Simpanan KWSP Mengikut Umur

kwsp Jun 29, 2026

Pernah tak anda terfikir, sebenarnya berapa jumlah simpanan KWSP yang sepatutnya anda ada mengikut umur anda sekarang?

 

Hakikatnya, jumlah simpanan KWSP tidak sama untuk semua orang, sebaliknya berubah mengikut umur dan fasa kerjaya anda. Cuma, tidak semua orang sempat semak sama ada simpanan KWSP sekarang masih mencukupi atau sebenarnya sudah jauh ketinggalan daripada matlamat yang sepatutnya.

 

Apa yang lebih merisaukan, kesedaran hanya datang apabila usia menghampiri tempoh persaraan, sedangkan pada masa itu ruang untuk membina semula simpanan KWSP semakin terhad. Sebab itu dalam artikel ini, saya akan tunjuk jumlah simpanan KWSP mengikut umur yang anda patut ada untuk memastikan tabung persaraan anda mencukupi pada hari tua nanti. Teruskan membaca!

 

Kenapa Simpanan KWSP Penting?

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) diwujudkan sebagai skim simpanan persaraan untuk membantu pekerja khususnya sektor swasta atau kakitangan kerajaan yang tidak berpencen menyediakan dana kewangan apabila tiada lagi sumber pendapatan semasa tidak bekerja di hari tua kelak.. Secara asasnya, setiap bulan sebahagian daripada gaji akan dicarum ke dalam akaun KWSP melalui dua sumber utama:

 

- Caruman pekerja

- Caruman majikan

 

Gabungan dua caruman ini akan membentuk simpanan jangka panjang yang boleh digunakan selepas berusia 55 atau 60 tahun nanti.

 

Berapa Jumlah Simpanan KWSP Mengikut Umur?

KWSP sendiri ada menyediakan penanda aras simpanan asas persaraan yang boleh dijadikan panduan kepada pencarum. Menurut maklumat rasmi KWSP, sasaran minimum simpanan KWSP pada umur 60 tahun adalah RM390,000. Jumlah ini dianggap sebagai simpanan asas untuk menampung perbelanjaan persaraan.

 

Tapi untuk mencapai jumlah tersebut, simpanan perlu dibina secara berperingkat sejak awal kerjaya. Berikut merupakan panduan umum simpanan KWSP mengikut umur berdasarkan sasaran KWSP:

 

Umur Simpanan Asas Baharu
RM390,000 pada umur 60
Simpanan Mencukupi
RM650,000 pada umur 60
Simpanan Dipertingkatkan
RM1,300,000 pada umur 60
18 1,400 1,500 2,500
19 1,700 1,800 3,100
20 2,200 2,300 3,900
21 2,800 3,000 5,000
22 5,800 6,400 10,800
23 9,200 10,100 16,700
24 12,300 14,100 24,300
25 15,900 19,000 30,700
26 19,800 23,400 40,900
27 23,800 28,600 51,200
28 28,300 34,500 62,800
29 33,000 40,700 72,800
30 38,000 47,500 85,400
31 43,400 54,800 99,100
32 49,100 62,700 114,000
33 55,100 71,200 129,000
34 61,400 80,300 147,000
35 68,100 90,000 165,000
36 75,100 100,000 185,000
37 82,600 111,000 206,000
38 90,400 123,000 229,000
39 98,600 136,000 253,000
40 107,000 149,000 279,000
41 116,000 164,000 305,000
42 125,000 179,000 336,000
43 135,000 195,000 368,000
44 145,000 213,000 402,000
45 156,000 231,000 438,000
46 167,000 250,000 476,000
47 179,000 271,000 516,000
48 191,000 292,000 559,000
49 204,000 315,000 606,000
50 217,000 339,000 652,000
51 231,000 364,000 703,000
52 246,000 390,000 757,000
53 261,000 417,000 813,000
54 277,000 446,000 873,000
55 294,000 476,000 935,000
56 312,000 508,000 1,000,000
57 330,000 541,000 1,070,000
58 349,000 576,000 1,140,000
59 369,000 612,000 1,220,000
60 390,000 650,000 1,300,000

 

Sumber : KWSP

 

Kenapa Simpanan KWSP Tidak Mencukupi?

Berdasarkan jadual di atas, berikut merupakan beberapa sebab yang boleh menyebabkan jumlah simpanan KWSP anda tidak mencukupi:

  1. Gaji permulaan yang rendah
  2. Pengeluaran duit KWSP sebelum bersara
  3. Kos sara hidup meningkat
  4. Tiada perancangan persaraan

 

Kesimpulannya, ada individu bekerja bertahun-tahun tanpa pernah benar-benar memikirkan berapa jumlah simpanan KWSP yang patut ada pada umur tertentu. Apabila persoalan ini mula timbul, barulah anda sedar bahawa simpanan persaraan sebenarnya perlu dibina sejak awal kerjaya, bukan hanya apabila umur semakin hampir dengan usia persaraan.

 

Sebab itu penting untuk mula melihat simpanan KWSP sebagai asas kewangan jangka panjang, bukan sekadar potongan gaji setiap bulan. Apabila anda faham bagaimana simpanan ini berkembang dan tahu berapa sasaran yang perlu dicapai mengikut umur, lebih mudah untuk anda merancang langkah seterusnya supaya masa depan kewangan lebih terjamin.

 

Kalau anda nak belajar cara tambah simpanan persaraan dengan lebih strategik, bukan sekadar bergantung pada KWSP, boleh pelbagaikan sumber persaraan dengan Unit Trust. Mulakan dengan Unit Trust Starter Pack (USP).

Close

50% Complete

Two Step

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.