Siapa yang tak suka bila dapat duit bonus kan?
Setahun bekerja kejar KPI, kejar target, tahan penat dan emosi, akhirnya syarikat beri penghargaan atas usaha yang anda lakukan. Masa duit bonus masuk ke dalam akaun bank, saya yakin perasaan gembira itu susah untuk digambarkan. Seolah-olah semua penat lelah anda sepanjang tahun membuahkan hasil.
Di sebalik perasaan gembira dapat duit bonus daripada syarikat, ada persoalan yang jauh lebih penting iaitu apa anda nak buat dengan duit bonus ni?
Sebab itu, sebelum anda berjoli habiskan duit bonus, ini 3 perkara yang anda boleh buat untuk manfaatkan duit bonus dengan sebaiknya.
Perkara paling utama bila dah dapat duit bonus, anda boleh pertimbangkan untuk selesaikan komitmen hutang yang ada. Selagi hutang belum selesai, sebahagian pendapatan masa depan anda telah dicuri oleh hutang yang telah anda buat.
Langkah paling mudah adalah mulakan dengan membayar hutang yang mempunyai kadar faedah yang lebih tinggi terlebih dahulu seperti hutang peribadi dan hutang kad kredit. Secara tak langsung anda juga akan menjadi lebih tenang sebab tekanan dan bebanan hutang semakin berkurang.
Selain itu, bila anda boleh selesaikan hutang dengan cepat, ia juga akan membantu mencantikkan aliran tunai bulanan anda pada bulan-bulan seterusnya. Komitmen yang anda sepatutnya guna untuk bayar hutang dah boleh fokus untuk tambah simpanan atau gunakan duit lebihan untuk tujuan pelaburan.
Kini anda dah boleh fokus untuk ada perancangan kewangan yang lebih stabil dan baik.
Seterusnya, kalau anda dah selesai bayar hutang, anda juga boleh pertimbangkan guna duit bonus untuk tampung komitmen keperluan asas. Hakikatnya, ada orang bukan tak cukup duit, tapi hidup dalam keadaan sentiasa dikejar komitmen. Gaji masuk tapi tak mampu bertahan lama, sekejap sahaja duit poket dah nipis kerana menanggung komitmen hidup yang sangat tinggi dan kitaran itu berulang tanpa henti.
Sebab itu anda juga boleh gunakan duit bonus untuk tampung komitmen penting seperti perbelanjaan keluarga, keperluan anak bersekolah atau keperluan rumah tangga yang selama ini tertangguh. Mungkin kesannya tak nampak besar pada hari ini, tapi sekurang-kurangnya ia dapat memberi ruang kepada kewangan anda untuk sedikit bernafas daripada kesempitan hidup yang mendesak.
Bila keperluan asas tidak lagi menghimpit, hidup jadi lebih terkawal. Anda tak lagi buat keputusan kewangan kerana terdesak. Dari situ, perancangan kewangan yang lebih sihat boleh dibina.
Ini antara point yang paling penting iaitu pay yourself first. Asingkan dahulu sebahagian duit bonus untuk tabung simpanan, barulah selebihnya digunakan untuk reward diri.
Memang tak dinafikan bila dapat duit bonus, anda terlintas nak reward diri seperti travel, pergi cafe hipster atau shopping. Semua itu normal tapi pastikan berbelanja secara terkawal, bukan sampai 100% duit bonus habis tanpa simpanan langsung. Cara ini dapat bantu anda menikmati duit bonus tanpa menjejaskan perancangan kewangan masa depan.
Kesimpulannya, duit bonus bukan sekadar ganjaran atas usaha kerja keras anda sepanjang tahun. Ia sebenarnya peluang yang datang untuk membaiki aliran tunai dan membetulkan kedudukan kewangan anda. Duit bonus yang diurus dengan betul mampu memberi kelegaan jangka panjang, bukan sekadar rasa seronok sementara. Sebaliknya, jika bonus dihabiskan pada perkara yang tidak bermanfaat, kesannya amatlah merugikan. Sebab itu, lebih baik kalau duit bonus dimanfaatkan untuk meningkatkan kualiti hidup dan membina asas kewangan yang lebih kukuh.
Berita baik kalau anda nak tahu rahsia urus kewangan tanpa perlu korbankan gaya hidup, boleh klik di sini.
50% Complete
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.