Beza Pelaburan Saham dan Unit Trust di Malaysia

unit trust Apr 15, 2022

 Kebanyakan rakyat Malaysia faham tentang pelaburan saham. Sebagai satu instrumen pelaburan yang sering dikaitkan dengan pulangan yang tinggi, tak hairanlah bila ramai yang cukup biasa dengar tentang saham.

 

Tapi bagaimana pula dengan Unit Trust? Apa perkara pertama yang anda fikir bila sebut tentang Unit Trust?

 

“Kena guna ejen..”

 

“Pulangan rendah..”

 

“Tak berbaloi..”

 

“Long term..”

 

Hakikatnya, walaupun ramai yang faham tentang saham, masih juga ramai yang kena scam. Walaupun Unit Trust nampak macam boring, tapi ada juga yang berjaya buat pulangan.

 

Apa yang anda fikir tentang saham dan Unit Trust, saya tak boleh kawal. Tapi sebelum anda buat kesimpulan tentang keduanya, cuba anda cek smula sama ada fikiran anda dipengaruhi oleh fakta atau buah mulut orang semata-mata?


Dacing untuk menimbang fakta dan mitos tentang saham dan unit trust

Bagi mengelakkan pengetahuan berpaksikan sentimen masyarakat tentang dua instrumen ini, kali ini saya akan berkongsi tentang Beza Pelaburan Saham dan Unit Trust di Malaysia sebagai pendedahan untuk anda mula berjinak-jinak menambah pengetahuan tentang dunia pelaburan. 

 

Pelaburan saham bermaksud pegangan hak milik sesebuah syarikat yang boleh anda dapatkan dengan membeli saham dari syarikat-syarikat yang disenaraikan oleh Bursa Malaysia.

 

Manakala Unit Trust atau Unit Amanah pula ditakrifkan sebagai suatu dana yang dikumpulkan dari pelabur-pelabur untuk membeli pelbagai portfolio aset yang diuruskan oleh pengurus dana atau fund manager yang dilantik dari kalangan profesional.

 

Dalam erti kata lain dalam saham anda MEMBELI pemilikan secara terus dari sesebuah syarikat. Manakala Unit Trust, anda melabur ke dalam kumpulan DANA yang diuruskan oleh pengurus dana profesional untuk MEMBELI pemilikan syarikat bagi pihak anda.


Saham vs Unit Trust berlatarbelakangkan graf saham

Untuk melihat perbezaan yang lebih spesifik, anda boleh lihat perbezaan yang saya kemukakan di bawah;

 

SAHAM

  • Untuk memulakan pelaburan saham, anda dikehendaki membuka CDS account dan trading account di mana-mana syarikat broker yang berdaftar dengan Bursa Malaysia.
  • Anda sendiri yang perlu mengkaji prospektus syarikat, menstrategikan modal, menganalisis data melalui graf atau carta dan lain-lain. Tiada ejen yang boleh dilantik.
  • Lone ranger - Tiada fund manager yang bantu untuk laburkan dana anda.
  • Hanya tertumpu kepada saham di Bursa Malaysia sahaja.
  • Anda menjadi salah seorang pemilik syarikat kerana anda melabur secara terus ke dalam saham syarikat. (Jika ada majlis formal seperti Annual General Meeting - anda turut mendapat undangan).
  • Anda mendapat keuntungan dalam bentuk dividen sahaja - Setiap keuntungan yang berjaya dibuat oleh syarikat, anda layak mendapatkan dividen.



UNIT TRUST

    • Untuk memulakan pelaburan, tidak perlu CDS dan Trading account - pelabur perlu laburkan wang ke dalam dana yang diuruskan oleh Syarikat Pengurusan Unit Amanah yang diiktiraf oleh Federation of Investment Managements Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti.
    • Anda boleh lantik ejen untuk buat portfolio pelaburan bagi pihak anda - tugas anda mungkin hanya monitor pasaran dan menikmati kenaikan atau menghadapi penurunan modal.

 

  • Anda tidak keseorangan - Dana anda diuruskan oleh fund manager yang pakar dalam bidang berkaitan untuk bantu laburkan dana anda ke tempat yang berpotensi memperoleh keuntungan.

 

  • Boleh diversify ke dalam pelbagai sektor aset seperti membeli saham syarikat, fixed deposit, bond/sukuk dan lain-lain sama ada dalam dan luar negara. 
  • Anda bukan pemilik syarikat. Fund manager yang mendapat pemilikan kerana mereka melaburkan duit bagi pihak anda. 
  • Anda menikmati dua jenis keuntungan iaitu;
    1. Kenaikan harga unit (Capital gains).
    2. Dividen

 

Secara umumnya, melabur dalam saham sesuai untuk mereka yang mempunyai matlamat pelaburan jangka pendek dan sederhana untuk mendapatkan keuntungan. Manakala mereka yang melabur dalam Unit Trust sesuai untuk mereka yang mempunyai matlamat pelaburan jangka sederhana dan panjang iaitu 3-5 tahun dan ke atas.

 

Bergantung pada matlamat anda, instrumen pelaburan mana yang anda selesa untuk laburkan duit anda?

 

Apa sahaja jawapan anda nanti, anda mesti ingat bahawa setiap pelaburan yang wujud berpotensi untuk meraih keuntungan dan kerugian. Begitu juga saham dan Unit Trust yang mempunyai model pelaburan yang telah disusun untuk mencapai matlamat utama pelaburan iaitu keuntungan. Kebijaksanaan dalam mengatur strategi merupakan salah satu kunci untuk berjaya dalam pelaburan.

 

Namun, bagaimana anda boleh mencipta strategi yang tepat sekiranya anda tiada sebarang ilmu tentang pelaburan yang bersesuaian dengan minat dan personaliti anda?

 

Berbalik pada tujuan asal saya berkongsi tentang beza pelaburan saham dan Unit Trust, apa sahaja pelaburan yang anda sertai pastikan anda menambah pengetahuan dan dapatkan pendedahan yang jelas tentang sesuatu perkara. 

 

Orang yang mempunyai ilmu asas pelaburan yang kukuh, tidak akan mudah terpengaruh dengan apa yang di “momok” oleh orang lain.

 

Nak tahu lebih lanjut tentang dunia pelaburan sebenar, lebih baik dengar dari mentor kewangan berpengalaman yang boleh beri bimbingan berbanding anda dengar dari buah mulut atau gosip yang menjatuhkan semangat anda dari memulakan pelaburan.

 

Tak begitu?

Close

50% Complete

Two Step

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.