Jenis-jenis pelaburan di Malaysia dan cara kurangkan risiko pelaburan

pelaburan Feb 04, 2026

Pelaburan merupakan salah satu cara termudah untuk anda menambah pendapatan. Tapi tidak semua jenis pelaburan sesuai dengan selera dan kehendak anda. Ini kerana setiap jenis instrumen pelaburan mempunyai ciri-ciri dan keunikannya yang tersendiri.

 

Sebelum anda teruja untuk buat duit dengan pelaburan, apa kata anda fahami terlebih dahulu jenis-jenis pelaburan di Malaysia dan cara kurangkan risiko pelaburan supaya anda berjaya capai matlamat kewangan seperti yang anda impikan selama ini.

 

Jenis Pelaburan #1 Risiko Rendah

Perasaan takut kehilangan modal itu adalah perasaan yang normal bagi setiap orang yang berada di level beginner atau pemula. Jadi, pelaburan berisiko rendah adalah sesuai untuk anda. Antara contoh pelaburan risiko rendah di Malaysia ialah:

  • Simpanan tetap (Fixed Deposit)
  • Dana pasaran wang (Money market fund)
  • Bon / Sukuk (Instrumen hutang kerajaan )
  • Dana yang dijamin oleh kerajaan seperti Tabung Haji, Amanah Saham Bumiputera dan KWSP

 

Kerugian bagi pelaburan kategori ini boleh dikatakan hampir tiada, tetapi pulangannya pula kecil dan perlahan. Walaubagaimanapun, kekurangan pelaburan seperti ini kebiasaanya terdedah kepada risiko inflasi yang lebih tinggi. Kalau kadar pulangan lebih rendah daripada kenaikan kos sara hidup, nilai sebenar duit anda sebenarnya menyusut walaupun nampak sedikit pertambahan.

 

Ringkasnya, pelaburan risiko rendah sesuai untuk anda yang inginkan keselamatan, bukan untuk kembangkan aset dengan cepat.

 

Jenis Pelaburan #2 Risiko Sederhana

Pelaburan risiko sederhana adalah pilihan kebanyakan orang yang:

  • Mahu pulangan lebih baik daripada simpanan biasa
  • Masih mahu risiko yang terkawal
  • Bersedia melabur dalam tempoh lebih panjang

 

Antara contoh pelaburan risiko sederhana ialah:

  • Unit trust
  • Exchange Traded Fund (ETF)
  • Dana pendapatan tetap bercampur ekuiti

 

Dalam kategori ini, nilai pelaburan boleh naik dan turun, tetapi tidak terlalu ekstrem seperti pelaburan berisiko tinggi. Risiko utama pelaburan ini ialah risiko pasaran, di mana nilai boleh jatuh apabila ekonomi perlahan atau sentimen pasaran negatif.

 

Jenis Pelaburan #3 Risiko Tinggi

Pelaburan risiko tinggi menawarkan potensi pulangan paling besar, tetapi anda kena ingat kerana ia datang dengan risiko kerugian yang ketara. Pelaburan ini bukan untuk semua orang. Antara pelaburan risiko tinggi ialah:

  • Saham
  • Kripto
  • Pelaburan perniagaan (equity ownership)

 

Harga dan nilai pelaburan ini boleh berubah dengan sangat cepat dalam masa beberapa jam atau hari. Risiko utama pelaburan ini ialah kerugian modal, terutamanya kalau anda masuk tanpa ada ilmu, ikut cakap orang atau buat keputusan ketika emosi tidak stabil.

 

Cara Kurangkan Risiko Pelaburan

Dalam dunia pelaburan, risiko itu perkara yang tidak boleh dielakkan. Bezanya cuma satu sama ada risiko itu diurus dengan sedar atau dibiarkan tanpa kawalan. Pelabur yang tenang biasanya bukan kerana pelaburan mereka sentiasa untung tetapi kerana mereka tahu bagaimana untuk mengawal risiko pelaburan sejak awal. Berikut merupakan cara terbaik untuk mengurangkan kadar risiko dalam pelaburan:

 

Cara #1 Diversifikasi Pelaburan

Diversifikasi pelaburan bermaksud tidak meletakkan semua duit dalam satu jenis pelaburan sahaja. Kesilapan yang sering berlaku bila anda terlalu yakin dengan satu jenis instrumen pelaburan dan sanggup memasukkan hampir semua duit ke situ. Hakikatnya, pasaran bergerak secara kitaran. Ada masa sesuatu pelaburan menunjukkan prestasi yang baik dan ada masa ia menurun. Dengan membahagikan pelaburan anda kepada beberapa kelas aset berbeza, risiko kerugian besar dapat dikurangkan. Bila sesuatu pelaburan mengalami kerugian, pelaburan lain masih dapat membantu anda untuk memberikan pulangan yang baik.

 

Antara cara mudah anda nak diversifikasi pelaburan, boleh sertai kelas di sini.

 

Cara #2 Displin Dan Sabar

Dalam pelaburan, cabaran sebenar bukan memilih instrumen pelaburan, tetapi mengawal diri sendiri. Disiplin bermaksud berpegang pada perancangan yang telah ditetapkan walaupun pasaran tidak bergerak seperti yang anda harapkan. Sabar pula bermaksud memahami bahawa setiap pelaburan memerlukan masa untuk berkembang. Tanpa disiplin, anda mudah menukar keputusan setiap kali harga pasaran berubah. Tanpa sabar, anda terasa seolah-olah rugi walaupun sebenarnya pelaburan anda masih dalam fasa ‘on track’. Gabungan disiplin dan sabar membantu anda membuat keputusan yang lebih tenang dan bijak apabila berdepan dengan situasi pasaran yang tidak menentu

 

Cara #3 Semak Prestasi Pelaburan Secara Berkala

Pelaburan tidak sepatutnya dipantau setiap hari, tetapi juga tidak wajar dibiarkan tanpa sebarang semakan langsung. Semakan prestasi pelaburan secara berkala seperti sebulan sekali sangat penting untuk memastikan pelaburan anda masih selari dengan matlamat kewangan yang telah ditetapkan. Dari penilaian ini, anda boleh mengenal pasti sama ada pelaburan masih relevan atau perlu dibuat pelarasan. Tujuan semakan ini bukan untuk bertindak balas terhadap turun naik jangka pendek, tetapi juga untuk memastikan hala tuju pelaburan anda berada di landasan yang betul.

 

Kesimpulannya, bila anda sudah faham selok belok dalam dunia pelaburan serta cara mengatasi risiko pelaburan, barulah anda tahu macam mana untuk menang. Dalam pelaburan bukan semuanya indah, ada masa untung dan ada masa rugi.

 

Tapi bila anda dah faham jenis pelaburan yang wujud serta cara mengurangkan risiko pelaburan, secara tak langsung ia akan melatih anda menjadi seorang pelabur yang matang dan tidak mudah panik apabila berlaku sesuatu yang berada di luar jangkaan dan kawalan kemampuan anda. Seperti kata-kata Benjamin Graham: “The goal of a successful investor is to manage risk, not to avoid it.

 

Close

50% Complete

Two Step

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.