Kata orang, “start small, start now”.
Tapi bila memikirkan tentang deposit rumah, terus rasa tak semangat. Sebab bukan apa, kalau harga rumah tinggi, mestilah anda kena sediakan sejumlah duit yang banyak.
Mesti anda pening kepala cari jalan untuk kumpul duit deposit rumah. Dengan keadaan ekonomi yang tak menentu, gaji pula tak seberapa, anda jadi takut impian untuk realisasikan rumah pertama akan terkubur.
Tapi jangan risau.. Dalam artikel kali ini saya akan kongsikan lebih lanjut tentang cara simpan deposit rumah pertama tahun 2025 supaya proses untuk anda miliki rumah pertama berjalan lancar.
Tak susah pun, anda hanya perlu ikut cara-cara ini:
Untuk ikut cara ini, anda perlu sediakan 3 akaun bank yang berbeza supaya anda boleh asingkan pendapatan bulanan kepada 3 bahagian. Setiap bank mempunyai tujuan yang berbeza.
Bank investment/ saving ialah bank yang akan membantu anda untuk fokus menyimpan deposit rumah dengan cepat. Elakkan daripada keluarkan duit tersebut sehingga anda capai target deposit rumah yang anda tetapkan.
Sistem 3 bank ini tidak akan berhasil sekiranya anda tidak mengurus kewangan dengan baik dengan disiplin yang tinggi. Jadi, komitmen anda untuk kawal perbelanjaan dan konsisten buat simpanan adalah sangat penting untuk realisasikan impian rumah pertama. Ingat, tak kisah jumlah simpanan anda kecil, yang penting konsisten dan disiplin.
“Berapa banyak nak kena simpan untuk deposit rumah?” - Ini antara soalan yang biasa ditanya oleh bakal pembeli rumah pertama.
Biasanya, untuk beli rumah anda perlu sediakan deposit rumah sekurang-kurangnya 15%–20% daripada harga rumah. Ini kerana selain bayaran deposit rumah 10%, anda mungkin perlu membayar kos-kos lain seperti:
Ramai yang terlepas pandang kos tambahan ini. Hakikatnya, semua kos ini perlu anda pertimbangkan dan masukkan dalam kiraan simpanan deposit rumah. Sebab itu saya sarankan 15-20%.. Duit extra adalah sebagai margin of safety untuk tampung kos tambahan tersebut.
Bagi memudahkan anda, saya tunjukkan contoh pengiraan untuk anda capai matlamat untuk kumpul deposit rumah:
Mudah bukan? Sekarang giliran anda pula untuk mengisi dan buat kiraan dengan ikut cara di atas.
Lepas virus Covid-19 melanda dunia, banyak benda dah berubah. Termasuk cara anda menambah pendapatan. Sekarang, ada banyak alternatif sampingan untuk anda jana side income selain bergantung pada satu sumber pendapatan sahaja. Ada side income yang anda boleh buat tanpa perlu keluarkan modal yang besar dan anda boleh lakukan di rumah sahaja. Contohnya, anda boleh buat affiliate di platform Tik Tok, Instagram, Twitter, Shoppe dan lain-lain. Jika anda konsisten jana RM100 seminggu, dalam sebulan anda boleh dapat extra RM400.
Kalau anda mencari idea untuk tambah side income, saya ada kongsikan lebih lanjut dalam artikel sebelum ini. Baca di sini.
Jangan sekadar simpan duit deposit rumah dalam bank sebab ia tak memberi anda pulangan apa-apa. Sangatlah rugi 'park' duit selama bertahun-tahun dalam instrumen yang tak boleh kembangkan duit deposit rumah anda. Sebab itu anda rasa cita-cita anda untuk beli rumah seperti mustahil untuk dicapai. Jadi anda boleh gandakan nilai deposit rumah dengan melakukan pelaburan.
Dekat mana tempat yang boleh anda melabur dan pastikan duit simpanan anda berada dalam keadaan yang selamat?
Sekiranya anda masih baru dalam dunia pelaburan, saya cadangkan anda berjinak-jinak dengan pelaburan berisiko rendah seperti:
Tetapi jika anda sudah biasa dengan pelaburan berisiko rendah, anda boleh upgrade kepada pelaburan yang lebih kompetitif seperti:
Sebab realiti dalam pelaburan, “low risk, low return”, begitu juga dengan pelaburan berisiko tinggi, “high risk, high return”.
Anda nak tahu pelaburan yang lebih menguntungkan? Mestilah melabur ke dalam diri sendiri. Dalam konteks hartanah dan rumah pertama, anda patut tambah ilmu supaya anda tak mudah jatuh dalam dosa kewangan.
Kesimpulannya, tak perlu tunggu gaji besar pun untuk mula menyimpan deposit rumah. Ramai orang anggap susah nak mulakan simpanan deposit rumah , sedangkan semuanya boleh dimulakan dengan langkah pertama dan ilmu yang betul. Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. Sertai Kelas Percuma:First Property Kickstart(FPK) untuk mula langkah pertama anda hari ini!
50% Complete
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.