Apa Itu Exchange Traded Fund (ETF)

pelaburan Apr 24, 2026

Anda pernah dengar tentang Exchange Traded Fund (ETF)?

 

Bagi anda yang baru berjinak-jinak dalam dunia pelaburan, istilah ini mungkin kedengaran agak asing. Tapi sebenarnya ramai pelabur terkenal dunia termasuk Warren Buffett juga menjadikan ETF sebagai salah satu strategi pelaburan untuk menggandakan aset beliau.

 

Walaupun begitu, ETF bukan instrumen pelaburan yang hanya dipelopori oleh golongan kaya, jutawan atau mereka yang sudah berada lama dalam pelaburan. Sebaliknya ia boleh menjadi pilihan untuk anda kerana ia sangat mudah. Hanya perlu fahami terlebih dahulu apa itu Exchange Traded Fund (ETF).

 

Apa Itu Exchange Traded Fund?

ETF (Exchange Traded Fund) ialah sejenis dana yang mengumpulkan pelbagai aset seperti saham, sukuk atau komoditi dalam satu unit pelaburan. Melalui ETF, pelabur dapat melabur dalam pelbagai syarikat tanpa perlu membeli setiap saham secara asing. ETF juga didagangkan di Bursa Malaysia sama seperti saham biasa. Apabila anda membeli satu unit ETF, anda sebenarnya membeli sebahagian kecil daripada banyak aset dalam “bakul” secara serentak. Secara ringkasnya, ETF merupakan pilihan pelaburan yang mudah, berpatutan dan sesuai bagi pelabur yang ingin mempelbagaikan portfolio mereka dalam pasaran saham.

 

Sebab Melabur dalam Exchange Traded Fund

Kenapa ETF kerap menjadi pilihan para pelabur ?

 

1. Kepelbagaian Pelaburan

ETF membolehkan pelabur memiliki pelbagai saham dalam satu dana, sekali gus mengurangkan risiko kerugian jika satu syarikat mengalami kejatuhan harga saham. Ini dapat membantu para pelabur untuk diversifikasi aset pelaburan mereka.

 

2. Kos Pengurusan Rendah

Berbanding instrumen pelaburan seperti unit trust, ETF biasanya mempunyai yuran pengurusan yang lebih rendah kerana ia diurus secara pasif mengikut indeks pasaran. Ini bermakna lebih banyak keuntungan boleh dinikmati oleh para pelabur.

 

3. Mudah Didagangkan

ETF boleh dijual beli di Bursa Malaysia pada bila-bila masa pada waktu dagangan, sama seperti saham biasa. Ini memberi fleksibiliti kepada pelabur untuk mengurus pelaburan anda dengan cepat dan mudah.

 

Jenis-Jenis ETF

Ada pelbagai ETF yang didagangkan di Bursa Malaysia. Tapi berikut merupakan senarai ETF patuh syariah yang sesuai untuk anda yang beragama Islam iaitu :

  1. MyETF Dow Jones Islamic Market Malaysia Titans 25 (MyETF-DJIM25)

  2. MyETF Dow Jones US Titans 50 (MyETF-US50)

  3. MyETF MSCI Malaysia Islamic Dividend (MyETF-MMID)

  4. MyETF MSCI SEA Islamic Dividend (MyETF-MSEAD)

  5. MyETF Thomson Reuters Asia Pacific ex-Japan Islamic Agribusiness (MyETF-AGRI)

  6. Trade Plus Shariah Gold Tracker (GOLDETF)

Disclaimer: Senarai di atas adalah untuk tujuan pendidikan

 

Perbezaan ETF, Saham dan Unit Trust

 

Ciri Saham Unit Trust ETF
Pengurusan Diurus sendiri oleh pelabur Diurus oleh pengurus dana Diurus secara pasif
Risiko Tinggi Bergantung kepada jenis dana Sederhana
Kos / Caj Rendah Tinggi Rendah
Kaedah beli dan jual Melalui platform bursa Melalui syarikat unit amanah atau ejen Melalui platform bursa
Harga Dagangan Real time Dikira sekali sehari (NAV) Real time

 

Sekarang anda dah tahu apa itu Exchange Traded Fund (ETF) dan kenapa ia semakin menjadi pilihan ramai pelabur di Malaysia. Dunia pelaburan sebenarnya tidaklah serumit yang disangka. Berbekalkan dengan strategi dan ilmu yang betul, sesiapa sahaja termasuk anda boleh mula mengembangkan aset sendiri walaupun dari bawah. Apa yang lebih penting, anda tahu di mana nak mula dan faham apa yang anda laburkan.

 

Kalau anda rasa topik ETF ni sudah cukup membuka mata, percayalah, dunia saham sebenar jauh lebih menarik untuk diteroka. Kalau anda nak belajar lebih lanjut, boleh sertailah kelas Saham Starter Pack. Di sinilah peluang dan masa depan anda mula tercipta untuk menggandakan aset anda yang sedia ada.

 

Jumpa anda di sana 😊👋.

 

Close

50% Complete

Two Step

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.