Apa Itu Pelaburan Wahed Invest

wahed invest Jun 16, 2022

 

Kalau dulu, nak melabur mesti berurusan dengan kaunter. Isi borang itu ini secara manual dan macam-macam lagi. Sekarang,  proses nak melabur lebih efisien apabila manusia beradaptasi dengan teknologi masa kini. Semua benda hujung jari.

 

Antaranya ialah dengan menggunakan teknologi pelaburan robot seperti Wahed Invest. Wahed invest merupakan platform digital yang dipanggil Robo-Advisor yang berfungsi untuk melabur dan mengembangkan duit pelabur menggunakan robot atau Artificial Intelligence (AI). Malah, duit yang disimpan dalam Wahed Invest pun robot yang tolong laburkan.

 

Mudah bukan?

 

Dalam artikel kali ini saya akan berkongsi secara spesifik berkenaan apa itu pelaburan Wahed Invest yang merupakan salah satu robo-advisor. Supaya anda ada banyak pilihan untuk memilih pelaburan yang bersesuaian dengan “selera” pelaburan anda.


Wahed Invest adalah pelaburan digital menggunakan robot

Tentang Wahed Invest

Diasaskan oleh Junaid Wahedna pada tahun 2017. Ia merupakan platform pelaburan patuh syariah pertama di dunia yang berpusat di New York, Amerika Syarikat. Pada 2018, Wahed Invest telah berjaya melebarkan sayap ke peringkat antarabangsa dengan beroperasi di UK. Sehingga pada 2019, Malaysia terpilih sebagai hab serantau dalam melebarkan sayap Wahed Invest ke rantau Asia Pasifik. Di Malaysia, Wahed Invest didaftarkan di bawah nama Wahed Technologies Sdn. Bhd.

 

Wahed Invest turut menerima Lesen Pengurusan Pelaburan Digital Islam yang diberikan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SSM) serta mendapat seliaan dari Suruhanjaya Bursa Sekuriti (SEC) di AS, pihak berkuasa Pasaran Modal Arab Saudi (CMA), juga Bank Negara Bahrain.

 

Jadi, anda boleh melabur dalam Wahed Invest tanpa rasa bimbang dan ragu-ragu. Ini kerana Wahed Invest mendapat kawalan sekuriti oleh organisasi yang diiktiraf dalam negara dan peringkat dunia. 

 

Untuk pengetahuan anda, selain Wahed Invest terdapat 2 lagi robo-advisor yang diberi lesen oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia iaitu Mytheo dan Strachway. Seperti yang saya katakan robo-advisor adalah pelaburan menggunakan robot untuk menguruskan portfolio pelaburan anda. 

 

Apakah keistimewaan melabur dalam instrumen yang menggunakan robot?

 

  1. Robot tiada rehat seperti manusia
    Robot kebiasaannya bekerja mengikut apa yang diprogramkan. Robot tidak tidak tidur atau memerlukan makanan untuk membekalkan tenaga dari terus bekerja tanpa henti.
  2. Robot tidak mempunyai perasaan
    Robot berupaya melabur mengikut profil risiko pelabur tanpa melibatkan emosi. Hal ini sangat memainkan peranan yang penting kerana emosi banyak mempengaruhi seseorang dari membuat keputusan untuk melabur atau tidak. 

 

Keistimewaan ini yang menjadikan pelaburan Wahed Invest ini berbeza dengan pelaburan lain seperti saham, unit amanah, hartanah dan lain-lain. Kerana ia direka khas untuk mewakilkan anda dalam membuat keputusan untuk melabur duit anda. Sekaligus mengetepikan aspek emosi yang menjadi punca seseorang tidak meneruskan pelaburan.

 

Wahed Invest tidak melabur dalam industri tidak beretika seperti minuman keras, rokok, senjata, riba’ dan lain-lain

Sumber : Wahed Invest

 

Wahed Invest pelaburan patuh syariah

Pelaburan Wahed Invest tidak melibatkan industri perjudian, makanan tidak halal, rokok, minuman keras, persenjataan, riba’ dan industri lain yang tidak beretika. Dalam erti kata lain, dana yang terlibat adalah dana yang mematuhi syariah Islam. 

Panel syariah akan memastikan pulangan pelaburan di Wahed Invest adalah halal dan patuh syariah

Sumber : Wahed Invest

 

Bukan itu saja, Wahed Invest komited menjadi pelopor industri pelaburan patuh syariah dengan melantik ahli panel syariah bagi memastikan semua pulangan adalah halal. Jadi, tawaran yang disediakan oleh Wahed Invest adalah peluang alternatif kepada orang Islam dan bukan Islam membuat pelaburan yang beretika, halal dan mematuhi syariah Islam.

 

Jenis portfolio 

Semasa mula-mula anda mendaftar Wahed Invest, anda akan dinilai dengan menjawab beberapa soalan mudah untuk menentukan portfolio risiko anda sama ada:

  • Very aggressive 
  • Moderate
  • Moderately Conservative
  • Conservative 

 

Penilaian ini membolehkan robot yang diprogramkan bersama A.I boleh bertindak untuk melabur bagi pihak anda. Anda tidak perlu kawal secara konsisten, kerana semuanya diuruskan oleh robo-advisor Wahed Invest.

 

Kelebihan Melabur Dalam Wahed Invest

  1. Daftar serendah RM100 sahaja.
  2. Semua transaksi pelaburan menggunakan aplikasi digital sahaja.
  3. Profil risiko pelabur dicadangkan mengikut kesesuaian pelabur - sama ada very aggressive, moderate, moderately conservative dan conservative.
  4. Pelaburan diuruskan oleh robo-advisor yang akan melabur bagi pihak pelabur.
  5. Mudah dicairkan - mudah untuk keluarkan duit anda serendah RM1.
  6. Boleh dapatkan bonus tambahan melalui referral code.

 

Secara keseluruhannya, transformasi teknologi yang berlaku menjadikan manusia lebih pantas meneroka segenap maklumat hanya dengan hujung jari. Begitu juga dalam pelaburan Wahed Invest. Anda boleh melabur dari hujung jari sahaja. Hanya muat turun aplikasi dalam telefon pintar anda, kemudian ikut arahan yang ditetapkan untuk mendaftar dan mula melabur.

 

Kini, sudah banyak platform pelaburan yang beradaptasi dengan kecanggihan teknologi. Anda boleh melabur di mana-mana dan bila-bila masa. Walaupun tiada ilmu pelaburan yang mendalam, tiada pengalaman dan sukar mengawal emosi atas risiko kehilangan modal dan lain-lain, anda boleh manfaatkan Wahed Invest. Lagi pula dengan Wahed Invest anda menggunakan robot untuk laburkan duit bagi pihak anda. 

 

Jadi, tiada lagi alasan untuk sesiapa saja memulakan pelaburan. Terpulang kepada anda untuk memilih mana satu platform pelaburan yang sesuai dengan “selera” pelaburan anda.

 

Close

50% Complete

Two Step

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.