Cara Memulakan Bisnes

bisnes income Sep 21, 2023

Kalau anda perhatikan, bisnes selalu menjadi pilihan utama orang ramai sebagai sumber pendapatan kedua. Walaupun sudah ada pekerjaan tetap, pendapatan tambahan mereka mesti melalui bisnes.

 

Sebenarnya tidak pelik jika seseorang ada lebih dari satu pendapatan. Malah itu tindakan yang bagus.Terutama bila seluruh dunia menghadapi cabaran ekonomi yang sangat merungsingkan. Harga barang naik mendadak, kos sara hidup meningkat dan banyak lagi. Secara tak langsung mendorong seseorang buat sesuatu untuk kewangan mereka.

 

Anda terfikir macam mana cara memulakan bisnes? Ikuti perkongsian lanjut dalam artikel pada kali inI.

 

Cara #1 Buat bisnes dropship dan ejen

Bagi anda yang baru nak berjinak-jinak dengan bisnes, lebih baik anda cari bisnes yang sudah ada dalam pasaran. Cara ini adalah untuk memberi pendedahan dan pengalaman untuk anda. Kebiasaannya, bisnes model seperti ini anda tak perlu keluar modal dan tak perlu uruskan stok. Hanya fokus buat marketing dan cari pelanggan yang berminat kepada produk anda. Paling penting adalah “kaut” ilmu sebanyak mungkin supaya kalau suatu hari nanti anda mahu buat bisnes sendiri, anda sudah ada pendedahan dan pengetahuan untuk mengurus bisnes dari bawah.

 

Cara #2 Ambil inspirasi

Ada bisnes sendiri memang menyeronokkan. Tengok orang buat bisnes macam senang. Pelanggan ramai dan selalu repeat. Tapi hakikatnya, nak memulakan bisnes bukanlah suatu yang mudah seperti yang anda bayangkan. Sebab itu kalau anda berniat memulakan bisnes, ambil inspirasi dari bisnes yang anda idamkan. Anda mungkin bercita-cita untuk buka kedai. Atau mungkin nak buat bisnes dari rumah. Atau mungkin anda nak fokus bisnes online besar-besaran. Baca 5 cara terbaik buat bisnes online di sini.

 

Anda boleh ambil inspirasi dengan cara:

  • Beli produk dari bisnes yang anda suka dan rasai sendiri pengalaman dari proses order sampai proses penghantaran ke tangan anda.
  • Datang ke kedai dan buat tinjauan sebagai ‘pelanggan’. Perhatikan bagaimana sistem yang digunakan, apa yang anda boleh tambah baik dalam bisnes anda dan lain-lain. Boleh kata, buat research tentang bisnes orang lain.
  • Buat carian dan bacaan di media sosial, blog atau Google. Boleh juga ambil inspirasi dari bisnes yang ada di luar negara dan aplikasikan mengikut citarasa orang tempatan.

 

Cara #3 Gunakan kemahiran anda

Tak perlu susah-susah fikir nak buat bisnes apa. Gunakan kemahiran anda sehabis baik. Contohnya kemahiran dalam dunia kreatif seperti mengait, melukis, menulis dan banyak lagi. Kalau anda nak tahu, hasil kreativiti bila dijual bukannya murah. Ada yang cecah ratusan dan ribuan ringgit. Bergantung kepada pengalaman dan kualiti kerja anda. Sesiapa saja akan sanggup bayar lebih bila mereka berpuas hati dengan hasil kerja yang diberikan. Memulakan bisnes dengan kemahiran adalah salah satu tindakan yang bijak untuk tambah pendapatan. Sebab anda berpeluang buat apa yang anda minat dan boleh asah kemahiran disamping buat duit.

 

Secara keseluruhannya, bisnes merupakan salah satu jalan untuk anda keluar dari masalah ekonomi yang makin mencengkam kewangan anda. Macam saya katakan, memulakan bisnes bukanlah suatu perkara yang mudah. Pasti ada cabarannya. Anda mungkin bermula dengan kosong untuk bina bisnes yang stabil. Tapi itu langsung tidak menjadi satu kekurangan untuk pastikan anda miliki pendapatan tambahan dari sumber selain kerja utama anda. Moga artikel kali ini menjawab persoalan yang bermain di fikiran anda tentang cara memulakan bisnes.

Close

50% Complete

Two Step

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.