ASB dan ASBF antara instrumen kewangan yang tidak lari daripada persoalan: mana lagi berbaloi dan mana satu lagi menguntungkan?
Biasalah, tak ada orang yang sanggup buat kesilapan dan sanggup tanggung kerugian. Lebih-lebih lagi bila melibatkan simpanan. Saya yakin sebolehnya anda mahukan tempat simpanan terbaik yang bukan sahaja selamat, malah memberi pulangan yang baik.
Sebab itu artikel ini khas untuk anda! Supaya anda sendiri boleh buat pertimbangan antara ASB VS ASBF: mana lagi berbaloi?
Kedua-dua ini berkongsi matlmat yang sama iaitu menyimpan dalam ASB, tapi cara penyimpanan yang membezakan ASB dan ASBF:
ASB : Anda simpan duit sendiri dalam akaun ASB
ASBF: Anda guna duit bank untuk menyimpan di ASB
Untuk anda mudah faham, boleh baca contoh di bawah:
Contoh situasi:
Ali simpan ASB biasa
→ Simpan RM200 sebulan
→ Simpanan naik ikut jumlah yang Ali masukkan + dividen
Ahmad guna ASBF
→ Bank beri pembiayaan RM50,000
→ Duit terus masuk akaun ASB
→ Ahmad bayar ansuran bulanan kepada bank
→ Dividen ASB tetap dikira atas RM50,000
Maknanya;
ASB bantu anda membina simpanan secara berperingkat menggunakan duit sendiri mengikut kemampuan, manakala ASBF bantu anda mula dengan jumlah besar lebih awal walaupun belum mempunyai modal besar.
Antara faktor utama ada orang lebih suka menyimpan di ASB kerana:
Tapi ASBF juga lebih gemar digunakan oleh segelintir masyarakat Malaysia kerana:
Walaubagaimanapun ASBF juga datang dengan risiko di mana:
Seterusnya anda boleh buat perbandingan sendiri antara ASB dan ASBF:
| Perbezaan | ASB | ASB Financing |
|---|---|---|
| Sumber duit | Simpanan sendiri | Hutang / Pinjaman Bank |
| Cara mula | Simpan ikut kemampuan | Terus mula dengan jumlah besar |
| Risiko | Rendah | Ada risiko komitmen hutang |
| Komitmen bulanan | Tidak wajib | Wajib bayar ansuran |
| Dividen | Berdasarkan simpanan sendiri | Berdasarkan pembiayaan penuh |
| Fleksibiliti | Sangat fleksibel | Kurang fleksibel |
| Golongan sesuai | Beginner / stabil | Pendapatan stabil |
| Kesan berhenti awal | Tiada penalti | Ada kos pembiayaan |
| Tujuan | Simpan konsisten | Gandakan simpanan |
Bila anda dah tahu perbezaan antara ASB dan ASBF, baru anda boleh buat pertimbangan nak pilih ASB atau ASBF.
Bagi anda yang berminat untuk ambil ASBF, berikut antara perkara yang boleh anda ambil perhatian:
Soalan mana lebih berbaloi ini sebenarnya kembali kepada keadaan kewangan dan situasi anda.
Kesimpulannya, ASB dan ASBF masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri dan pilihan terbaik bergantung kepada situasi serta kemampuan anda. Elakkan membuat keputusan hanya kerana pengaruh orang sekeliling atau pegawai bank, sebaliknya fahami dahulu dan pilih strategi yang benar-benar sesuai untuk jangka panjang. Apa yang penting, bukan pilih mana nampak lebih hebat, tetapi pilih mana yang mampu anda kekalkan secara konsisten.
[Berita Baik] Kalau anda nak belajar cara optimumkan penggunaan akaun ASB sehingga ada simpanan yang berkembang, anda boleh mulakan perjalanan anda di sini.
50% Complete
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.