3 Kelebihan Hibah Takaful

income kewangan simpanan Jun 19, 2025

 

Hibah takaful ialah pemberian hadiah secara sukarela dalam bentuk nilai pampasan kepada penerima manfaat yang telah ditetapkan oleh pencarum takaful.

 

Pada hari ini, semakin ramai rakyat Malaysia mula celik kewangan. Terutama dalam aspek perlindungan pendapatan. Makin ramai yang sudah mula menyediakan pelan takaful hibah sebagai ‘payung’ di saat-saat kecemasan. Tapi persoalannya, bagaimana hibah takaful dapat membantu penerima manfaat dari segi kewangan?

 

Sebab itu, dalam artikel kali ini saya akan bongkarkan rahsia 3 kelebihan hibah takaful yang mungkin ramai tak tahu.

 

Hibah takaful dapat menyediakan bantuan kewangan kepada ahli waris

 

Kelebihan #1 Bantuan kewangan untuk ahli keluarga

Dalam konteks keluarga yang kematian suami atau seorang ayah contohnya, sudah pasti ia bukan semata mengundang kesedihan kepada ahli keluarga, tapi juga menyebabkan isteri dan anak kehilangan sumber mata pencarian dan tempat bergantung. Situasi ini akan jadi lebih mencabar dan tekanan kewangan yang besar apabila orang yang ditinggalkan tidak bekerja dan menyara ahli keluarga yang lain.

 

Di sinilah pentingnya peranan hibah takaful. Ia bukan sekadar perlindungan, tapi satu bentuk bantuan kewangan segera yang boleh membantu waris bertenang dan menyusun langkah seterusnya selepas pemergian insan tersayang.

 

Melalui duit pampasan hibah takaful ini boleh digunakan untuk:

  • Menampung bayaran sewa rumah dan bil bulanan
  • Membayar ansuran kereta
  • Menyediakan keperluan asas seperti makanan dan pakaian
  • Membayar yuran persekolahan anak

 

Jadi jelaslah di sini bahawa mengambil hibah takaful umpama menyediakan payung sebelum hujan untuk memastikan kelangsungan hidup orang yang ditinggalkan selepas kematian ketua keluarga yang mencari nafkah.

 

Tuntutan hibah takaful mengambil masa kurang 30 hari

 

Kelebihan #2 Proses tuntutan hibah takaful yang cepat

Salah satu kelebihan hibah takaful kerana proses tuntutannya yang cepat. Penerima manfaat hanya perlu mengambil masa selama 3 hingga 30 hari selepas kematian berlaku. Perkara ini sangat penting bagi memudahkan urusan waris dalam meneruskan kehidupan seharian tanpa perlu menunggu terlalu lama.

 

Berikut merupakan 5 langkah penting yang perlu penerima manfaat hibah takaful lakukan untuk menuntut haknya iaitu:

  1. Kenalpasti jenis tuntutan takaful
  2. Dapatkan borang tuntutan hibah takaful
  3. Sediakan dokumen yang diperlukan
  4. Sahkan dokumen
  5. Hantar permohonan tuntutan kepada syarikat takaful

 

Apabila semua dokumen lengkap dan tiada sebarang isu, tuntutan penerima manfaat akan diproses dengan cepat oleh pihak syarikat takaful. Oleh itu, pastikan segala dokumen disediakan dengan lengkap dan sah supaya urusan berjalan lancar tanpa sebarang kelewatan.

 

Hibah takaful berfungsi sebagai instrumen alternatif dalam pengurusan harta pusaka

 

Kelebihan #3 Elak perselisihan faham antara ahli waris

Setakat tahun 2022, sebanyak RM90 bilion harta beku tidak dituntut di Malaysia. Satu jumlah yang sangat besar! Tapi sayangnya, proses pengagihan harta pusaka tidak berlaku dengan mudah, lebih - lebih lagi apabila:

  • Tiada wasiat yang jelas
  • Waris tidak memberi kerjasama
  • Wujud konflik antara adik-beradik atau keluarga tiri
  • Proses dokumentasi yang panjang dan memakan masa

 

Sebab itulah hibah takaful memainkan peranan yang sangat penting dalam mengasingkan harta terus kepada penerima manfaat tanpa perlu melalui proses faraid dan campur tangan masalah luaran seperti konflik ahli keluarga.

 

Kesimpulannya, rancang dan uruslah kewangan anda dengan bijak. Bukan hanya semasa hidup, tetapi juga selepas ketiadaan anda. Tiada siapa mahu harta yang ditinggalkan menjadi beku (tidak dituntut), terbiar, atau lebih buruk menjadi punca perbalahan antara waris. Lebih menyedihkan kalau harta itu langsung tidak dimanfaatkan oleh sesiapa. Sebab itu, semakin ramai yang mula melihat hibah takaful sebagai salah satu cara paling praktikal untuk mengelakkan semua masalah di atas berlaku. Apa yang anda rancang hari ini, mungkin menjadi hadiah paling bermakna buat mereka yang anda tinggalkan nanti.

Close

50% Complete

Two Step

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.