5 Idea Side Income Untuk Student

income Dec 18, 2025

 

Kalau anda sedang belajar di Institusi Pengajian Tinggi, saya sangat galakkan untuk anda buat side income sejak anda bergelar student lagi. Bukan apa, selain dapat menampung perbelanjaan, anda juga boleh menambah pengalaman dan mengasah kemahiran. Terutama side income yang melibatkan perniagaan.

 

Tak dinafikan ada segelintir daripada anda segan untuk mulakan side income melalui perniagaan. Padahal, itulah cara yang paling mudah. Apa kata anda jangan terlalu fikirkannya?

 

Ikuti entri kalini tentang 5 idea side income untuk student👇🏻

 

Jual barang stationery untuk pelajar antara idea side income yang boleh dipertimbangkan.

 

Idea #1 Jual Stationery & Barang Keperluan Belajar

Sebagai student pasti ada banyak barang stationery yang anda guna untuk keperluan belajar. Daripada jadi pengguna sahaja, apa kata anda promosikan barang yang anda guna dengan cara affiliate dan post di media sosial seperti platform TikTok.

 

Antara contoh barang yang boleh anda jual dan promosikan:

  • Planner & Journal

  • Bookmark aesthetic

  • Tablet casing

  • Laptop handbag/sleevebag

  • Phone stand

  • Tripod mini

  • Wireless microphone

 

Apa yang anda boleh buat ialah rakam video pendek, review produk dan promosikan ia di platform media sosial dan selitkan link affiliate anda. Di sinilah anda boleh buat side income dan passive income walaupun masih bergelar student tanpa keluarkan modal yang besar. Bila anda jual barang yang anda sendiri guna, proses jadi lebih mudah sebab anda juga merupakan testimoni kepada produk yang anda jual.

 

Dan benda paling best yang mungkin anda tak tahu... Bila anda sertai program affiliate, anda boleh minta sample percuma. Jadi modal anda 100% percuma!

 

Anda boleh buat side income dengan menyediakan service painting kepada pelajar

 

Idea #2 Servis Print & Photostat Assignment

Seterusnya khas kepada anda yang ada printer sendiri di kolej atau universiti, anda boleh tawarkan servis printing. Student memang ada keperluan untuk print nota dan assignment. Sebab itu servis printing ada permintaan yang tinggi. Terutamanya apabila student nak print tugasan pada waktu malam dan kedai printing pula mungkin jauh atau tutup awal. Masa inilah servis anda sangat diperlukan.

 

Apa yang anda perlukan:

  • Printer (inkjet/laser)

  • Ink refill & kertas A4 (beli dalam ream untuk lebih murah)

 

Platform Promosi:

  • Group WhatsApp/Telegram kolej atau universiti

  • Tampal iklan di notice board kolej

 

Kelebihan:

  • Permintaan sepanjang semester - Lagi-lagi musim assignment & tesis.

  • Modal balik cepat - Untung kecil tapi kuantiti banyak.

  • Pelanggan tetap - Kalau servis anda laju & mesra, kawan-kawan akan setia gunakan servis anda.

 

Tips: Sediakan pembayaran e-wallet (TnG, DuitNow QR) untuk memudahkan pembayaran.

 

Jual minuman dan makanan antara idea menarik untuk buat side income zaman belajar

 

Idea #3 Jual Makanan & Minuman

Idea ketiga ini antara perkara paling senang nak buat dan sentiasa ada permintaan yang tinggi. Student memang tak boleh lari daripada makanan dan minuman. Kalau anda pandai masak dan kreatif mengikut trend semasa, idea ini memang laku keras. Kalau anda tak boleh nak masak dalam kolej pun, anda masih boleh cari supplier makanan & minuman yang berdekatan dengan kawasan anda.

 

Contoh makanan dan minuman yang boleh anda jual:

  • Kek coklat moist / brownies / kek batik

  • Keropok lekor goreng / Pisang goreng cheese

  • Air viral dalam botol (matcha, teh ais, spanish latte)

  • Sandwich atau nasi goreng bajet

 

Cara promosi & jual:

  • Buat preorder melalui group WhatsApp/Telegram kolej.

