Setiap kali 31 Ogos, rakyat Malaysia meraikan bulan kemerdekaan yang juga membawa erti kebebasan dari penjajah. Tapi satu persoalan besar yang jarang ditanya, adakah kita benar-benar sudah capai bebas kewangan? Bebas daripada hutang yang menjerat, bebas membuat pilihan hidup tanpa risau tentang duit, dan bebas merancang masa depan dengan tenang.
Kalau anda masih mencari jalan untuk capai bebas kewangan, saya akan kongsikan 5 cara capai bebas kewangan yang boleh anda lakukan mulai hari ini juga. Teruskan membaca!
“If you have a very clear goal, please stick with it."
Untuk capai tahap bebas kewangan anda mestilah mempunyai matlamat yang jelas dalam kewangan. Tapi matlamat yang jelas sahaja tidak akan berjaya kalau anda tidak urus bajet kewangan dengan betul.
Langkah-langkah urus bajet kewangan:
Bajet kewangan yang mantap bukan sahaja membantu anda untuk capai bebas kewangan, tapi juga melatih disiplin dalam berbelanja.
Kalau anda nak dapatkan template bajet kewangan yang siap pakai, boleh dapatkan di Money & Cashflow Mastery.
Bila dapat gaji pertama, penting untuk anda mula membina tabung kecemasan. Tabung kecemasan tujuannya untuk digunakan pada waktu terdesak dan perkara yang tidak dijangka sehingga menyebabkan anda perlu mengeluarkan duit dengan kadar segera dan cepat. Contohnya kalau anda hilang pekerjaan, anda masih ada simpanan untuk bertahan sementara menunggu peluang pekerjaan yang baru.
Persoalannya, berapa jumlah tabung kecemasan yang perlu anda bina?
Sebagai langkah awal anda boleh mula dengan jumlah 6 bulan gaji, seterusnya naikkan jumlah tersebut kepada 12 bulan. Tapi kalau anda seorang peniaga, lebih baik untuk ada jumlah tabung kecemasan yang lebih banyak seperti simpanan 24 bulan gaji sebab jatuh bangun sesebuah perniagaan tidak menentu.
Untuk capai bebas kewangan ia merupakan sebuah ‘perjalanan’ yang perlu dilalui dengan perancangan dan tindakan yang jelas. Jadi, untuk anda capai bebas kewangan, asas utama adalah untuk kukuhkan kewangan anda dengan bina tabung kecemasan yang mencukupi.
Sebenarnya banyak potensi yang anda boleh cipta bila anda ada high income skill.
Semestinya anda boleh jana lebih banyak duit kerana kemahiran ini memberi nilai besar kepada orang lain, sama ada anda bantu memudahkan hidup orang atau selesaikan masalah kehidupan.
Apa contoh high income skill yang boleh anda pelajari ?
Semua di atas adalah antara kemahiran yang boleh anda asah dalam diri. Percayalah, kalau anda ada salah satu daripada kemahiran ini, anda boleh mula bina kewangan yang lebih stabil.
Tahukah anda, dengan menguasai high income skill, potensi pendapatan anda boleh mencecah sehingga RM10,000 sebulan dan ke atas?
Malah, ia juga membuka peluang untuk anda mencipta multiple streams of income dan inilah salah satu kunci utama menuju bebas kewangan.
Kalau anda mahu bezakan 2 jenis hutang ini, boleh baca jadual di bawah:
Orang yang bijak dalam kewangan menggunakan hutang baik untuk gandakan pendapatan, bukan untuk berbelanja mewah.
Kalau anda nak capai bebas kewangan, kurangkan hutang jahat seminimum mungkin kerana ia tidak memberi sebarang pulangan ataupun keuntungan.
Orang yang bebas kewangan kebanyakannya ada satu persamaan yang sama iaitu melabur dalam aset yang berharga seperti saham, unit trust, hartanah, kripto, emas, ETF, sukuk dan lain-lain. Ini antara cara mudah untuk menggandakan aset.
Kenapa orang bebas kewangan memilih untuk melabur? Kerana mereka faham konsep compounding (pulangan berganda). Bermula dengan modal yang sikit kemudian ia berkembang menjadi lebih banyak. Anda pun boleh tiru cara ini untuk capai bebas kewangan. Tapi pastikan anda melabur dengan ilmu yang betul sebab kata Warren Buffett “never invest in something you don’t understand”.
Secara kesimpulannya, erti kemerdekaan bukanlah sekadar bebas dari penjajahan, tapi juga bebas daripada beban kewangan yang mengikat hidup anda. Bayangkan bila anda dah capai bebas kewangan, anda tidak perlu risau tentang hutang yang bertimbun, boleh rancang hidup mengikut impian sendiri dan ada kebebasan untuk menikmati masa dengan orang tersayang.
Semoga perkongsian ini jadi langkah pertama anda menuju kemerdekaan dari segi kewangan. Jumpa anda di puncak kejayaan!
50% Complete
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.