5 Tip Main Saham Untuk Beginner

saham Aug 18, 2022

Pasaran saham merupakan platform yang bersifat volatile yang mana keuntungan dan kerugiannya tidak menentu. Boleh jadi satu anda untung, tetapi tak sampai beberapa jam, ia berubah menjadi rugi pula. 

 

Saham memang platform yang bagus untuk anda dapatkan pendapatan alternatif. Bagi anda yang dalam kategori beginner untuk faham tentang saham, artikel kali ini saya akan kongsikan 5 tip main saham untuk beginner.


Seorang beginner mesti tambah ilmu pengetahuan sebelum main saham

Tip #1 Belajar dulu tentang saham

Faktanya, saham bukan seperti anda melabur dalam Tabung Haji dan ASB. Tabung Haji dan ASB boleh dikatakan platform yang hampir tiada risiko untuk anda kehilangan modal. Nak main saham, anda mesti memiliki ilmu dan kemahiran yang jelas dan tidak main hentam sesuka hati. Dalam erti kata lain, perkara asas perlu anda faham secara keseluruhan. Anda mesti tahu macam mana nak beli saham dan kenapa anda mahu beli pemilikan sesebuah syarikat. Tanpa ilmu dan penguasaan teknik yang betul, anda akan mudah kecundang dan berputus asa untuk melabur saham.


Elakkan kaunter penny untuk mula bermain saham

Tip #2 Elakkan membeli kaunter “penny”

Banyak dalam kalangan beginner memang sukakan kaunter penny. Kerana kaunter penny boleh berikan keuntungan yang tinggi dalam masa yang singkat. Cuma anda mesti tahu, kaunter penny ini juga boleh rugi dalam masa yang singkat juga. Untuk anda mudah faham apakah kaunter penny ini adalah bila mana anda dapati satu unit saham berharga sangat murah seperti contoh satu unit bersamaan 20 sen sahaja.


Beginner tidak perlu letakkan jumlah modal yang besar untuk mula melabur dalam saham

Tip #3 Mulakan dengan modal yang kecil

Modal yang realistik untuk beginner adalah berjumlah RM1,000. Ini adalah jumlah minimum yang saya syorkan untuk anda sebagai beginner mula melabur di pasaran saham. Saya tidak galakkan sekiranya anda memulakan dengan modal yang kecil atau rendah dari RM1,000 kerana platform saham ini mempunyai beberapa kos yang perlu dibayar seperti brokerage fee, stem duty, sst dan macam-macam lagi. Kita tidak mahu modal anda dihabiskan dengan membayar kos sahaja.

 

Jika anda tiada RM1,000, saya tidak galakkan sama sekali untuk anda memulakan pelaburan kerana anda tidak ada simpanan yang cukup. Bagi mereka yang masih tidak cukup duit RM1,000 untuk melabur, fokus utama anda adalah membina simpanan terlebih dahulu. Jika tidak, bila anda dapat keuntungan dalam saham nanti anda akan cenderung menghabiskan duit anda kerana anda tiada tabiat menyimpan pada permulaan. 

 

Seperti yang saya katakan pada awal tadi, mulakan pelaburan saham dengan modal yang kecil serendah RM1,000. Matlamat utama anda adalah memastikan agar anda mempunyai pulangan yang konsisten. Bila sudah dapat pulangan yang konsisten, barulah selesa untuk tambahkan lagi modal pada masa akan datang.


Seorang beginner mesti ada perancangan sebelum melabur dalam saham

Tip #4 Pastikan anda jelas entry point, cut loss dan target price

Semasa anda mahu membeli saham, anda mesti jelas berapa harga semasa anda beli. Ini dinamakan sebagai entry point. Anda juga mesti jelas cut loss untuk anda lepaskan atau jual saham apabila saham anda jatuh. Begitu juga berapa target price untuk anda dapatkan keuntungan. Inilah yang dipanggil sebagai trading plan atau pelan pelaburan.


Trading plan boleh membantu trader saham terutama beginner untuk bertindak dengan rasional berdasarkan perancangan yang telah dibuat

Tip #5 Kekal komited dengan trading plan

Ada orang yang hanya pandai buat perancangan. Tetapi bila sudah mula melabur, dalam beberapa situasi mereka tidak berjaya membuat keputusan dengan rasional. Ini kerana mereka tidak merujuk semula perancangan yang dibuat. Contohnya situasi di bawah:

 

Situasi 1 : harga saham sudah jatuh melebihi harga cut loss yang ditetapkan. Masih berharap agar saham tersebut naik semula.

Situasi 2 : harga saham sudah sampai kepada targeted price yang ditetapkan. Namun masih menganggap harga saham tersebut akan naik lebih tinggi lagi dari yang disasarkan. Akhirnya, harga saham itu jatuh. Ini yang dinamakan greedy analysis.

 

Secara keseluruhannya, saham adalah instrumen pelaburan yang sangat berisiko tinggi. Dari sudut ketidaktentuan pasarannya, seorang beginner harus bersiap sedia melengkapkan pengetahuan terutama berkaitan terma-terma yang digunakan dalam saham. Ia sangat penting untuk anda fahami sebelum anda lompat ke dalam pelaburan saham agar anda benar-benar boleh menjadikan saham sebagai sumber alternatif pendapatan anda.

 

Close

50% Complete

Two Step

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.