Pada 9 Julai 2025, Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengumumkan penurunan Kadar Dasar Semalaman atau Overnight Policy Rate (OPR) ke paras 2.75%, berbanding 3% sejak Mei 2023.
Keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) ini dianggap penting untuk memastikan pertumbuhan ekonomi dan tahap inflasi berada dalam keadaan terkawal. Ada yang kata, penurunan OPR ini membuka banyak peluang terutama terhadap kewangan dan duit poket anda. Untuk ketahui kesannya, ikuti perkongsian kali ini supaya anda boleh menilai tindakan yang relevan untuk situasi sekarang.
Bila pertumbuhan ekonomi meningkat, tidak mustahil harga barang dan perkhidmatan akan meningkat secara perlahan. Sebab ia berkait dengan ‘supply dan demand’. Pada waktu OPR sedang menurun ini, rakyat mempunyai duit lebihan yang akan meningkatkan ‘demand’ dalam pasaran. Begitu juga terhadap peniaga, kalau kos pengeluaran tinggi, mereka terpaksa meletakkan harga yang tinggi. Jadi, berbelanjalah dengan bijak dan tidak setia dengan satu jenama sahaja supaya kos sara hidup anda tidak terjejas.
Penurunan OPR ini pasti memberi berita baik kepada anda yang mempunyai pinjaman dengan kadar berubah atau Variable Rate. Bila OPR turun, kadar faedah juga akan menurun. Ini bermakna bayaran ansuran bulanan hutang anda akan berkurang dan anda akan ada duit lebihan.
Bila OPR turun, ini bermakna kadar pinjaman bagi pinjaman rumah, kereta, peribadi juga akan berkurang. Hal ini akan menyebabkan lebih ramai orang membuat hutang baharu dengan pihak bank. Malah para peniaga juga akan mengambil peluang untuk mengembangkan perniagaan mereka.
Disebabkan kesan mendapat pengurangan bayaran balik dari pinjaman, sudah tentu duit lebihan akan dimanfaatkan untuk perbelanjaan. Kalau dulu berjimat-cermat , sekaranglah rakyat ada pilihan. Sama ada menyimpan atau berbelanja.
Penurunan OPR akan menyebabkan kadar pulangan simpanan tetap (fixed deposit) turut menurun. Hal ini menyebabkan ramai yang mengalihkan duit dari bank ke platform lain yang memberi pulangan lebih tinggi.
Lebihan tunai mendorong lebih ramai individu meneroka peluang pelaburan yang boleh memberi pulangan melebihi kadar inflasi tahunan. Ini penting kerana dalam time value of money, RM1 hari ini takkan sama nilai dengan RM1 pada masa depan.
Peniaga yang kekurangan modal untuk kembangkan perniagaan, inilah masanya untuk buat pinjaman. Sebab kadarnya rendah dan anda boleh:
Perkembangan ini diharap dapat mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan meningkatkan pendapatan pekerja.
Memang betul penurunan OPR memberi banyak peluang terhadap kewangan dan duit poket anda. Tapi sebagai rakyat yang prihatin terhadap kewangan, anda patut elakkan perbelanjaan di luar kemampuan dan manfaatkan peluang ini untuk kukuhkan kewangan anda. Rancang kewangan anda dengan baik pada masa susah mahupun senang sebagai langkah persediaan untuk menghadapi masa depan yang tidak menentu.
50% Complete
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.