Mesti anda tak pernah terfikir yang sebenarnya dengan melabur saham anda boleh menjadi sebahagian pemilik syarikat kepada jenama yang anda sendiri beli dan guna dalam kehidupan seharian.
Contohnya, kedai makan Oriental Kopi. Anda bukan saja boleh jadi pelanggan, tapi boleh jadi pelabur kepada syarikat tersebut dan jana keuntungan! Menarik bukan?
Tapi sebelum itu, ketahui 3 Perkara Penting Sebelum Mula Melabur Saham dalam artikel kali ini.
Ada yang beranggapan saham sama dengan judi, skim cepat kaya, forex dan MLM (Multi-Level Marketing). Tapi maksud saham yang sebenarnya ialah hak pemilikan terhadap sesuatu syarikat perniagaan yang diberikan kepada pelabur. Bila anda beli saham sesebuah syarikat, ia bermakna anda merupakan sebahagian dari pemilik kecil syarikat tersebut. Sebagai pemilik syarikat, anda berhak untuk menikmati keuntungan dan kerugian yang diperolehi oleh syarikat perniagaan melalui:
Di Malaysia, ada dua pihak utama yang mengawal selia dan memastikan pasaran saham berjalan secara adil, terjamin dan telus:
Untuk melabur saham anda hanya perlu buka akaun Central Depository System (CDS) daripada broker saham (syarikat tengah antara pelabur dan Bursa Malaysia). Terdapat beberapa broker saham terkenal di Malaysia seperti :
Tapi anda mungkin tertanya apa syarat untuk buka akaun CDS?
Syarat buka akaun CDS:
Kalau anda nak belajar lebih lanjut tentang pelaburan saham, boleh sertai Kelas Percuma: Saham Profit Kickstart yang dijalankan secara live di platform zoom. KLIK DI SINI
Kesimpulannya, anda tak perlu jadi pakar kewangan atau tunggu bergaji besar untuk mula melabur saham. Dengan memahami 3 perkara penting yang saya senaraikan di atas, anda secara automatik sedang membina asas sebagai pelabur saham. Dari sekadar menjadi pelanggan kepada kedai makan Oriental Kopi, anda juga boleh jadi pelabur ke atas syarikat berkenaan dan jana keuntungan. Kalau anda selalu melihat CEO syarikat dapat menikmati hasil keuntungan syarikat mereka, anda juga boleh buat perkara yang sama dengan cara melabur dalam syarikat yang telah disenaraikan di Bursa Malaysia. Bila boleh buat untung, maksudnya anda boleh tambahkan pendapatan!
Tak begitu?
50% Complete
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.