3 Cara Orang Cina Simpan Duit Gaji

orang muda simpanan Aug 25, 2025

 

Orang Cina simpan duit dengan disiplin luar biasa. Mereka sangat terkenal sebagai bangsa yang kaya, memiliki syarikat besar dan ada banyak aset bernilai. Tapi info yang saya nak dedahkan ini, mungkin akan membuatkan anda sendiri tidak percaya.

 

Menurut data simpanan ahli KWSP, walaupun jumlah penduduk bumiputera di Malaysia hampir dua kali ganda lebih ramai berbanding orang Cina, tapi jumlah simpanan KWSP orang Cina pula dua kali ganda lebih tinggi daripada jumlah simpanan KWSP bumiputera.

 

Simpanan kwsp

Sumber : KWSP

 

Bagaimana mereka boleh lakukan seperti itu? Apa sebenarnya rahsia dan tabiat kewangan yang diamalkan? Sebab itu saya nak bongkarkan 3 cara orang Cina simpan duit gaji yang anda boleh amalkan.

 

Cara #1 Zero-Based Budgeting

Inilah rahsia bagaimana orang Cina simpan duit iaitu zero based-budgeting. Orang Cina dilatih untuk merancang bajet kewangan mereka dengan memastikan jumlah pendapatan selepas ditolak jumlah perbelanjaan menjadi sifar setiap bulan. Dalam bahasa mudahnya, mereka perlu rancang setiap aliran keluar masuk duit, supaya pada akhir bulan jumlahnya menjadi 0.

 

Saya tunjukkan cara pengiraannya:

 

 

Melalui cara ini, perancangan orang Cina untuk simpan duit akan menjadi lebih mudah dan teratur. Anda pun boleh guna cara yang sama seperti orang Cina. Cara ini dapat memudahkan anda untuk tahu berapa banyak duit yang perlu anda simpan dan belanjakan setiap bulan. Tapi cara ini tidak akan berjaya, kalau anda tidak berdisiplin dengan bajet yang telah anda sediakan setiap bulan. Sebab itu, anda perlu merancang mengikut jumlah yang realistik dengan kos dan komitmen bulanan anda.

 

Cara #2 Delayed Gratification

Delayed gratification ialah tindakan menahan diri daripada menikmati ganjaran segera demi mendapat hasil yang lebih besar dan berbaloi pada masa hadapan.

 

Dalam konteks kewangan, ia bermaksud orang Cina perlu utamakan simpan duit ke dalam tabung simpanan sebelum mereka belanjakan duit untuk perkara yang bersifat kehendak atau kemahuan. Walaupun ia merupakan tindakan yang susah kerana mereka perlu mengorbankan keseronokkan sekarang, amalan ini dapat membantu mereka untuk mengelakkan diri daripada amalan membazir dan pembelian impulsif secara berlebihan.

 

Contohnya, dalam hal pembelian kereta, kebanyakkan orang Cina tidak suka membuat hutang baharu dan mereka lebih suka beli kereta terpakai yang masih elok atau naik pengangkutan awam.
Bak kata pepatah, bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian.

 

Cara kedua ini antara sifat yang perlu ada dalam diri semua orang terutamanya bila anda mengurus kewangan supaya anda sentiasa ada duit yang cukup untuk disimpan.

 

Cara #3 Guna formula 10:1

Bagi setiap RM10 yang orang cina perolehi, mereka hanya boleh guna RM1 sahaja untuk berbelanja. Nasihat ini sering diterima oleh orang Cina daripada ibu bapa mereka. Cara ini mungkin terlihat agak ekstrim bagi anda. Tapi realitanya tidak begitu.

 

Apa kunci utama yang ingin disampaikan ialah berbelanja di bawah kemampuan anda. Kalau anda mampu untuk beli makanan berharga RM20, maka belilah makanan dengan harga RM10. Walaupun anda mampu berbelanja lebih, alangkah baiknya kalau anda berbelanja kurang daripada kemampuan. Ini akan menyebabkan anda ada lebih banyak lebihan duit untuk simpanan jangka masa panjang.

 

Kaya atau miskin sebenarnya tidak bergantung kepada bangsa atau kaum. Apa yang lebih utama bergantung kepada cara anda menguruskan duit untuk ada simpanan yang mencukupi. Apa yang saya kongsikan dalam artikel kali ini adalah apa yang anda boleh belajar daripada cara orang Cina simpan duit.

 

Kalau anda nak belajar cara urus duit dengan lebih sistematik dan bina simpanan yang lebih kukuh, sertai kelas Money & Cashflow Mastery. Di sini, anda akan belajar ilmu urus kewangan secara praktikal dan boleh terus diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

 

Semoga selepas membaca blog ini, anda lebih bersemangat dan berjaya capai impian untuk menyimpan dengan konsisten!

Close

50% Complete

Two Step

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.