Apa Itu Kripto

pelaburan Dec 09, 2025

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kripto muncul sebagai fenomena kewangan yang menarik perhatian ramai — dari pelabur berpengalaman hingga mereka yang ingin memahami teknologi kewangan digital. Jika anda baru mengenalinya, rasa keliru itu normal sebab kripto tidak berfungsi seperti wang biasa, nilainya boleh berubah dalam sekelip mata, dan konsepnya sering kedengaran teknikal. Sebab itu, sebelum membuat sebarang keputusan, penting untuk anda faham asas kripto dengan jelas supaya anda tahu apa yang sedang anda nilai dan bagaimana ia boleh memberi kesan kepada kewangan anda.

Dalam artikel kali ini saya akan kupas lebih lanjut tentang apa itu kripto yang mungkin satu ilmu baharu untuk anda.

 

Apa Itu Kripto?

Kripto merupakan sejenis mata wang digital yang menggunakan teknologi blockchain. Nilai aset kripto ini boleh dialih, diagih dan ditukar di mana pemindahannya adalah secara terus (peer-to-peer) tanpa melalui pihak ketiga seperti bank.

Ciri - Ciri Kripto

Ada beberapa ciri yang terdapat pada kripto iaitu:

  1. Desentralisasi: Kebanyakan mata wang kripto tidak beroperasi secara berpusat, sebaliknya beroperasi pada rangkaian ‘peer-to-peer tanpa’ pihak berkuasa tertentu yang mengawasi operasinya.

  2. Keselamatan: Mata wang kripto menggunakan teknik kriptografi untuk mengawal transaksi dan penciptaan unit baharu serta mengesahkan pemindahan aset.

  3. Ketelusan: Transaksi direkodkan pada lejar awam untuk ketelusan bagi mengurangkan risiko penipuan.

  4. Tidak boleh diubah: Setelah direkodkan dalam rantaian blok, urus niaga tidak boleh diubah atau dipadamkan untuk memastikan integriti data dapat dikekalkan.

 

Perbezaan Kripto dan Wang Fiat

Berikut merupakan beberapa perbezaan yang wujud antara wang fiat dan mata wang kripto:

 

Perbezaan mata wang fiat dan mata wang kripto

 

Kripto Halal atau Haram?

Ada 3 perkara utama yang perlu dilihat untuk memastikan kripto ini halal atau haram iaitu:

  1. Riba (menindas)

  2. Maisir ( perjudian)

  3. Gharar ( tidak pasti)

 

Tapi anda tak perlu risau lagi, berdasarkan kajian menyeluruh yang dijalankan oleh Majlis Penasihat Syariah (SAC) Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), berikut merupakan mata wang kripto yang patuh syariah:

  • Bitcoin (BTC)

  • Ethereum (ETH)

  • Cardano (ADA)

  • Ripple (XRP)

  • Solana (SOL)

  • Polygon (POL)

  • Avalanche (AVAX)

  • Chainlink (LINK)

  • Uniswap (UNI)

  • Cosmos (ATOM)

  • Litecoin (LTC)

  • Stellar (XLM)

 

Info terkini anda boleh layari laman sesawang Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

 

Kesimpulannya, kripto bukan sekadar trend atau pelaburan spekulatif. Ia adalah teknologi kewangan digital yang unik dengan potensi dan risikonya sendiri. Memahami asasnya — bagaimana ia berfungsi, faktor yang mempengaruhi nilainya, dan perbezaan kripto dengan wang biasa adalah langkah pertama yang penting sebelum membuat sebarang keputusan kewangan. Dengan pengetahuan yang jelas, anda boleh menilai sama ada kripto sesuai dengan matlamat kewangan anda, dan mengurangkan risiko tersilap langkah di pasaran yang bergerak pantas ini.

 

Apa yang paling penting, saya selalu pesan kepada semua pelajar saya di Absorich supaya melabur menggunakan duit lebihan, bukan duit simpanan. Jadi kalau anda sedang mempertimbangkan Kripto sebagai salah satu pelaburan untuk kembangkan kewangan, jangan sesekali lupa pesanan penting ini. Nak tahu lebih lanjut cara untuk mula melabur? Jemput baca artikel tentang 3 Cara Bijak Mulakan Pelaburan Untuk Orang Muda. Boleh baca di sini.

Close

50% Complete

Two Step

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.