Nak selesaikan hutang kad kredit bukanlah satu perkara yang mudah lebih-lebih lagi bila anda belanja di luar kemampuan menggunakan kad kredit dan terjerat dengan kadar faedah yang tinggi.
Pada mulanya, kad kredit nampak seperti alat pemudah cara untuk berbelanja. Tapi tanpa disedari, ia boleh jadi perangkap yang membuatkan hutang anda semakin bertambah dari bulan ke bulan.
Untuk mengatasi masalah hutang kad kredit ini daripada terus mengganggu kewangan dan ketenangan anda, saya akan bantu senaraikan 5 cara selesaikan hutang kad kredit yang praktikal dan boleh anda amalkan. Teruskan membaca !
Kalau anda ada lebih daripada satu kad kredit, langkah pertama ialah senaraikan semua kad kredit beserta jumlah hutang tertunggak. Kemudian, susun keutamaan bayaran dan utamakan kad kredit dengan kadar faedah paling tinggi dahulu. Contohnya:
Kad kredit A: 18%
Kad kredit B: 15%
Dalam situasi ini, anda fokus selesaikan kad kredit A terlebih dahulu supaya jumlah kadar faedah keseluruhan dapat dikurangkan.
Manakala kalau anda hanya ada satu kad kredit sahaja, pastikan anda fokus untuk bayar lebih daripada jumlah bayaran minimum setiap bulan supaya baki pokok cepat berkurang. Lagi bagus, kalau anda boleh buat full payment. Maka habis cerita, tak perlu pening kepala fikir pasal hutang lagi.
Cara ini sangat popular digunakan untuk selesaikan hutang kad kredit. Balance transfer ialah satu cara untuk memindahkan baki tunggakan hutang kad kredit sedia ada kepada kad kredit baharu dengan kadar faedah yang lebih rendah. Ada juga bank yang menawarkan kadar faedah 0% ketika promosi tapi anda masih perlu membayar yuran pendahuluan.Tujuan balance transfer ini supaya anda boleh fokus selesaikan hutang kad kredit pokok tanpa bebanan kadar faedah yang tinggi.
Tapi anda juga perlu mematuhi terma dan syarat yang telah ditetapkan seperti tempoh masa pembayaran dan jumlah minimum untuk melakukan balance transfer. Anda boleh dapatkan maklumat lanjut daripada pihak bank. Bandingkan servis balance transfer yang ditawarkan oleh pihak bank mengikut kesesuaian hutang anda.
Tips: Anda tidak digalakkan untuk menambah hutang baharu semasa melakukan proses balance transfer.
Bila pandai berhutang, mestilah kena pandai cari jalan untuk bayar. Jadi untuk selesaikan hutang kad kredit dengan cepat, anda boleh tambah sumber pendapatan melalui aktiviti side income. Disebabkan perkembangan dunia digital hari ini, peluang untuk menjana side income jauh lebih mudah dan cepat dengan peluang pilihan yang banyak. Sebelum ini saya pernah kongsikan 7 idea side income terbaik di Malaysia. Baca di sini. Anda boleh pilih side income yang sesuai dengan masa dan kemahiran yang anda ada. Hasil side income sedikit sebanyak boleh bantu mengurangkan jumlah hutang kad kredit anda.
Antara punca segelintir orang mudah terjerat dengan hutang kad kredit kerana limit kredit yang diberi lebih tinggi daripada jumlah gaji sebenar. Contohnya, gaji RM2,500 tapi limit kad kredit RM5,000. Bila selalu swipe kad kredit, hujung bulan tak sedar dah pakai duit melebihi kemampuan bulanan.
Sebab itu, penting untuk anda mula rekod setiap transaksi bulanan, sama ada tunai atau kredit. Anda boleh catat dalam buku, Excel atau gunakan aplikasi spending tracker. Bila ada rekod, lebih mudah untuk anda kawal aliran tunai dan belanja ikut kemampuan sebenar.
Kalau anda masih tak tahu nak mula dari mana, anda boleh dapatkan akses Money & Cashflow Mastery. Dalam ini saya ada sediakan template lengkap yang boleh anda guna untuk rekod perbelanjaan bulanan sekaligus bantu memudahkan urusan anda untuk selesaikan hutang kad kredit.
Kalau anda ada hutang kad kredit yang terlalu banyak sehingga terjerat tanpa sedar, masih ada jalan untuk dapatkan bantuan. Antara langkah terakhir yang boleh diambil, sekiranya anda benar-benar terdesak dan tidak mampu membayar tunggakan ialah dengan mendapatkan khidmat nasihat kewangan percuma daripada agensi kerajaan.
Salah satu badan yang menawarkan bantuan ialah Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK). Melalui Program Pengurusan Kredit, anda boleh dapatkan nasihat kewangan, panduan urus hutang serta sokongan untuk mengatur semula bayaran hutang dengan pihak bank secara percuma.
Untuk maklumat lanjut dan akses kepada perkhidmatan ini, anda boleh layari laman sesawang rasmi AKPK: https://www.akpk.org.my/ms/debt-management.
Kesimpulannya, mengurus dan menyelesaikan hutang kad kredit memang memerlukan masa, disiplin dan strategi yang betul. Apa yang paling penting, anda berani mula bertindak dan amalkan 5 cara yang telah saya kongsikan. Sedikit demi sedikit beban hutang kad kredit anda akan berkurang. Percayalah, rasa lega dan tenang apabila bebas hutang itu jauh lebih baik daripada nikmat berbelanja tanpa kawalan.
50% Complete
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.