Apa itu Takaful

kewangan Jun 26, 2025

 

Institusi takaful pertama di Malaysia ditubuhkan pada tahun 1984 sebagai alternatif patuh syariah kepada insurans konvensional. Sebab utama konsep takaful diperkenalkan adalah untuk mengelakkan unsur riba, gharar (ketidakpastian) dan maisir (perjudian) yang wujud di dalam produk insurans di mana ia bertentangan dengan ajaran Islam.

 

Sebagai rakyat Malaysia, anda sememangnya bertuah sebab negara ini mempunyai sistem takaful yang kukuh dan diiktiraf di peringkat antarabangsa yang membolehkan umat Islam mendapatkan perlindungan kewangan tanpa mengabaikan prinsip syariah.

 

Tapi tahukah anda, apa itu takaful?

 

Maksud takaful

Takaful berasal dari perkataan Arab yang bermaksud ‘jaminan bersama’. Untuk anda lebih faham, takaful merujuk kepada persetujuan antara semua peserta untuk saling membantu dari segi kewangan apabila berlaku musibah yang telah dipersetujui.

 

Perbezaan takaful dan insurans

Walaupun sekilas pandang takaful dan insurans nampak seperti sama, tetapi hakikatnya ia adalah 2 instrumen yang berbeza. Berikut merupakan perbezaan antara takaful dan insurans:

 

Perbezaan insurans dan takaful

 

Jenis-jenis takaful

Takaful boleh dibahagi kepada 2 jenis iaitu takaful keluarga dan takaful am. Takaful keluarga melibatkan perlindungan dan simpanan untuk individu, manakala takaful am melibatkan perlindungan ke atas harta benda.

Contoh Takaful Am :

  1. Takaful Kenderaan
  2. Takaful Kebakaran
  3. Takaful Marin, Udara dan Transit
  4. Takaful kemalangan diri
  5. Takaful kejuruteraan
  6. Takaful liabiliti majikan

 

Kesimpulannya, masih ramai rakyat Malaysia yang belum sedar tentang kewujudan produk takaful dalam menggantikan produk insurans yang tidak patuh syariah. Sebagai Muslim, memiliki perlindungan yang patuh syariah adalah satu usaha untuk mencapai keberkatan dalam hidup. Kalau anda belum beralih kepada produk takaful, inilah masanya untuk anda bertindak.

 

Sehingga berjumpa lagi dalam artikel yang seterusnya 😊

Close

50% Complete

Two Step

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.