ASNB Ria merupakan platform pelaburan digital berkonsepkan robo advisor yang diperkenalkan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) selari dengan peranannya dalam memperkasakan ekonomi masyarakat Bumiputera di Malaysia. Melalui pendekatan pelaburan yang lebih mudah dan sistematik, ASNB Ria membantu anda memulakan pelaburan tanpa memerlukan pengetahuan teknikal yang mendalam tentang pasaran kewangan.
Jadi, apa itu ASNB Ria dan bagaimana ia berfungsi sebagai platform pelaburan digital?
Mari kita fahami dengan lebih lanjut dalam entri kali ini.

ASNB Ria adalah sejenis pelaburan yang diuruskan oleh robot dan dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia melalui Pengurusan Pelaburan Digital (DIM). Ria berfungsi dengan menggunakan algoritma untuk membentuk portfolio pelaburan secara peribadi berdasarkan profil risiko anda yang telah dianalisis. Ria juga akan melaburkan duit anda dalam dana unit amanah saham ASNB dengan tujuan untuk mencapai pulangan yang optimum dengan kadar risiko yang minimum.
Bermula 1 Januari 2025, ASNB mengenakan fi perkhidmatan sebanyak 0.3% setahun ke atas pelaburan yang diurus melalui Ria. Ini adalah kos pengurusan untuk servis automatik tersebut dan perlu diambil kira semasa mengira pulangan bersih.
ASNB Ria bukan seperti platform pelaburan rendah seperti ASB, yang dijamin pulangan dan kawalan risiko yang lebih stabil. Seperti pelaburan robo advisor yang lain, pulangan ASB Ria bergantung kepada prestasi aset dalam portfolio. ASNB Ria mengurangkan risiko melalui diversiti pelaburan, tetapi risiko pelaburan masih wujud.
Anda boleh bermula serendah RM100 sebagai modal permulaan.
Terdapat 6 jenis portfolio yang ditawarkan oleh ASNB Ria:

Sumber: Laman sesawang ASNB
Berdasarkan jadual 6 portfolio pelaburan ASNB Ria ini, ia bermula dengan risiko pelaburan paling rendah sehingga yang paling tinggi. Ini bergantung kepada selera pelaburan anda.
Salah satu kelebihan utama ASNB Ria ialah ia sangat mesra kepada pelabur baharu. Platform ini direka khas untuk individu yang tidak mahir atau masih baru dalam dunia pelaburan. Melalui penggunaan sistem robo advisor, ASNB Ria membantu mencadangkan portfolio pelaburan berdasarkan profil risiko anda, sekali gus mengurangkan kekeliruan dan cabaran untuk mula melabur.
ASNB Ria menawarkan pengurusan pelaburan secara automatik, termasuk proses rebalancing portfolio. Rebalancing ini bermaksud sistem akan menyesuaikan semula peruntukan aset apabila berlaku perubahan pasaran. Ia membantu mengekalkan tahap risiko dan potensi pertumbuhan yang anda pilih tanpa perlu pemantauan berterusan, sekali gus membantu pelabur kekal berdisiplin dan mengelakkan risiko berlebihan pada satu jenis aset.
Melalui ASNB Ria, pelaburan anda diagihkan ke dalam beberapa dana ASNB seperti sukuk, dana campuran dan dana ekuiti. Kepelbagaian portfolio ini bertujuan untuk mengurangkan risiko pelaburan dengan tidak bergantung kepada satu jenis aset sahaja. Pendekatan ini membantu melindungi portfolio daripada turun naik pasaran yang ketara dan menjadikan pelaburan lebih stabil dalam jangka masa panjang.
Secara ringkasnya, ASNB Ria memberi anda pilihan untuk kembangkan portfolio pelaburan yang berkonsepkan robot. Tapi, penting untuk difahami bahawa ASNB Ria tetap berasaskan unit trust. Ini bermakna setiap keputusan pelaburan sama ada automatik atau manual masih bergantung kepada pemahaman asas tentang risiko, objektif kewangan dan cara unit trust berfungsi.
Belajar lebih lanjut tentang unit trust secara percuma bersama Dr Adam Zubir. Daftar di sini sekarang.
50% Complete
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.