5 Tips Pengurusan Kewangan Bijak Untuk Graduan

kewangan graduan Mar 18, 2022

Ada orang kata, menjadi graduan selepas tamat di IPT tidak semestinya anda mendapat jaminan kerja dan duit gaji yang anda impikan.

 

Sepanjang menjadi perancang kewangan, saya dapati ramai graduan lepasan Universiti di luar sana kurang pengetahuan dan pendedahan dalam ilmu pengurusan kewangan yang bijak. Bagi saya, bukan sahaja ilmu pengurusan gaji dan perbelanjaan yang perlu dititikberatkan, perkara lain seperti simpanan, hutang dan pelaburan juga penting untuk mereka yang bergelar graduan.


Jadi, bagaimana anda sebagai graduan mahu pastikan pelaburan duit dan masa selama anda menyambung pelajaran berbaloi? Kali ini saya akan kongsikan 5 Tips Pengurusan Kewangan Yang Bijak Untuk Graduan Yang Baru Mulakan Pekerjaan supaya anda bersedia membina dan mengukuhkan kewangan di peringkat awal pekerjaan.


Seorang graduan dikelilingi buku-buku untuk menambah ilmu pengetahuan.

Tips 1# Invest ke dalam diri sendiri

“An investment in knowledge always pays the best interest” - Benjamin Franklin

“Pelaburan dalam ilmu selalunya memberikan pulangan yang terbaik” - Ini adalah tips pengurusan kewangan yang paling bijak. Sebab itu tips ini berada paling atas sekali. Cuba anda fikirkan, sejak kecil lagi mungkin anda diajar menyimpan, tetapi tidak diajar ‘memberanakkan’ duit. Sejak kecil lagi mungkin anda diajar merekod perbelanjaan tetapi tidak diajar mengawal duit yang ada dari dibelanjakan sesuka hati. Sampai kini anda sudah bergelar graduan, adakah anda tahu perbelanjaan anda menjurus ke arah keperluan atau kehendak? Sebab itulah top up ilmu pengurusan kewangan sangat penting terutama buat para graduan.

 

Biasanya ilmu pengurusan kewangan jarang sekali diajar dalam kelas yang anda hadiri dari kecil hingga ke alam Universiti. Salah satu cara untuk menjadi bijak dalam perkara ini tidak lain tidak bukan adalah anda perlu mencari mentor yang berjaya dan berautoriti dalam menyampaikan ilmu berkenaan Smart Money Management.


Pengurusan kewangan yang bijak tidak tertumpu pada bahan teori semata-mata. Malah, ia merupakan ilmu yang boleh dipraktikkan sampai bila-bila. Oleh itu, belajarlah dan upgrade kemahiran berkaitan kewangan supaya suatu hari nanti duit yang anda hasilkan boleh bekerja untuk anda dan bukan lagi anda bekerja untuk mendapatkan duit.


Simpanan untuk tabung kecemasan

Tips 2# Bina tabung kecemasan

Graduan yang bijak dalam menguruskan kewangan, tidak akan sewenang-wenangnya menggunakan duit lebihan mereka ke arah perkara yang tidak bermanfaat. Graduan yang baru mendapatkan pekerjaan perlu ambil perhatian membina tabung kecemasan agar dapat mengurangkan beban dari perkara yang tidak diingini berlaku pada masa hadapan.

 

Ramai orang culas membina tabung kecemasan. Tidak hairan semasa kemuncak krisis seperti pendemik Covid-19 berlaku, hampir 2.6 juta pencarum KWSP dilaporkan memiliki kurang seribu ringgit dalam akaun 1 selepas pengeluaran i-Sinar dan i-Lestari. Ini membuktikan masih ramai yang pandang ringan tentang dana kecemasan. Apabila berlaku krisis ekonomi yang tidak dijangka, tabung persaraan dalam KWSP menjadi ‘mangsa’ untuk orang ramai terus bertahan. Kalau anda perasan di kebanyakan perkongsian saya, saya sentiasa ingatkan tentang tabung kecemasan. Ini tips yang serius! Anda tidak boleh berkecuali dalam memperuntukkan sebahagian gaji atau pendapatan anda ke dalam tabung kecemasan. 

 

Bagaimana mahu mulakan?

 

Start small! - Mulakan dengan mengumpul sejumlah seribu ringgit, tahan diri dari menggunakan duit tersebut kecuali hal-hal kecemasan dan tambah sedikit demi sedikit sehingga tabung tersebut mempunyai jumlah 3-6 bulan gaji anda. Tidak mengapa perjalanan untuk mengumpulkan tabung kecemasan ini kelihatan perlahan, asalkan berazam dan berdisiplin demi masa hadapan kewangan yang lebih selamat.


