Ramai orang pasang impian untuk bebas dari hutang. Bila dapat selesaikan hutang, barulah hati rasa tenang dan fikiran jadi lapang. Kalau tak, rasa macam ada yang tak kena. Tapi realiti zaman sekarang, macam agak mustahil untuk hidup bebas hutang. Sebab ada yang terpaksa buat hutang kereta, rumah dan pendidikan demi kelangsungan hidup.
Bila terlalu banyak komitmen untuk dibayar, anda mula rasa terhimpit dan susah untuk kawal kewangan. Kalau anda berada dalam situasi seperti ini, saya nak cadangkan 5 cara selesaikan hutang dengan cepat yang boleh diamalkan secara praktikal.
Khas untuk pemilik kad kredit. Balance transfer ialah teknik memindahkan baki tunggakan hutang kad kredit sedia ada kepada kad kredit baharu dengan kadar faedah yang lebih rendah. Ada juga bank yang menawarkan kadar faedah 0% ketika promosi tapi anda masih perlu membayar yuran pendahuluan. Tujuan balance transfer ini supaya anda boleh fokus selesaikan hutang pokok tanpa bebanan kadar faedah yang tinggi.
Tapi anda perlu patuh syarat pembayaran seperti :
Info di atas adalah tertakluk kepada bank. Semasa tempoh balance transfer ini, anda tidak digalakkan menambah hutang baru, kalau tidak kad kredit anda akan dikenakan kadar faedah yang tinggi. Jadi pastikan anda gunakan cara ini dengan berdisplin sehingga anda berjaya selesaikan hutang kad kredit.
Teknik ini digunakan untuk panjangkan tempoh pembayaran hutang agar bayaran ansuran bulanan jadi lebih rendah. Kesannya, anda akan ada duit lebihan hasil pengurangan bayaran ansuran tersebut. Duit lebihan itu anda boleh gunakan untuk selesaikan hutang lain yang anda ada.
Contohnya anda ada:
Apa yang anda boleh buat ialah panjangkan tempoh pembayaran hutang rumah dan gunakan duit lebihan itu untuk selesaikan hutang kad kredit dengan cepat. Bila dah selesaikan hutang kad kredit, anda sambung semula selesaikan hutang rumah. Jadi beban hutang anda makin berkurang!
Mulakan dengan selesaikan hutang yang lebih kecil terlebih dahulu. Bila hutang kecil selesai, teruskan ke hutang yang lebih besar pula. Cara ini bukan saja bantu anda fokus tapi boleh menaikkan semangat sebab anda selesaikan hutang satu per satu. Contonya anda ada 3 hutang:
Berdasarkan contoh di atas, fokus selesaikan hutang peribadi sebab ia paling rendah. Bila dah selesai, teruskan dengan kad kredit, dan akhirnya PTPTN. Teknik ini bantu anda bina momentum, dan sangat sesuai untuk individu yang suka melihat perkembangan secara berperingkat dan berfokus kepada pencapaian untuk selesaikan hutang.
Teknik ini fokus untuk selesaikan hutang dengan kadar faedah yang lebih tinggi dahulu. Tujuannya supaya anda dapat kurangkan bayaran kadar faedah yang perlu dibayar. Walaupun anda mungkin ambil masa lebih lama untuk habiskan satu hutang, kaedah ini lebih jimat dalam jangka masa panjang.
Dalam masa yang sama anda perlu cari duit extra untuk kurangkan bebanan hutang. Saya juga pernah kongsikan 7 idea side income dalam artikel sebelum ini. Mana tahu idea yang saya kongsikan boleh bantu anda jana pendapatan tambahan untuk selesaikan hutang dengan lebih cepat.
Penyatuan hutang adalah cara untuk anda kumpulkan kesemua hutang yang ada dan bayar semuanya dengan membuat pinjaman baharu. Lebih baik kalau hutang baharu ini kadar faedahnya lebih rendah dan tempoh bayaran lebih panjang.
Contohnya, buat refinancing rumah, iaitu anda memohon semula pinjaman berdasarkan nilai semasa rumah anda dan dapat lebihan duit tunai. Duit lebihan yang anda dapat boleh
digunakan untuk langsaikan hutang-hutang sedia ada seperti kad kredit, personal loan atau hutang kereta.
Tapi penting untuk anda ingat, teknik ini hanya berkesan jika anda benar-benar gunakan duit lebihan itu untuk bayar semua hutang lama. Kalau tidak tutup hutang lama, sia-sialah buat hutang baharu.
Tujuan sebenar teknik penyatuan hutang / consolidation ini adalah supaya anda hanya fokus bayar 1 hutang sahaja dan tutup hutang lama. Tindakan ini agak berisiko, sebab itulah anda perlu disiplin yang tinggi dan jangan mudah berubah hati bila ada duit lebihan.
Kesimpulannya, impian anda untuk hidup bebas hutang semestinya boleh tercapai sebab ada banyak cara untuk mudahkan anda selesaikan hutang dengan cepat. Berhutang memang dibolehkan, tapi kena berpada-pada. Jangan sampai ia mengganggu aliran tunai dan memberi tanggapan buruk di mata bank.
Tiada jalan pintas untuk selesaikan hutang tanpa usaha dan tindakan yang strategik. Memang pada permulaan, anda akan rasa susah, tapi bila dah nampak hasil yang hutang makin berkurang, anda tentu akan rasa gembira dan syukur. Jadi elakkan bertangguh dan mula bertindak hari ini. Kalau anda nak tahu lebih lanjut bagaimana cara urus kewangan dan mulakan perjalanan hidup bebas hutang, boleh sertai Money & Cashflow Mastery.
50% Complete
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.