Apa Itu Saham?

saham Jul 07, 2022

Semua orang tahu, saham adalah instrumen pelaburan yang boleh menjana side income. Saham juga salah satu pelaburan yang dikenali sebagai pelaburan berisiko tinggi. Ini kerana boleh jadi anda untung dan boleh jadi anda rugi apabila melabur dalam saham. Mungkin istilah berisiko kedengaran agak menakutkan. Tapi, masih ramai yang memilih saham sebagai platform untuk menggandakan duit sedia ada.

 

Kenapa agaknya ya?

 

Untuk anda yang baru saja mahu berjinak-jinak dengan saham, adalah penting untuk anda teruskan pembacaan pada artikel kali ini yang akan memfokuskan apa itu saham? Jadi sekurang-kurangnya anda tahu asas pelaburan saham dalam mengembangkan duit anda.

 

Sebelum mula melabur dalam saham, semua orang perlu jelas secara keseluruhan apa itu saham?

 Apa Itu Saham?

Secara asasnya, saham bermaksud pegangan hak milik sesebuah syarikat yang diberikan kepada pelabur. Dalam erti kata lain, jika anda melabur dalam saham, anda merupakan sebahagian daripada pemilik syarikat. Setiap keuntungan yang dibuat oleh syarikat, pelabur turut menikmati agihan keuntungan melalui dividen. 

 

Untuk pengetahuan anda terdapat beberapa jenis pemilikan perniagaan yang dikenali di Malaysia iaitu antaranya:

 

  1. Milikan tunggal
  2. Perkongsian
  3. Sendiri Berhad (Sdn Bhd)
  4. Berhad

 

 

Orang awam boleh memiliki syarikat berhad seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB), Telekom Malaysia (TM), Maxis Berhad dan banyak lagi melalui pelaburan saham.

Kali ini, perkongsian akan lebih tertumpu kepada pemilikan BERHAD iaitu syarikat yang boleh dimiliki oleh orang awam. Contohnya Tenaga Nasional Berhad, Telekom Malaysia Berhad, Maxis Berhad dan banyak lagi.

 

Bagaimana untuk miliki syarikat berstatus berhad?

 

Jawapannya adalah melalui saham. Dengan saham, walaupun anda tidak menjadi pengasas atau orang yang membangunkan syarikat, anda boleh menjadi sebahagian pemilik syarikat.

Bursa Malaysia merupakan tempat untuk orang ramai jual dan beli saham.

Di mana tempat jual beli saham?

Bursa Malaysia merupakan tempat untuk orang ramai melakukan aktiviti jual dan beli saham. Hanya syarikat yang disenaraikan dalam Bursa Malaysia sahaja boleh didagangkan. 

 

Di sini jika anda melabur dalam saham, anda boleh membeli saham mengikut modal yang anda miliki. Tapi, anda mesti tahu, paling minimum untuk membeli saham adalah sebanyak 100 unit. Kebanyakan unit saham yang tersenarai di Bursa Malaysia berharga RM1 dan kebawah untuk satu unit. Bermakna dengan modal RM100 juga anda boleh mula melabur dalam saham.

 

Bagaimana harga saham ditentukan?

Kita semua tahu harga saham ini bersifat tidak menentu. Harga pasaran boleh naik secara mendadak, harga juga boleh jatuh merudum pada hari yang sama.

 

Persoalannya, bagaimana harga saham ditentukan?

 

Jawapannya adalah berdasarkan pergerakan dan kehendak pasaran. Ia melibatkan supply and demand. Jika ramai yang membeli sesebuah saham itu, maka harganya  turut meningkat. Jika ramai yang menjual sesebuah saham itu, perkara yang sebaliknya akan berlaku. Harga saham menjadi menurun.

 

Tapi anda mesti ingat, setiap keputusan untuk membeli dan menjual sesebuah saham mesti dengan sebab yang kukuh. Anda sendiri mesti ada pendirian berdasarkan penelitian dan analisis pasaran. Bukan sebab orang lain jual saham, anda pun ikut jual saham. Dalam hal ini tidak dapat tidak untuk anda melabur dalam ilmu terlebih dahulu. Anda juga boleh sertai kelas saham percuma yang saya sendiri adakan di sini. (masuk link kelas)

 

Bagaimana untuk mula melabur dalam saham?

Caranya mudah saja, anda perlu membuka CDS account dan Trading account di mana-mana syarikat broker yang berdaftar dengan Bursa Malaysia.

 

Apabila akaun anda sudah tersedia, maka anda boleh mula membeli dan menjual saham. Hanya perlu masukkan modal yang anda selesa untuk dilaburkan.

 

Tambahan lagi, biasanya setiap pelaburan mempunyai kos yang tersendiri. Saham juga tidak terlepas dari kos-kos seperti brokerage fee, stamp duty dan lain-lain kos. Anda boleh dapatkan maklumat melalui syarikat broker yang telah anda pilih.

 

Secara kesimpulannya, saham sama seperti pelaburan lain yang mempunyai risiko yang tersendiri. Untung dan rugi adalah lumrah dalam pelaburan. Tapi, yang membezakan anda dengan pelabur lain adalah cara anda mengawal kerugian.

 

Sebab pada asasnya, anda melabur duit yang anda dapatkan dari hasil titik peluh anda sendiri. Sudah semestinya melabur dengan bijak adalah misi anda.

 

Langkah pertama anda membaca perkongsian ini juga salah satu cabang melabur dengan bijak. Iaitu dengan memahami asas melabur dalam saham. Dan kalau anda nak kefahaman yang lebih jelas lagi, boleh lihat kelas saham percuma di sini. Selamat menambah ilmu!



Close

50% Complete

Two Step

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.