Memiliki rumah sendiri adalah impian semua orang. Bagi anda yang pertama kali ingin membeli rumah pertama, pastinya wujud rasa risau dan keliru dari mana nak memulakan langkah ini.
Rasa keliru itu normal — sebab membeli rumah bukanlah satu keputusan kecil. Tapi sudah tentu anda tak mahu jadi segelintir pembeli rumah yang buat kesilapan sehingga membebankan kewangan bertahun lamanya.
Sebab itu, dalam artikel ini saya akan kongsikan 5 cara beli rumah pertama supaya anda boleh buat persediaan dan jangkaan yang lebih jelas sebelum membeli rumah.

Perkara pertama yang anda perlu ambil perhatian sebelum membeli rumah pertama adalah menilai keadaan kewangan anda. Ini kerana, bank hanya akan luluskan pinjaman berdasarkan kemampuan anda untuk membayar balik pinjaman rumah tersebut.
Berikut merupakan 3 perkara penting yang anda perlu ambil tahu dari sudut kewangan sebelum anda membeli rumah pertama:
DSR ialah nisbah hutang kepada pendapatan yang digunakan oleh bank bagi menilai kemampuan seseorang untuk membayar balik pinjaman.
Kebanyakan bank di Malaysia menerima DSR sekitar 30% – 40%. Oleh itu and perlu memastikan nilai DSR berada dalam lingkungan tersebut bagi mengurangkan risiko kegagalan mendapatkan pinjaman dari pihak bank.
Berikut merupakan kalkulator yang anda boleh guna untuk kira DSR. Klik di sini.
Rekod CCRIS dan CTOS akan menentukan tahap skor kredit anda. Nilai skor kredit yang tinggi dan baik memberi gambaran yang baik buat pihak bank dan kebarangkalian untuk anda mendapat kelulusan dari pihak bank adalah tinggi.
Kalau anda ada tunggakan kad kredit, pinjaman kereta atau PTPTN, ia boleh menjejaskan kelulusan pinjaman rumah. Dalam artikel sebelum ini saya ada kongsikan 5 cara tingkatkan skor kredit untuk anda mudah mendapatkan pinjaman rumah dari pihak bank. Baca di sini.
Selepas anda dah semak 3 perkara penting ini, barulah anda boleh beralih kepada langkah yang seterusnya.

Bila nak beli rumah pertama, anda mungkin akan terlepas pandang dengan jumlah kos tersembunyi yang perlu anda sediakan. Berikut merupakan kos yang anda perlu tahu sebelum membeli rumah pertama :
Dengan memahami kos sebenar sebelum membeli rumah pertama, anda dapat membuat perancangan dan persiapan awal supaya proses pembelian rumah pertama dapat berjalan dengan lancar tanpa mengganggu aliran tunai anda. Nasihat saya, anda boleh sediakan 15% - 20% nilai deposit rumah kerana wujudnya kos-kos tersembunyi seperti yang dinyatakan di atas.

Pemilihan membeli rumah pertama bukan sekadar bergantung kepada harga, tetapi anda juga perlu melihat beberapa faktor-faktor lain seperti:
Tip : Anda boleh membuat site visit ke kawasan perumahan yang anda ingin beli dan lihat kawasan persekitaran yang sebenar sama ada ia menepati citarasa dan bajet anda atau tidak.

Tahukah anda, Kerajaan Malaysia menyediakan pelbagai skim untuk membantu pembeli rumah pertama?
Antara skim yang anda boleh gunakan ialah:
Melalui insentif skim yang ada ini, anda dapat mengurangkan sedikit kos perbelanjaan untuk membeli rumah pertama.

Selepas anda membuat pilihan untuk membeli rumah, langkah seterusnya ialah memohon pinjaman perumahan. Ini merupakan checklist yang anda boleh guna sebelum anda membuat sebarang permohonan pinjaman rumah:
Walaupun ini point yang terakhir, tapi percayalah cakap saya, tindakan bijak anda dalam memilih jenis pinjaman rumah boleh selamatkan puluhan ribu ringgit duit anda dalam jangka panjang. Sebab itu, anda tidak perlu tergopoh-gopoh ketika membuat keputusan untuk membeli rumah pertama, sebaliknya ambil masa untuk diri anda membuat pertimbangan yang baik terhadap keputusan bagi menjamin kesejahteraan masa depan anda.
Kesimpulannya, membeli rumah pertama bukan keputusan kecil, ia adalah komitmen kewangan jangka masa panjang. Melalui 5 cara yang saya kongsikan ini, anda boleh rancang dan buat persiapan untuk miliki rumah pertama. Tapi, kalau anda masih perlukan panduan lanjut tentang cara membeli rumah pertama dengan betul, anda boleh dapatkan Ebook 9 Rahsia Cara Mudah Beli Rumah. Semoga tindakan bijak yang anda ambil hari ini takkan memberi penyesalan pada masa hadapan kelak.
50% Complete
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.