Payung umpama perlidungan menyelamatkan kewangan

Tips 3# Melindungi harta anda

Pengurusan kewangan yang bijak perlu ada dua jenis perlindungan yang boleh mengelakkan harta anda dari terjejas akibat situasi yang sukar dijangka. Pelan ini diambil adalah bertujuan untuk meringankan beban seseorang dan orang terdekat apabila berlaku musibah.

 

Medical card adalah salah satu contoh Pelan Perlindungan Pendapatan / Income Protection. Andai anda ditahan dalam wad akibat serangan jantung, kos rawatan ditanggung menggunakan medical card berkenaan. Anda tidak perlu keluarkan duit anda sendiri. Elakkan dari memilih produk takaful yang terlalu mahal sehingga menyukarkan anda membayarnya setiap bulan.

 

Manakala Pelan Penggantian Pendapatan / Income Replacement seperti hibah contohnya, ia diperlukan sekiranya suatu hari nanti anda atau keluarga anda menghadapi kemungkinan seperti kematian, kecacatan kekal, penyakit yang perlu rawatan susulan seperti kidney failure dan sebagainya. Lebih-lebih lagi jika anda seorang ketua keluarga. Keluarga anda pasti terkesan sekiranya anda meninggal atau tiada keupayaan bekerja. Sebab itu, anda perlu allocate duit untuk melindungi harta sedia ada.

 

Sebagai graduan yang baru memulakan pekerjaan, mesti penat untuk mulakan semula dari bawah bukan? Jangan abaikan pelan perlindungan ini sebab takut nanti boleh menjejaskan simpanan dan pendapatan yang anda bina selama berbulan-bulan.


Seorang graduan melihat komitmen kewangan

Tips 4# Jauhi hutang jahat

Siapa kata graduan tidak boleh buat hutang? Anda boleh membuat hutang tetapi bukan hutang jahat! Hutang jahat adalah perkara yang mengganggu komitmen anda dari membuat simpanan dan membeli aset atau perkara yang mengambil duit anda tanpa memberi pulangan pada masa hadapan. Contohnya kad kredit. Ia boleh jadi hutang baik dan sebaliknya. Jadi, kawal perbelanjaan anda dengan bijak dan langsaikan hutang credit card tanpa sebarang penangguhan. Selamatkan duit anda dari terpaksa membayar interest yang tinggi sehingga membebankan kewangan anda.

 

Saya faham ramai graduan yang culture shock bila masuk ke dunia pekerjaan. Sudah mula pegang duit sendiri, banyak benda nak dibeli. Sebaiknya rancanglah hutang anda dan buat pertimbangan dengan baik. Jika tiada keperluan mendesak pada masa sekarang untuk membuat hutang, amalkan sikap delayed gratification dan jangan mudah terpengaruh dengan lifestyle rakan sekeliling.



Graduan bina rekod kewangan yang paling baik

Tips 5# Bina good rating CCRIS

CCRIS atau Central Credit Reference Information System merupakan rekod yang sangat penting sekiranya pada masa hadapan anda mahu membuat pinjaman dengan bank. Dari sinilah sejarah hutang anda akan dinilai oleh bank untuk mendapatkan kepercayaan di mata bank. Pastikan jika anda memiliki hutang seperti ansuran kereta, pinjaman pelajaran, kad kredit dan lain-lain, bayar on time dan elakkan tunggakan.

 

Kenapa anda perlu pastikan CCRIS anda dalam rekod yang paling terbaik seawal anda bekerja? Dalam ilmu pengurusan kewangan yang bijak, anda perlu tahu bahawa instrumen hutang merupakan instrumen yang hebat dalam menggandakan kekayaan anda. Dengan hutang, anda boleh membeli rumah pelaburan dan lain-lain lagi. Sebab itulah bagi membina tapak kewangan yang stabil, laporan kredit ini perlu dipersembahkan dalam keadaan yang paling bersih dari sebarang tunggakan.

 

Kesimpulannya, anda sebagai graduan yang baru memulakan pekerjaan sangat memerlukan bimbingan yang kemas dalam ilmu pengurusan kewangan. Jangan pernah berasa rugi dan menyesal untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi kerana menuntut ilmu merupakan solusi kepada masalah kejahilan di luar sana. Jadilah graduan yang bijak yang bercita-cita untuk membina empayar kekayaan seterusnya menyumbang semula kepada masyarakat.

 

Close

50% Complete

Two Step

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.