Apa Itu Pelaburan Unit Trust?

unit trust Mar 24, 2022

Bila sebut pelaburan, pasti kita akan terbayang tentang saham, emas dan hartanah. Biasanya orang lebih tertumpu kepada instrumen pelaburan yang popular yang kebanyakan orang di Malaysia laburkan duit mereka untuk tujuan mendapatkan pulangan yang lebih baik. Amat jarang sekali orang bercakap tentang Unit Trust yang juga merupakan instrumen pelaburan untuk orang ramai. 

Menggandakan duit dengan pelaburan

Tahukah anda tentang Unit Trust? Hari ini jom saya kongsikan dengan lebih lanjut satu lagi instrumen pelaburan iaitu Unit Trust/Unit Amanah/Amanah Saham dan bagaimana instrumen pelaburan ini berfungsi dalam memberi keuntungan kepada pelabur.

 

Unit trust atau Unit Amanah merupakan suatu dana kolektif yang dikumpulkan menggunakan wang-wang pelabur untuk dilaburkan ke dalam pelbagai sektor atau kelas aset dalam kuantiti yang besar.

 

Antara sektor yang dilaburkan melalui Unit Trust ini ialah :

  1. Ekuiti (saham di Bursa Malaysia dan luar negara)
  2. Bond atau sukuk
  3. Fixed deposit
  4. Money market 

 

Bergantung kepada dana yang anda pilih semasa memulakan pelaburan, dana tersebut boleh digunakan untuk dilaburkan sama ada di pasaran dalam negara atau luar negara. Sebagai contoh Sime Darby, Nike, Petronas, Apple, Microsoft dan banyak lagi!

 

Berbeza dengan saham, anda tidak melabur secara langsung ke dalam syarikat. Tetapi anda mewakilkan orang lain untuk laburkan duit anda ke dalam syarikat-syarikat yang berpotensi dan mempunyai track record yang baik menurut kaca mata pakar dan profesional.

Seorang pakar membuat strategi pelaburan

Dana yang terkumpul itu akan diuruskan oleh pengurus dana/fund manager yang bertauliah dan profesional yang telah dilantik oleh Syarikat-Syarikat Pengurusan Unit Amanah. Fund manager bertanggungjawab menganalisa dan menstrategikan pembelian unit amanah agar pelabur memperoleh keuntungan dari sudut kenaikan harga unit dan pembahagian pendapatan (income distribution).

 

Adakah pelaburan Unit Trust selamat?

Untuk pengetahuan anda, penubuhan syarikat-syarikat pengurusan unit amanah mendapat kelulusaan daripada Federation of Investment Managers Malaysia (FIMM) dan dipantau oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia bagi memastikan pematuhan garis panduan dan undang-undang supaya segala transaksi dalam keadaan telus dan selamat.


Seorang muslim membaca data pelaburan di laptop

Adakah pelaburan Unit Trust patuh syariah?

Unit Trust mempunyai dua pembahagian iaitu pelaburan konvensional dan pelaburan patuh syariah. Bagi anda yang beragama Islam, saya sangat galakkan untuk melabur ke dalam dana yang patuh syariah. Untuk mengenalpasti sama ada pelaburan patuh syariah atau tidak adalah sangat mudah dan tidak terlalu kompleks. Anda boleh mengenalpasti melalui nama dana tersebut seperti AmanahRaya Syariah Trust Fund, Manulife Shariah, Kenanga Islamic Money Market Fund dan banyak lagi di website Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

 

Dana patuh syariah mempunyai penasihat syariah yang dilantik agar tiada pelaburan yang menyalahi hukum-hakam Islam seperti judi, arak dan riba.

 

mengukur jangka masa melabur duit

Berapa lama melabur dalam Unit Trust?

Unit Trust merupakan pelaburan jangka masa sederhana dan panjang. Sifat jangka sederhana biasa antara 3 hingga 5 tahun, manakala jangka panjang adalah melebih 5 tahun dan ke atas. Kalau kurang dari tempoh tersebut, untuk anda mencapai matlamat keuntungan mungkin tidak seperti yang diharapkan.

 

Terlalu banyak peluang pelaburan yang anda boleh pilih dan manfaatkan. Bagi saya, instrumen pelaburan yang wujud ini ibarat ‘kenderaan’ untuk menggandakan kekayaan anda. Jadi, pilihlah pelaburan yang dekat dengan hati anda dan berdasarkan pengetahuan tentang sesuatu pelaburan itu. Jangan mudah terikut-ikut, nanti anda sendiri yang kecewa.

Close

50% Complete

Two Step

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.