Betul ke Buy Now Pay Later (BNPL) boleh bantu memudahkan aliran tunai atau ia sebenarnya perangkap hutang zaman moden?
Jawapannya, kalau anda gunakan BNPL dengan betul dan berhemah, ia boleh jadi hutang yang baik. Tapi kalau anda boros berbelanja, ia akan jadi perangkap. Memang BNPL ini lebih mudah untuk diaktifkan berbanding kad kredit, tapi ia juga boleh menjejaskan rekod anda dengan bank, kalau anda cuai membayar balik hutang yang dibuat. Sebab itu, dalam artikel kali ini saya akan kongsikan kebaikan dan keburukan BNPL yang anda perlu ambil perhatian.
Dalam situasi kecemasan, BNPL adalah alat yang sangat berguna untuk anda. Sebab BNPL memberi kemudahan ansuran selama 1, 3, 6 ataupun 12 bulan dan kini, ada juga platform BNPL yang menawarkan 24 bulan ansuran untuk memberi anda fleksibiliti membayar produk atau servis yang anda mahukan.
Lagi menarik, anda tidak perlu memberikan slip gaji untuk memohon BNPL dan kelulusannya 7 - 14 hari. Sebab inilah permohonan BNPL lebih mudah dibuat berbanding permohonan kad kredit. Malah, kalau anda ada rekod pembayaran balik yang bagus, syarikat BNPL seperti SPayLater, GrabPay Later, Lazada Pay Later, Atome dan banyak lagi akan tingkatkan had kredit anda. Tapi anda masih perlu menggunakannya secara berhemah dan pastikan untuk tujuan kecemasan dan keperluan sahaja.
Istimewanya BNPL sebab anda boleh buat pembelian produk atau servis walaupun tak ada tunai dalam akaun bank. Semua urusan pula dilakukan secara atas talian, hanya perlukan internet dan pembelian selesai dengan beberapa klik sahaja. Contohnya, bila anda nak beli laptop baru berharga RM3,000 untuk kegunaan kerja, ada masanya anda rasa berat hati nak keluarkan jumlah yang besar sekaligus daripada gaji bulanan. Dengan BNPL, anda boleh beli dulu dan bayar kemudian tanpa ganggu aliran tunai bulanan anda. Sebab itu dengan kewujudan BNPL, mampu bantu anda berbelanja tanpa tunai, dan tidak membebankan. Dengan syarat, jangan tangguh bayar hutang!
Tak semua pemilik bisnes ada modal yang cukup untuk mula dan kekalkan sesebuah perniagaan. Bagi peniaga kecil-kecilan, BNPL juga memudahkan peniaga yang mempunyai modal kecil untuk membeli stok atau barang keperluan perniagaan. Tapi kalau peniaga nak gunakan BNPL sebagai modal membeli stok dan barang keperluan perniagaan, gunakan tips ini:
Sekarang anda mungkin agak teruja untuk menggunakan Buy Now Pay Later (BNPL) bila baca semua kebaikan yang saya kongsikan, tapi anda juga perlu sedar bahawa BNPL juga ada sisi buruk yang anda perlu elakkan. Jadi, teruskan membaca sampai habis!
Walaupun BNPL ada polisi 0% untuk bayaran ansuran selama 3 hingga 6 bulan (bergantung pada terma dan syarat syarikat BNPL), tapi kalau anda terlepas pandang atau lupa membuat pembayaran mengikut masa yang telah ditetapkan, anda akan dikenakan caj pembayaran lewat bayar. Kadar caj yang dikenakan oleh pihak BNPL biasanya bermula dari RM10 sehingga RM150 (tertakluk kepada terma dan syarikat BNPL).
Tip berguna: Set auto-billing supaya pihak BNPL boleh terus tolak bayaran ke atas kad debit/ kredit anda sebelum tarikh akhir.
Kemudahan yang ada pada BNPL juga akan menyebabkan anda membuat perbelanjaan secara tidak terancang dan mengikut emosi semata-mata. Kalau anda tidak kawal nafsu dengan baik, anda tak perasan yang anda dah buat banyak hutang BNPL. Bermula dari 1 hutang kepada hutang yang seterusnya. Akhirnya akan mengakibatkan aliran kewangan anda terjejas dan jumlah hutang anda semakin bertambah.
Tip berguna: Catat hutang BNPL anda. Jangan tambah hutang baharu selagi belum selesai bayar hutang sedia ada.
Salah satu kesilapan paling besar dalam menggunakan BNPL adalah anda membeli barang kemahuan yang sebenarnya anda tak perlukan. Cara paling bijak ialah utamakan pembelian untuk barang keperluan dan kecemasan sahaja. Anda sebenarnya boleh tangguh untuk beli barang kemahuan apabila anda dah mempunyai jumlah duit yang mencukupi, tapi barang keperluan lebih penting untuk kehidupan anda. Kalau nak lebih selamat, anda juga boleh rujuk semula tips berbelanja menggunakan BNPL yang pernah saya kongsikan sebelum ini.
Tips berguna: Turn off notification platform e-dagang supaya anda tak terpengaruh berbelanja sesuatu yang sebenarnya anda tak perlukan dan kurangkan penggunaan media sosial.
Kesimpulannya, kebaikan dan keburukan BNPL bergantung kepada cara anda menggunakannya. Sebab itu, kalau anda layak menggunakan BNPL, tidak semestinya anda wajib untuk guna BNPL. Semoga perkongsian kali ini bermanfaat dan selamat menggunakan kemudahan Buy Now Pay Later (BNPL) dengan bijak!
50% Complete
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.