Bila tiba musim pengumuman dividen, soalan tentang “ASB VS Tabung Haji, mana lagi untung” sentiasa menjadi buah mulut masyarakat.
Semestinya, tempat yang memberi pulangan yang lebih tinggi akan menjadi pilihan utama masyarakat Malaysia sebab ia membantu duit berkembang dengan lebih cepat dan memendekkan tempoh untuk capai matlamat simpanan anda.
Tapi selain membuat perbandingan dari sudut jumlah dividen sahaja, apa kata anda lihat sendiri perbezaan secara keseluruhan ASB VS Tabung Haji 👇
Amanah Saham Bumiputera (ASB) ialah dana unit amanah yang diuruskan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB). Dana ini diwujudkan khusus untuk membantu Bumiputera membina kekayaan melalui pelaburan.
Antara fungsi utama ASB ialah:
Selain itu, ASB juga mudah diakses kerana boleh dibuka melalui aplikasi mudah alih atau portal dalam talian.
Tabung Haji pula mempunyai tujuan yang sedikit berbeza. Institusi ini ditubuhkan untuk membantu umat Islam menyimpan duit bagi menunaikan rukun Islam ke-5 iaitu ibadah haji.
Fungsi utama Tabung Haji ialah:
Ringkasnya, ASB lebih kepada instrumen pelaburan, manakala Tabung Haji lebih kepada simpanan untuk menunaikan ibadah haji.
Untuk memudahkan pemahaman anda, berikut merupakan perbandingan ringkas antara ASB & Tabung Haji dalam bentuk jadual.
| Perbezaan | ASB | Tabung Haji |
|---|---|---|
| Institusi pengurusan | Permodalan Nasional Berhad (PNB) | Lembaga Tabung Haji |
| Tujuan simpanan | Fokus kepada pelaburan dan pertumbuhan nilai simpanan. | Fokus kepada simpanan untuk ibadah haji. |
| Bentuk pulangan | Dividen tahunan dan bonus (jika ada) | Hibah tahunan |
| Had simpanan | Ada had pelaburan maksimum bagi setiap akaun iaitu RM300,000. | Tiada had ketat seperti ASB |
| Syarat kelayakan | Terhad kepada Bumiputera Malaysia | Terbuka kepada semua umat Islam di Malaysia |
| Pengeluaran duit | Boleh dikeluarkan dengan mudah melalui bank dan aplikasi mudah alih. | Boleh dikeluarkan tetapi kebiasaannya disimpan untuk tujuan haji. |
| Zakat | Menggunakan pengiraan kaedah zakat al-mustaghallat (zakat atas jumlah dividen sahaja) | Dividen tak perlu lagi tolak zakat |
Berikut merupakan agihan dividen ASB VS Tabung Haji dari tahun 2015 - 2025 :
| Tahun / Dividen + Bonus | ASB | Tabung Haji | Dividen Bersih ASB Selepas Tolakan Zakat |
|---|---|---|---|
| 2015 | 7.75% | 8.00% | 2.5% X ( Jumlah simpanan + Dividen ASB ) |
| 2016 | 7.25% | 5.75% | |
| 2017 | 8.25% | 6.25% | |
| 2018 | 7% | 1.25% | |
| 2019 | 5.5% | 3.05% | |
| 2020 | 5% | 3.10% | |
| 2021 | 5% | 3.10% | |
| 2022 | 5.10% | 3.10% | |
| 2023 | 5.25% | 3.10% | |
| 2024 | 5.75% | 3.25% | |
| 2025 | 5.75% | 3.5% | 5.60% ( Kaedah zakat al-mustaghallat ) |
Kalau nak dibandingkan dari sudut pulangan dividen ASB dan Tabung Haji, pulangan ASB lebih tinggi daripada Tabung Haji. Tapi kalau anda dah cukup syarat untuk bayar zakat seperti cukup nisab dan haul (bersamaan 85 gram emas dan cukup tempoh 1 tahun simpanan), maka pulangan dividen di Tabung Haji lebih menguntungkan.
alaubagaimanapun disebabkan perubahan kaedah pengiraan zakat baharu bagi ASB yang dibenarkan oleh Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan pada 4 September 2025, kalau anda dah layak untuk bayar zakat, jumlah dividen bersih ASB selepas menggunakan kaedah zakat al mustaghallat tetap memberikan pulangan yang lebih tinggi berbanding Tabung Haji.
Selepas anda faham fungsi setiap instrumen dan mana yang memberi pulangan lebih tinggi, barulah anda boleh susun strategi simpanan dengan lebih jelas supaya ASB dan Tabung Haji dapat digunakan secara optimum mengikut matlamat kewangan anda.
Bila ada strategi yang betul, simpanan akan berkembang dengan lebih cepat mengikut rancangan kewangan yang anda tetapkan. Kalau anda nak mula susun kewangan dengan lebih strategik serta faham asas pengurusan duit dengan betul, Money & Cashflow Mastery boleh jadi langkah permulaan yang bijak.
50% Complete
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.