5 Tips Jadi Jutawan

income kewangan pelaburan Jun 29, 2026

 

Nak jadi jutawan ni kena ada RM1 juta dalam akaun bank ke?

 

Tidak semestinya. Status jutawan bukan ditentukan oleh jumlah duit tunai yang tersimpan dalam akaun bank semata-mata, tetapi jumlah nilai aset bersih (net worth) seseorang. Ini termasuk aset seperti perniagaan, hartanah, pelaburan dan pengangan saham atau ekuiti anda.

 

Kalau anda bercita-cita untuk jadi jutawan, saya kongsikan 5 tips jutawan supaya anda berasa tidak mustahil mengejar cita-cita ini.

 

Tips #1 Teroka high-income skill (kemahiran berpendapatan tinggi)

Jika anda ingin menjadi jutawan, fokus utama bukanlah pelaburan atau simpanan, tetapi membina pendapatan. Hakikatnya, kebanyakan jutawan membina kekayaan mereka dengan meningkatkan nilai diri dan kemampuan menjana pendapatan yang lebih tinggi.

 

Salah satu caranya adalah dengan menguasai high-income skill, iaitu kemahiran yang mempunyai nilai pasaran tinggi dan berpotensi menjana pendapatan tanpa had tertentu. Antara contoh kemahiran berpendapatan tinggi ialah jualan, pemasaran, rundingan dan kemahiran komunikasi.

 

Semakin tinggi permintaan terhadap kemahiran anda, semakin besar potensi pendapatan yang boleh dijana. Sebab itu ramai jutawan memberi tumpuan kepada pembangunan kemahiran terlebih dahulu sebelum memfokuskan kepada simpanan dan pelaburan. Apabila pendapatan meningkat, proses membina kekayaan juga menjadi lebih cepat dan tersusun.

 

Tips #2 Melabur untuk diri sendiri

Melabur untuk diri sendiri bukan sekadar tentang menambah ilmu atau kemahiran, tetapi tentang meningkatkan keupayaan membuat keputusan. Cara seseorang berfikir, menilai risiko dan bertindak di bawah tekanan akan menentukan sama ada kekayaan boleh dibina atau hilang semula.

 

Bagi seorang jutawan, melabur kepada diri berfungsi sebagai aset yang menyokong semua aset lain. Ilmu dan kemahiran yang dibina membantu anda mengenal peluang sebenar, mengelakkan kesilapan besar dan mengekalkan kekayaan dalam jangka panjang. Sebab itu, pelaburan diri tidak hanya memberi pulangan dari sudut pendapatan, tetapi membentuk ketahanan mental dan disiplin yang diperlukan untuk memastikan kekayaan dapat dikekalkan, bukan sekadar diperoleh sekali seumur hidup.

 

Tips #3 Elak buang masa dengan perkara tidak bermanfaat

Antara ciri yang terdapat dalam kalangan jutawan ialah mereka sangat menghargai masa. Golongan jutawan tidak suka membuang masa dengan aktiviti yang tidak memberi nilai seperti melayari sosial media terlalu lama, menonton drama atau filem secara berlebihan dan bermain permainan video yang tidak menyumbang kepada pendapatan.

 

Sebab itu tidak hairanlah apabila ada individu yang leka dengan perkara tidak berfaedah, golongan jutawan pula menggunakan masa yang sama untuk membina ilmu, kemahiran dan asas kekayaan jangka panjang. Perbezaannya bukan pada jumlah masa yang dimiliki, tetapi bagaimana masa tersebut dimanfaatkan.

 

Kalau anda pernah terlibat dengan aktiviti tidak bermanfaat, mulakan dengan perubahan kecil seperti membaca bahan yang membina jati diri, bersenam secara konsisten dan sentiasa peka terhadap peluang untuk memperbaiki taraf kewangan dan kehidupan anda.

 

Tips #4 Mula melabur pada usia muda

Pelaburan bukan tentang berapa banyak modal yang anda ada. Tapi ia tentang pengalaman ‘jatuh bangun’ yang anda timba untuk tambah baik kemahiran dalam membuat keuntungan. Melabur pada usia muda memberikan kelebihan besar kepada jutawan untuk menggandakan aset. Semakin awal anda bermula, semakin anda kenal trading style sendiri. Bila anda mula melabur di usia muda, ia akan memberi lebih banyak masa untuk duit anda berkembang melalui kesan compounding (penggandaan).

 

Sebab itu, kebanyakan jutawan tidak menunggu keadaan menjadi sempurna sebelum mula melabur. Mereka bermula dengan apa yang ada, belajar daripada kesilapan dan terus memperbaiki strategi pelaburan dari semasa ke semasa. Lagi awal anda membina tabiat melabur, lagi banyak masa yang anda miliki untuk mengembangkan aset dan menghampiri matlamat menjadi seorang jutawan.

 

Tips #5 Cari komuniti yang menyokong pertumbuhan

Kalau anda perasan, kebanyakan jutawan tidak bergerak sendirian. Mereka dikelilingi oleh mentor, rakan seperjuangan dan persekitaran yang sentiasa mencabar mereka untuk naik ke tahap yang lebih baik. Sebab itulah dalam dunia jutawan “network is your net worth” . Siapa yang berada di sekeliling anda, sering menentukan sejauh mana anda boleh pergi.

 

Persekitaran memainkan peranan besar dalam membentuk cara berfikir dan tindakan seseorang. Apabila anda berada dalam komuniti yang positif dan sentiasa berkembang, anda akan lebih terdedah kepada idea baharu, peluang yang lebih luas serta sokongan yang membantu anda kekal konsisten dalam membina kekayaan dan legasi jangka panjang. Sebab itu, perjalanan menjadi jutawan sering bermula dengan memilih komuniti yang betul.

 

Kesimpulannya, impian untuk menjadi jutawan bukanlah sesuatu yang mustahil. Tapi ia menuntut kesediaan untuk berkorban dan keberanian anda membuat pilihan yang kebanyakan orang tidak sanggup lakukan. Ini termasuk mengubah nilai, tabiat, persekitaran dan cara berfikir agar diri anda benar-benar bersedia menghadapi cabaran, tekanan serta tanggungjawab yang datang seiring dengan gelaran seorang jutawan.

 

Jadilah jutawan yang bukan sahaja memiliki banyak harta dan aset, tapi jutawan yang budiman, serta memberi manfaat kepada orang lain. BERITA BAIK Kalau anda nak belajar cara urus kewangan seperti seorang jutawan, boleh sertai kelas Money & Cashflow Mastery.

 

Close

50% Complete

Two Step

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.