Zakat pendapatan adalah zakat yang dikenakan ke atas harta perolehan seperti gaji, upah, elaun, komisen, bonus dan lain - lain.
Untuk anda yang sudah mempunyai sumber pendapatan, anda mungkin tertanya-tanya bila masa yang sepatutnya untuk bayar zakat pendapatan dan bagaimanakah caranya?
Sebab itu dalam artikel kali ini saya akan kongsikan cara bayar zakat pendapatan dengan betul. Teruskan membaca!
Menurut Majlis Fatwa Kebangsaan, hukum membayar zakat pendapatan adalah wajib ke atas individu yang telah cukup syarat. Tapi, apa syarat tersebut?
Tahukah anda? Kebiasaannya zakat pendapatan dibayar pada setiap hujung tahun pada bulan Disember untuk memudahkan urusan tuntutan rebat cukai pendapatan bagi tahun tersebut. Namun, pembayaran boleh dilakukan pada bila-bila masa sepanjang tahun setelah cukup syarat.
Mungkin ada yang keliru, apa perbezaan antara kedua-duanya, adakah ianya sama atau berbeza. Berikut adalah perbezaannya :

Untuk pengetahuan anda, terdapat 2 cara pengiraan zakat pendapatan yang dilaksanakan di Malaysia iaitu :
1. Pendapatan Kasar ( Tanpa Tolakan )
Jumlah Zakat = 2.5% X ( Pendapatan Kasar Tahunan + Bonus + Elaun Tahunan )

2. Pendapatan Bersih ( Dengan Tolakan )
Jumlah Zakat = 2.5% X ( Pendapatan Kasar Tahunan + Bonus + Elaun Tahunan ) - ( Tolakan yang dibenarkan setahun )

Penerangan: Dari cara pengiraan ke 2 ini, anda hanya layak dikenakan zakat pendapatan apabila jumlah C mencapai jumlah cukup nisab (85 gram). Untuk mengetahui jumlah nisab dalam bentuk Ringgit Malaysia, anda boleh semak jumlah tersebut di laman sesawang negeri masing-masing,
Nota tambahan : Item tolakan adalah berdasarkan panduan institusi zakat negeri anda. Untuk memudahkan cara pengiraan zakat, anda boleh layari kalkulator zakat di laman sesawang lembaga zakat negeri masing-masing.
Terdapat beberapa saluran yang anda boleh gunakan untuk membayar zakat pendapatan iaitu :
Nota Tambahan : Mungkin anda pernah tertanya, nak bayar zakat pendapatan di mana? Negeri tempat anda bekerja atau negeri tempat anda menetap?
Jawapannya: Bayar zakat pendapatan di negeri yang anda bekerja. Penjelasan lanjut boleh rujuk di sini.
Kesimpulannya, urusan membayar zakat pendapatan kini semakin mudah dengan adanya sistem teknologi yang canggih. Malah, setiap bayaran zakat pendapatan juga melayakkan anda menerima rebat cukai daripada pihak LHDN. Lebih penting lagi, zakat memberi manfaat besar bukan sahaja kepada penerima, tetapi juga kepada pembayar. Zakat bukan sekadar kewajipan, tetapi kunci kepada keberkatan hidup dan kesucian harta.
Jangan lupa bayar zakat pendapatan bila anda layak untuk melakukannya!
        
        50% Complete
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.