  • Jual depan kolej waktu malam.

  • Masuk event dan sewa tapak di kolej/universiti.

 

Kelebihan:

  • Ada pasaran yang sangat besar

  • Kalau rasa makanan & minuman sedap & harga mampu milik, repeat order tinggi.

 

Tips: Fokus pada produk senang jual, ada permintaan yang tinggi dan mudah untuk disediakan.

 

Perkhidmatan runner sangat diperlukan oleh pelajar di samping anda boleh menjana side income

 

Idea #4 Jadi Personal Shopper / Runner Kolej

Point kali ini khas untuk anda yang ada kenderaan di kolej seperti kereta atau motorsikal. Bila musim hujan atau minggu yang sibuk, ada student yang lebih rela bayar runner atau personal shopper untuk beli barang keperluan mereka. Inilah peluang yang boleh anda ambil dengan menjadi personal shopper atau runner.

 

Contoh servis:

  • Beli makanan di kafe/kedai berdekatan.

  • Beli barang di kedai serbaneka.

  • Tolong beli barang dapur atau toiletries.

 

Cara jana duit:

  • Caj upah per delivery.

  • Buat group WhatsApp/Telegram untuk ambil order.

 

Kelebihan:

  • Tak perlukan modal besar.

  • Sesuai untuk anda yang rajin keluar beli barang.

 

Tips: Kumpul banyak order dalam satu masa dan hantar pada tempat yang sama dapat jimatkan kos minyak anda.

 

Servis fotografi dan editing memang boleh menjadi sumber side income tambahan untuk pelajar

 

Idea #5 Servis Fotografi & Editing

Idea side income terakhir yang bakal saya kongsikan ini sesuai untuk anda yang ada kemahiran fotografi dan editing. Mungkin kemahiran anda pada asalnya bermula daripada minat dan hobi. Tapi apa salahnya kalau hobi anda bertukar menjadi side income? Kemahiran anda juga akan semakin bertambah nanti.
Antara jenis servis yang anda boleh tawarkan:

  • Majlis Kolej : Ambil gambar majlis kecil, sukan, kelab, atau aktiviti persatuan.

  • Graduasi : Setiap tahun ada sesi graduasi universiti.

  • Produk: Bagi student yang berniaga (jual makanan, skincare, pakaian), mereka perlukan gambar produk yang cantik untuk promosikan di media sosial.

  • Servis Editing: Bukan semua orang pandai menyunting. Anda boleh tawarkan servis touch-up gambar, tambah filter, buat poster atau edit video pendek.

 

Platform Promosi:

  • Instagram & TikTok

  • WhatsApp/Telegram group kolej

  • Facebook group komuniti kolej

 

Kelebihan:

  • Fleksibel : Anda boleh susun masa mengikut jadual belajar.

  • Permintaan Tinggi : Anda hanya perlu masuk ke dalam pasaran yang betul dan tepat.

 

Tips: Kekalkan servis serta kualiti yang bagus dan bina portfolio dari awal. Bila anda habis belajar pun anda masih boleh teruskan side income ini dan mungkin boleh jadi ahli fotografi profesional.

 

Kesimpulannya, nak jana side income untuk student sebenarnya tak susah. Ada banyak peluang di sekeliling anda, cuma bergantung pada kerajinan dan cara anda uruskan masa. Tapi ingat, buat duit sahaja tak cukup kalau anda tak pandai urus kewangan dengan baik. Hasil usaha anda boleh hilang begitu saja.

 

Sebab itu, selepas anda tahu cara buat duit, penting untuk anda belajar cara urus kewangan dengan betul supaya duit tidak bocor setiap kali hujung bulan. Kalau anda nak belajar cara urus duit poket dengan lebih bijak, klik di sini untuk ketahui caranya.

Close

50% Complete

Two Step

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.