Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK) merupakan sebuah agensi yang ditubuhkan pada bulan April 2006 dibawah insentif Bank Negara Malaysia.
Penubuhan AKPK secara dasarnya membawa satu usaha murni untuk mendidik masyarakat Malaysia tentang cara pengurusan kewangan yang betul. Tapi disebabkan terlalu banyak mitos dan khabar angin yang memberi imej buruk kepada AKPK, ada segelintir rakyat Malaysia takut untuk mendapatkan bantuan AKPK.
Sebab itu dalam artikel kali ini saya akan bongkarkan kelebihan dan kekurangan AKPK, insya-Allah infomasi yang telus dan tidak berat sebelah kerana tujuan saya hanyalah untuk memberi pencerahan kepada anda. Pastikan baca sampai habis!

Tahukah anda ada 3 perkhidmatan utama yang ditawarkan oleh pihak AKPK iaitu:
Melalui Pendidikan Kewangan (PK), anda boleh belajar cara urus duit berdasarkan 4 fasa kehidupan:
Fasa 1 : Usia 18 - 25 tahun ( Peringkat Pengajian Tinggi )
Fasa 2: Usia 20 - 30 tahun ( Alam Pekerjaan )
Fasa 3: Usia 30 - 40 tahun ( Alam Berumahtangga )
Fasa 4 : Persediaan persaraan
Selain itu, pihak AKPK juga ada menyediakan ceramah kewangan dan bengkel korporat di mana anda boleh tempah secara atas talian.
Bukan itu sahaja, anda juga boleh mendapatkan ilmu kewangan dalam bentuk artikel di laman sesawang rasmi AKPK tentang :
Malah pihak AKPK juga ada menyediakan sesi podcast khas di Youtube AKPK Official sesuai untuk anda yang suka mengisi masa lapang seperti dalam perjalanan pergi/balik kerja dan semasa waktu rehat. Sebenarnya banyak akses ilmu percuma tentang kewangan yang anda boleh dapatkan di AKPK, tapi masih ramai yang tidak mengetahui kemudahan ini. Rugi sekiranya kemudahan seperti ini tidak dimanfaatkan sebaiknya.

Selain itu, AKPK juga ada menawarkan Khidmat Nasihat Kewangan secara percuma kepada anda yang kurang berkemampuan. Kalau di luar, servis ini biasanya perlu dibayar melalui perancang kewangan berlesen yang diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia.
Perkhidmatan ini sangat sesuai untuk anda merancang matlamat kewangan dengan jelas.
Antara khidmat nasihat yang diberikan di AKPK termasuklah :
Berikut merupakan Jadual Khidmat Nasihat Kewangan di semua cawangan AKPK :

Info Penting: Pejabat AKPK akan ditutup semasa cuti umum
Sumber : AKPK
Anda disarankan buat sesi tempahan terlebih dahulu sebelum mendapatkan khidmat nasihat kewangan bersama pegawai bertugas di AKPK.
Mengurus hutang bukan sesuatu yang mudah, lebih-lebih lagi bila bayaran mula tertunggak dan komitmen semakin bertambah. Sebab itu, AKPK turut menawarkan Program Pengurusan Kredit (PPK) khas untuk anda yang benar-benar bergelut mengurus bebanan hutang. Program ini membantu anda mengawal semula kewangan, mencari jalan keluar yang selamat dan membina semula kestabilan hidup.
Pihak AKPK juga memperkenalkan Formula 3A sebagai langkah awal untuk menangani masalah hutang:
Sekiranya selepas melakukan formula 3A dan hutang anda masih berada pada tahap kritikal sehingga tak mampu bayar hutang dengan bank, inilah masanya untuk anda mendapatkan bantuan PPK.
Terdapat beberapa manfaat yang diperoleh apabila anda menyertai PPK iaitu:
Dalam bahasa mudahnya, bila anda ada masalah hutang yang tidak terkawal, pihak AKPK akan menjadi orang tengah untuk berunding dengan pihak bank bangi mengurangkan kadar bayaran ansuran bulanan anda. Oleh itu, jangan sesekali anda terlintas untuk berhutang dengan pinjaman tidak berlesen seperti ceti dan ah long dan mintalah bantuan daripada saluran rasmi dan selamat seperti AKPK.
Nota Penting : Pihak AKPK tidak mengendalikan kes hutang perniagaan, pinjaman dari pemberi pinjam wang tidak berlesen dan kebankrapan.
Tapi apabila anda sudah terlibat dalam PPK, ada 3 kekurangan yang perlu anda ambil tahu.

Sejurus anda menyertai PPK, penyertaan anda akan direkod dalam sistem CCRIS. Pihak Bank boleh mengesan bahawa anda berada dalam perhatian AKPK. Hal ini menjadikan sebarang permohonan pinjaman baharu seperti kereta, rumah dan kad kredit menjadi lebih sukar. Walau bagaimanapun ini adalah jalan terbaik supaya anda dapat disiplinkan diri untuk selesaikan hutang sedia ada berdasarkan kemampuan kewangan anda.
Tapi selepas sahaja anda berjaya menamatkan hutang dan tamat sesi PPK dengan pihak AKPK, rekod CCRIS anda akan kembali bersih dan anda juga dibenarkan untuk buat hutang baharu.
Antara kesan PPK ialah bayaran ansuran bulanan hutang anda akan dikurangkan dengan cara memanjangkan tempoh pembayaran balik. Maksudnya, hutang yang asalnya perlu dibayar dalam tempoh lebih singkat, akan ditarik kepada tempoh yang lebih lama supaya bayaran bulanan menjadi kecil. Ini juga salah satu cara untuk membantu aliran tunai anda kembali seimbang dan anda juga boleh bayar komitmen bulanan berdasarkan kemampuan.

Antara syarat-syarat yang ditetapkan apabila anda masuk PPK ialah :
Syarat-syarat ini wujud supaya PPK bukan sahaja membantu meringankan hutang tetapi juga memastikan klien bertanggungjawab, tidak membebankan institusi kewangan dan program dijalankan dengan adil.
Kalau anda teliti secara keseluruhan, pihak AKPK banyak memberi kemudahan secara percuma kepada rakyat Malaysia tentang kesedaran ilmu pengurusan dan perancangan kewangan yang betul. Banyak mitos di luar sana yang hanya memberi tanggapan negatif terhadap AKPK sedangkan kelebihan dan manfaat AKPK jauh lebih besar berbanding kekurangan AKPK yang hanya berlaku sekiranya anda menyertai PPK sahaja.
Saya harap perkongsian kali ini dapat memberi nafas baru tentang persepsi anda terhadap AKPK. 😉
50% Complete
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.