaburan unit trust.

 

Kelebihan #5 Sesuai untuk Pelaburan Jangka Sederhana dan Panjang

Unit trust bukan skim cepat kaya. Ia direka untuk pelaburan jangka sederhana hingga panjang. Kenapa penting untuk anda tahu perkara ini?

 

Melalui strategi pelaburan yang betul, unit trust boleh digunakan untuk:

  • Dana pendidikan anak
  • Dana persaraan
  • Dana pergi haji
  • Dana beli rumah

 

Bila anda mula faham cara unit trust berfungsi, ia akan lebih memudahkan anda membuat perancangan kewangan terutama mengembangkan simpanan untuk jangka masa 3 tahun ke atas.

 

Selepas anda mengetahui 5 kelebihan melabur dalam unit trust dan merasakan instrumen ini sesuai dengan gaya hidup anda yang sibuk bekerja, langkah seterusnya ialah membina kefahaman yang betul sebelum mula melabur dalam unit trust.

 

Unit trust bukan tentang keuntungan segera, tetapi tentang konsistensi dan keputusan yang dibuat dengan ilmu. Kalau anda serius nak duit bekerja untuk anda tanpa perlu mengorbankan masa dan fokus harian, ini masa yang sesuai untuk belajar dengan lebih sistematik tentang pelaburan unit trust. Klik sini untuk mulakan langkah pertama anda.

Close

50% Complete

Two Step

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.