Apabila berlaku krisis ekonomi, semua orang pasti akan merasakan tempiasnya. Antara kesan yang paling ketara adalah kenaikan harga barang, kos sara hidup yang semakin mencabar dan risiko kehilangan sumber pendapatan. Situasi ini boleh memberi tekanan besar, terutamanya kepada anda yang tidak mempunyai persediaan kewangan yang kukuh.
Sebab itu, persiapan awal sangat penting sebelum keadaan menjadi lebih sukar dikawal. Dengan adanya perancangan yang betul, anda bukan sahaja mampu bertahan, malah dapat mengurangkan risiko kewangan yang lebih besar. Oleh itu, jangan ketinggalan untuk mengetahui 5 persediaan menghadapi krisis ekonomi supaya anda lebih bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.
Dalam keadaan krisis ekonomi, banyak perkara di luar jangkaan boleh berlaku. Sebab itu ‘cash is king.’ Kalau anda belum ada tabung kecemasan, boleh mula bina simpanan sebanyak 6 bulan perbelanjaan. Contohnya kalau jumlah perbelanjaan anda selama sebulan RM3,000, maka sediakan tabung kecemasan sebanyak RM18,000.
Antara fungsi tabung kecemasan:
Simpanlah duit kecemasan anda ini di tempat berisiko rendah seperti Tabung Haji, Amanah Saham Bumiputera atau money market fund. Kuncinya supaya anda mudah untuk keluarkan duit tersebut pada masa terdesak.
Kenapa saya tekankan point no 2 ni?
Bila berlakunya krisis ekonomi, salah satu perkara yang boleh berubah adalah Overnight Policy Rate (OPR) yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia. Perubahan ini memberi kesan terus kepada kadar faedah pinjaman, terutamanya bagi pinjaman yang menggunakan kadar berubah (variable rate).
Contohnya, ansuran bulanan yang asalnya RM500 boleh meningkat kepada RM600 hanya kerana kenaikan OPR. Hakikatnya, pendapatan anda masih sama, tetapi komitmen semakin bertambah. Situasi ini boleh memberi tekanan kepada aliran tunai anda jika tidak dikawal dengan baik.
Sebaiknya tangguhkan dahulu sebarang keperluan untuk berhutang. Fokus kepada kestabilan kewangan semasa dan hanya pertimbangkan hutang baharu apabila keadaan ekonomi lebih stabil serta kemampuan kewangan anda benar-benar kukuh.
Dalam krisis ekonomi yang tidak menentu, cara anda mengurus perbelanjaan akan memberikan kesan yang sangat besar. Berikut antara beberapa cara praktikal untuk bantu anda berbelanja dengan lebih berhemah:
Untuk menjayakan persediaan no 3 ini, anda mestilah mempunyai disiplin kawalan diri yang tinggi supaya pengurusan perbelanjaan anda kekal sistematik dan terkawal.
Tidak dapat dinafikan, bila berdepan cabaran krisis ekonomi, harga barang keperluan asas juga akan meningkat. Oleh itu, kalau anda terus bergantung kepada pendapatan sedia ada sahaja, ada kemungkinan pendapatan anda tak mampu lagi untuk tampung kos kenaikkan harga barang.
Masa ini sangat penting untuk anda cari peluang bina pendapatan tambahan ataupun sampingan bergantung kepada kemahiran, kebolehan dan potensi yang ada di depan mata anda.
Teroka lebih banyak idea pendapatan sampingan di sini.
Di sebalik setiap cabaran dan kesukaran, terdapat ilmu yang boleh membantu anda menghadapi krisis ekonomi dengan lebih tenang. Sebab itu, antara persediaan yang wajar dilakukan adalah belajar tentang pelaburan dan mula mempraktikkannya mengikut kemampuan anda. Kemahiran pelaburan ini penting supaya anda tidak hanya bergantung kepada satu sumber pendapatan semata-mata.
Warren Buffett pernah berkata, “Be fearful when others are greedy, and be greedy when others are fearful”. Ketika krisis ekonomi berlaku, ramai orang menjadi takut untuk bertindak kerana tidak memahami apa yang sedang berlaku. Tapi bagi anda yang mempunyai ilmu pelaburan akan lebih yakin membuat keputusan berdasarkan pengetahuan, bukannya emosi atau panik semata-mata.
Hakikatnya, kalau tidak belajar, anda akan terus rugi dan hidup dalam ketakutan setiap kali ekonomi bergolak. Tetapi apabila anda mempunyai ilmu, anda yang akan mendapat untung daripada peluang yang wujud di sebalik setiap krisis. Sebab itu, jangan tunggu krisis berlaku baru nak belajar ilmu pelaburan. Mulakan dari sekarang supaya anda lebih bersedia menghadapi apa jua keadaan ekonomi.
Kesimpulannya, krisis ekonomi memang boleh menimbulkan rasa cemas yang tidak menentu. Tapi dengan persediaan yang betul, ia tidak semestinya menjadi bencana kewangan buat anda.
Apabila asas kewangan mula kukuh, anda bukan sahaja mampu bertahan ketika krisis, tetapi juga lebih tenang dalam membuat keputusan tanpa panik. Akhirnya, matlamat sebenar anda bukan sekadar untuk bertahan, tetapi untuk memastikan anda kekal stabil, terkawal dan yakin dalam mengharungi apa jua keadaan ekonomi yang mendatang.
Bab kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan.
50% Complete
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.