Bercakap tentang beli kereta biasanya orang ramai akan pentingkan model dan jenama, warna, serta teknologi yang ada dalam sesebuah kereta. Sedangkan, ada perkara yang lebih penting dari semua itu untuk anda pertimbangkan sebelum beli kereta.
Bukan apa, harga kereta sekarang bukanlah murah. Ada yang cecah puluhan dan ratusan ribu ringgit. Tak berbaloi rasanya kalau anda membeli kereta kalau hanya nak bergaya tanpa “mengukur baju di badan sendiri.” Sepatutnya, faktor kewangan perlu menjadi pertimbangan paling utama. Sebab anda bukan saja perlu bayar komitmen bulanan, tapi ia datang sekali dengan kos seperti maintenance service, minyak, tol, parking dan sebagainya.
Sebab itu untuk anda yang bercadang beli kereta baharu, gunakan 5 tips sebelum beli kereta yang saya kongsikan pada kali ini.
Ada orang beli kereta sebab tiada pilihan lain. Pengangkutan awam susah nak dapat, lokasi kerja jauh, dan rutin harian memerlukan kenderaan sendiri. Bila anda kira balik dari segi kos, masa dan keselesaan, memiliki kereta memang lebih berbaloi. Dalam situasi begini, kereta adalah satu keperluan untuk bergerak dari destinasi A ke destinasi B.
Tapi kalau anda tinggal di kawasan yang lengkap dengan kemudahan pengangkutan awam seperti bas, MRT, LRT atau ETS yang mudah diakses, mungkin anda tak perlukan kereta pun untuk bergerak. Pengangkutan awam boleh jadi jauh lebih jimat dan kurang stres, terutama untuk elak kesesakan jalan raya pada waktu puncak.
Jadi, sebelum buat keputusan, kenal pasti dulu sama ada kereta itu satu keperluan atau kehendak. Jangan terburu-buru tambah komitmen beli kereta jika tidak perlu.
Bila anda nak beli kereta, bukan harga kereta sahaja yang perlu diambil kira, tapi banyak lagi kos lain yang boleh anda pertimbangkan sebelum membuat keputusan untuk beli kereta.
Contohnya:
Bila anda dah buat pengiraan awal, barulah anda tahu kemampuan bulanan berdasarkan gaji. Sekiranya jumlah kos membeli kereta melebihi kemampuan anda, maka anda perlu fikir keputusan yang lebih realistik dengan keperluan dan status kewangan anda. Ia juga sangat berkait rapat sama ada anda nak beli kereta baru atau kereta terpakai.
Jika anda baru kali pertama nak beli kereta, anda mungkin akan berasa keliru sama ada ingin memilih untuk beli kereta baharu ataupun terpakai? Kereta baharu atau terpakai kedua-duanya ada kelebihan dan kekurangan tersendiri. Walaubagaimanapun, sekiranya anda merancang untuk beli kereta terpakai, ada beberapa perkara yang perlu anda lakukan :
Perkara ini sangat penting supaya anda tidak menanggung kos baik pulih yang lebih tinggi pada masa akan datang. Tidak semua kereta terpakai itu tidak bagus, anda hanya perlu beli kereta terpakai yang ada kondisi terbaik dan masih berbaloi untuk digunakan.
Zaman sekarang, ada banyak iklan yang menawarkan anda jumlah bayaran ansuran kereta yang rendah. Ada yang terpedaya membeli kereta mahal dengan gaji bulanan yang rendah. Tapi apa yang anda tidak sedar, ansuran bulanan yang rendah dengan jumlah tempoh pembayaran yang lebih panjang, akan menyebabkan pembayaran faedah yang dibayar kepada pihak bank adalah jauh lebih tinggi. Bermakna anda terpaksa bayar lebih!
Saya beri contoh pengiraan supaya anda dapat lihat perbezaannya:
Sumber: Perodua Loan Calculator
Penafian: Sebarang perubahan harga bergantung kepada harga semasa model kereta. Contoh ini hanya untuk tujuan pembelajaran sahaja.
Sebab itu ansuran bulanan yang rendah tidak menjanjikan kadar faedah yang rendah malah sebaliknya. Anda mampu jimat RM3,511.56 kalau anda buat pinjaman selama 5 tahun. Jadi, pastikan anda buat perbandingan bayaran ansuran dan kadar faedah sebelum membuat keputusan untuk beli kereta.
Sebelum beli kereta, cuba semak semula kemampuan kewangan anda guna formula 20/5/15:
Dari formula 20/5/15 ini anda dapat mengurangkan kadar pinjaman, kadar faedah dan tempoh pembayaran hutang. Formula ini juga dapat bantu mengawal aliran tunai bulanan supaya anda tidak sesak di hujung bulan. Sekiranya anda ingin hidup dengan selesa tanpa hutang yang banyak, saya cadangkan anda guna formula ini.
Kesimpulannya, kereta hanyalah alat yang memudahkan anda bergerak dari destinasi A ke B. Ada banyak pilihan dan model kereta yang ada di pasaran dengan tawaran serta keistimewaan yang menarik perhatian anda. Namun yang paling utama, pastikan anda membeli kereta berdasarkan tahap kewangan, bukan sebab nafsu. Jangan kerana gaya hidup anda sanggup mengikat hutang di keliling pinggang. Semoga perkongsian kali ini bermanfaat untuk anda.
50% Complete
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.