Di mata manusia, kekayaan selalu diukur dengan kemewahan harta benda. Sedangkan definisi kekayaan tidak terhad untuk itu sahaja. Tapi saya faham, anda mesti tertanya-tanya bagaimana cara untuk jadi kaya dan berjaya dari sudut kewangan?
Oleh sebab itu, saya kongsikan 5 cara jadi kaya dari sudut pandang Perancang Kewangan Berlesen. Jadi pastikan anda luangkan 5 minit sebagai tanda anda komited untuk capai kekayaan yang anda impikan.
Mindset adalah segalanya. Sebab itu ia berada dalam point yang pertama! Ia adalah asas yang banyak mempengaruhi tindakan terutama bila anda tekad untuk jadi kaya.
Bila anda ada mindset positif, anda tidak akan mudah berputus asa bila hadapi sebarang halangan dalam kerjaya, bisnes dan apa saja yang anda lakukan. Selain itu, orang kaya yang mempunyai mindset positif akan mudah menerima pendapat dan teguran orang lain. Bagi anda, setiap teguran adalah satu nasihat untuk anda jadi orang yang lebih baik.
Mindset yang positif juga membantu anda supaya tidak mudah merasa gagal dan sentiasa percaya ada harapan untuk anda berjaya jadi orang kaya. Dengan itu, anda boleh menganggap kesilapan yang anda lakukan hari ini adalah satu bentuk proses untuk anda jadi versi diri yang terbaik.
Cara anda dibesarkan serta didikan ahli keluarga boleh mempengaruhi nilai dan peribadi dalam diri anda. Tapi itu tidak bermakna anda tidak boleh mengubah nilai dan peribadi diri mengikut acuan yang anda inginkan. Kalau anda nak jadi orang kaya sebenar, anda kena tiru nilai murni dan peribadi baik orang kaya.
Contohnya Khairul Aming, sebelum beliau dikenali sebagai jutawan sambal, beliau seorang yang suka berkongsi ilmu dan mesra dengan pelbagai lapisan masyarakat. Kekayaan yang dibina oleh Khairul Aming hari ini telah membuka lebih banyak peluang pekerjaan di Kelantan dan menaikkan ekonomi masyarakat di sekitarnya. Kisah kejayaan beliau banyak memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia baik yang tua mahupun orang muda.
Anda sebenarnya boleh mula bina karakter ini walau belum memiliki empayar perniagaan yang gah mahupun aset jutaan ringgit. Sebab kekayaan tanpa nilai dan peribadi yang tinggi, ia tidak bermakna apa-apa. Tapi kalau anda fokus tingkatkan nilai dan peribadi diri, anda sejuta lebih berharga dari nilai wang ringgit. Tak percaya? Apa kata mula dari sekarang!
Nak jadi kaya bukan setakat ada duit yang banyak. Apa yang lebih penting anda juga kena bijak urus kewangan. Bila cakap tentang urus kewangan ini, ia bukan sahaja tentang berapa banyak yang anda boleh simpan. Tapi ia juga berkait rapat dengan cara anda:
Kebetulan, saya juga dah bantu ramai orang keluar daripada masalah kewangan melalui kelas Money & Cashflow Mastery. Kalau anda masih hadapi masalah nak urus kewangan dengan baik, boleh klik di sini.
Ilmu yang bermanfaat adalah ilmu yang memberi nilai tambah dalam hidup anda. Dalam konteks kewangan, pastikan anda menambah ilmu yang beri kesan ke atas pendapatan. Contohnya ilmu bisnes dan marketing, ilmu pelaburan seperti saham, affiliate dan sebagainya.
Walaupun pada zaman sekarang tak semua benda percuma termasuk ilmu dan pendidikan, anggaplah bayaran yang anda bayar sebagai ‘yuran’ supaya anda lebih menghargai usaha dan pengorbanan anda untuk jadi kaya dan bebas kewangan.
Buat bisnes tak sama macam anda kerja makan gaji. Kalau kerja makan gaji, anda sakit pun, tetap dapat gaji hujung bulan. Bisnes pula tidak begitu. Kalau tak hustle, maka tiada hasil. Tapi kenapa kenapa kebanyakan orang kaya mempunyai empayar bisnes?
Salah satu sebabnya, bisnes itu sendiri tiada had dan batasan. Pendapatan anda boleh berkembang seiring dengan bisnes anda. Kalau hari ini anda berjaya buat jualan RM1,000, esok lusa anda boleh buat jualan RM10,000. Semuanya bergantung kepada 2 perkara:
Sudah tentu ia tidak seperti yang anda fikirkan sebab bisnes itu sendiri terdedah dengan cabaran dan risiko berbanding orang makan gaji. Tapi kalau anda betul-betul nak dapat lebih dan jadi kaya, bisnes boleh bagi anda lebih.
Dalam dunia yang serba moden dan canggih ini, tak mustahil sebenarnya untuk anda jadi orang kaya, tapi ia perlu datang dengan tanggungjawab. Jadilah orang kaya yang mahu menyumbang semula kepada masyarakat. Seperti yang saya katakan, kekayaan tidak hanya diukur dengan kemewahan harta benda. Tapi kepuasan dan kesyukuran sebab dapat menolong orang lain pun satu makna kekayaan yang tidak semua orang boleh nikmati. Apa pun harapan dan impian anda untuk jadi kaya, saya doakan semoga urusan anda sentiasa dipermudahkan dan diluaskan pintu rezeki selalu.
50% Complete
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.