5 Tips Jimat Berbelanja Paling Praktikal

kewangan Jun 05, 2025

 

Amalan berjimat-cermat adalah satu tabiat yang sangat baik dalam perbelanjaan. Ia bukan bermaksud anda perlu mengorbankan keinginan, tapi cukup untuk anda jadi lebih peka dalam perbelanjaan bila menggunakan kemudahan yang ada di sekeliling anda.

 

Sebenarnya amalan berjimat-cermat boleh bantu anda selesaikan banyak masalah kewangan dan capai impian yang lebih besar. Untuk jadikan amalan berjimat cermat sebagai satu tabiat yang sebati dalam hidup anda, boleh amalkan 5 tips jimat berbelanja paling praktikal yang saya kongsikan dalam artikel kali ini.

 

Tips #1 Belanja menggunakan kad kredit

Mungkin ada yang berpendapat berbelanja menggunakan kad kredit adalah satu risiko dan dosa kewangan. Tapi anda tak tahu, berbelanja menggunakan kad kredit lagi banyak kelebihan dan lebih banyak penjimatan sebab adanya cashback, diskaun, TreatsPoint dan hadiah. Bergantung kepada corak perbelanjaan dan gaya hidup anda, memilih kad kredit yang betul akan beri keuntungan berganda untuk anda.

 

Ada kad kredit yang tawarkan cashback sehingga 12% untuk setiap isian minyak petrol.

 

Ada kad kredit yang beri akses tanpa had airport lounges.

 

Ada juga kad kredit yang bagi tiket percuma atau potongan harga tengok movie setiap hari.

 

Berbanding anda belanja menggunakan kad debit dan secara tunai, anda perlu bayar lebih mahal. Terbukti kad kredit adalah jalan yang lebih jimat!

 

Contoh anda ada kad kredit petrol yang beri cashback sebanyak 12% untuk setiap isian minyak RM50, anda akan dapat cashback dan jimat RM6. Nampak sikit tapi siapa nak bagi RM6 secara percuma? RM6 itu anda boleh simpan atau laburkan supaya duit anda berkembang lagi banyak. Itulah cara orang kaya yang bijak urus duit.

 

Tapi, dalam mengejar penjimatan dalam perbelanjaan, anda perlu berdisplin untuk bayar secara penuh jumlah kad kredit yang telah digunakan setiap bulan. Elakkan pembayaran secara minimum jika tidak mahu dikenakan caj faedah yang tinggi. Sekiranya anda masih gagal urus perbelanjaan bulanan, jangan terburu-buru untuk miliki kad kredit. Saya sarankan anda sertai kelas Money & Cashflow Mastery terlebih dahulu supaya boleh urus duit dengan lebih bijak.

 

Tips #2 Pilih Family Plan

Anda perasan tak, bila bayar sesuatu secara berkumpulan harganya boleh jadi jauh lebih murah berbanding bayaran individu? Paling mudah, anda boleh lihat contoh perbandingan langganan bulanan di Spotify, Netflix dan telco telefon anda.
Contoh Pengiraan:

 

Sumber: Spotify, Netflix,U Mobile

Penafian: Harga ini adalah berdasarkan tahun 2025

 

Kalau anda masih guna pelan individu untuk semua servis digital, ini masa terbaik untuk semak semula. Jadilah pengguna yang bijak dan kongsi langganan bersama ahli keluarga tercinta. Anda boleh berjimat tanpa mengorbankan gaya hidup.

 

Tips #3 Naik pengangkutan awam atau tumpang kereta (carpool)

Kalau anda tinggal dan bekerja di bandar, ada banyak akses seperti LRT, MRT ataupun bas. Kerajaan juga menyediakan kemudahan My50 pass, di mana anda boleh menggunakan kenderaan awam tanpa had dengan bayaran RM50 sebulan. Anda boleh jimat banyak dekat sini berbanding bawa kereta yang mengeluarkan kos seperti minyak petrol, tol dan parking.

 

Kalau anda duduk di kawasan luar bandar yang mempunyai akses pengangkutan awam yang agak terhad, anda boleh amalkan konsep kongsi kereta (carpool) dengan kawan satu tempat kerja atau sesama pasangan. Perkara ini mungkin nampak kecil, tapi anda boleh jimat banyak di sini. Konsepnya, tanggung kos bersama-sama.

 

Tips #4 Bawa bekal ke tempat kerja

Zaman sekarang, kalau nak beli makanan dekat luar lengkap nasi, lauk, sayur dan air boleh telan kos sampai RM20. Bayangkan itu baru sehari, kalau seminggu RM100, kalau sebulan anda dah belanja RM400 hanya untuk lunch sahaja. Itu belum campur kalau anda beli sarapan dan minum petang. Sebab itu makan di luar memang jauh lebih mahal berbanding masak sendiri di rumah. Itulah realitinya. Jadi untuk mengelakkan anda overspend pada makanan, lebih baik jika anda masak dan bawa bekal dari rumah. Dengan ini anda boleh berjimat dan kawal perbelanjaan bulanan dengan lebih berkesan.

 

Tips #5 Kurangkan kos utiliti dan potong langganan yang tak digunakan

Salah satu cara mudah untuk berjimat adalah dengan mengurangkan bil utiliti seperti elektrik dan air. Walaupun nampak kecil, penjimatan setiap bulan boleh jadi besar dalam jangka masa panjang.

 

Contohnya:

  • Tutup suis elektrik apabila tidak digunakan.

  • Guna lampu LED yang lebih jimat tenaga.

  • Hadkan masa penggunaan penghawa dingin atau set pada suhu yang sesuai.

  • Guna air secara berhemah, elakkan pembaziran semasa mandi atau mencuci.

 

Dengan ubah beberapa tabiat harian, anda boleh jimatkan bayaran bil utiliti.

 

Selain itu, anda juga boleh mula menyemak semula perbelanjaan bulanan seperti langganan Astro, Netflix, atau pelan postpaid yang mahal tetapi jarang digunakan. Pertimbangkan untuk beralih kepada kandungan percuma seperti YouTube, saluran RTM, atau aplikasi MYTV ManaMana. Sebenarnya, ada banyak alternatif percuma yang boleh dimanfaatkan tanpa menjejaskan keperluan harian dan ini dapat membantu anda mengurangkan kos perbelanjaan bulanan.

 

Kesimpulannya, amalan berjimat ini tidaklah menyekat anda untuk berbelanja, malah akan bantu anda capai impian yang diinginkan. Bila anda mampu berjimat, barulah ada duit lebihan untuk selesaikan hutang dan reward diri. Lagi seronok bila anda boleh manfaatkan duit lebihan untuk melabur dan gandakan lagi jumlah duit dalam akaun bank.

 

Andai kata anda berminat nak gandakan duit untuk capai matlamat kewangan, Absorich ada sediakan kelas percuma DI SINI.

Close

50% Complete

Two Step

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.