Untuk anda yang sudah biasa dengan pelaburan saham, mungkin istilah Initial Public Offering (IPO) bukan sesuatu yang asing. Tapi kalau ini kali pertama anda dengar tentang IPO, artikel ini akan bantu anda faham dengan lebih jelas.
Antara kisah menarik yang berlaku pada tahun 2024, ada sebuah IPO yang berjaya mencatat kenaikkan harga sehingga 189.58% pada hari pertama ia disenaraikan dalam Bursa Malaysia. Memang beruntung kepada mereka yang beli IPO itu sebelum ia didagangkan sebab mereka dapat jual semula saham dengan harga pasaran yang lebih tinggi.
Situasi seperti ini memang jarang berlaku, tapi ia tidak mustahil. Terutamanya apabila permintaan terhadap IPO itu terlalu tinggi. Sebab itu ada pelabur yang masih berminat untuk memohon IPO kerana potensi keuntungan yang dilihat agak memberangsangkan.
Tapi persoalannya, apa maksud IPO dan bagaimana cara untuk memohon IPO?
Teruskan membaca untuk tahu jawapannya.
(Initial Public Offering) IPO atau saham terbitan awam ialah proses di mana syarikat swasta menawarkan sahamnya kepada orang awam buat pertama kali di pasaran saham. Setelah disenaraikan, saham syarikat tersebut boleh dibeli dan dijual oleh pelabur di Bursa Malaysia.
Tapi, pernah ke anda terfikir kenapa syarikat swasta ingin menyertai IPO?
Antara sebab utama syarikat memilih untuk menyertai IPO :
Anda pernah tertanya kenapa pelabur suka membeli IPO?
Tidak semua IPO menjanjikan keuntungan, tapi ada beberapa ciri yang menjadikan IPO menarik di mata pelabur. Berikut merupakan 5 sebab utama:
Sebelum membeli mana-mana IPO, anda perlu membaca dan memahami prospektus syarikat. Antara perkara penting yang perlu anda ambil perhatian dalam prospektus (dokumen panduan pelabur) :
Selepas membaca dan mengkaji prospektus syarikat, barulah anda boleh membuat keputusan untuk membeli IPO sesebuah syarikat atau tidak.
Untuk dapatkan maklumat lanjut tentang prospektus IPO syarikat swasta, anda boleh baca di sini.
Sebagai pelabur, terdapat 2 saluran utama untuk anda membeli IPO iaitu melalui permohonan IPO awam atau MITI. Apakah perbezaan diantara 2 saluran ini?
Setiap saluran ada kelebihan tersendiri, bergantung kepada kelayakan dan strategi anda sebagai pelabur. Fahami perbezaannya supaya anda tidak terlepas peluang memiliki IPO yang berpotensi tinggi.
Kesimpulannya, membeli IPO sememangnya memberi peluang kepada pelabur untuk membeli saham syarikat pada peringkat awal, dengan potensi pulangan yang tinggi. Tapi seperti mana-mana pelaburan lain, ia tetap datang dengan risiko yang perlu anda fahami.
Yang menariknya, IPO berkait rapat dengan saham Bursa Malaysia. Kalau anda nak tahu lebih lanjut tentang ilmu pelaburan saham, boleh sertai kelas Saham Starter Pack. Kelas ini khas untuk bantu lebih ramai individu celik pelaburan dan bermula dengan langkah yang betul.
Semoga perkongsian tentang IPO kali ini bermanfaat dan saya harap dapat bantu anda lebih lagi dalam kelas Saham Starter Pack nanti 😉.
50% Complete
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.