5 Cara Tingkatkan Simpanan KWSP

simpanan Mar 31, 2026

Menjelang tahun 2028, jumlah had simpanan asas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah dipertingkat daripada RM240,000 kepada RM390,000. Had ini dinaikkan atas faktor inflasi dan kos sara hidup yang semakin meningkat.

 

Ia bukan sekadar pelarasan angka, tapi merupakan petanda bahawa angka sebelum ini tidak lagi mencukupi untuk memenuhi keperluan hari tua anda. Jadi, untuk mengelakkan risiko anda bekerja sampai tua, pastikan anda baca perkongsian kali ini tentang 5 cara tingkatkan simpanan KWSP.

 

Cara #1 Tambah caruman sukarela

Selain daripada mendapatkan caruman wajib daripada majikan, anda juga sebenarnya boleh membuat caruman secara sukarela ke dalam tabung KWSP. Contohnya apabila menerima bonus tahunan atau lebihan tunai, anda boleh menambah simpanan melalui pilihan caruman sukarela sehingga RM100,000 setahun.

 

Bagi menggalakkan rakyat meningkatkan simpanan persaraan, kerajaan juga menyediakan beberapa insentif caruman KWSP, antaranya:

  • i-Suri – kerajaan memberikan padanan caruman sebanyak 50% daripada jumlah caruman, sehingga maksimum RM300 setahun.

  • i-Saraan – kerajaan menyediakan padanan caruman sebanyak 20%, sehingga maksimum RM500 setahun.

 

Insentif ini diwujudkan bagi membantu golongan yang tidak mempunyai caruman tetap daripada majikan seperti suri rumah, pekerja gig dan individu bekerja sendiri supaya anda tetap mempunyai simpanan untuk hari persaraan.

 

Cara #2 Elakkan pengeluaran awal KWSP

Simpanan KWSP direka untuk berkembang dalam jangka panjang melalui dividen tahunan dan kesan gandaan (compounding). Lagi lama duit kekal dalam akaun, lagi besar potensi pertumbuhan simpanan tersebut.

 

Sejak pengenalan struktur tiga akaun KWSP, pengeluaran simpanan KWSP menjadi lebih fleksibel. Simpanan kini dibahagikan kepada:

  • Akaun Persaraan (Akaun 1) – Simpanan utama untuk hari persaraan dan hanya boleh dikeluarkan pada umur persaraan.

  • Akaun Sejahtera (Akaun 2) – Boleh dikeluarkan untuk tujuan tertentu seperti pendidikan, kesihatan atau pembelian rumah.

  • Akaun Fleksibel (Akaun 3) – Membolehkan pengeluaran pada bila-bila masa jika diperlukan.

 

Walaupun pengeluaran melalui Akaun Fleksibel kini lebih mudah, sebaiknya elakkan mengeluarkannya kerana simpanan tersebut tetap sebahagian daripada tabung persaraan, bukan untuk kegunaan harian atau kecemasan.

 

Bagi anda yang pernah membuat pengeluaran awal KWSP sebelum ini, pertimbangkan semula untuk menambah jumlah yang telah digunakan. Langkah ini membolehkan simpanan KWSP anda kembali berkembang dan terus meningkat seiring dengan pulangan dividen tahunan.

 

Cara #3 Manfaatkan i-Invest KWSP

Anda mungkin pernah terfikir untuk gandakan lagi simpanan KWSP dan dapatkan pulangan yang lebih tinggi daripada pulangan dividen yang diberikan oleh pihak KWSP. Sebab itu, pihak KWSP ada menyediakan platform i-invest KWSP yang membolehkan anda melaburkan sebahagian daripada jumlah simpanan dalam akaun 1 kepada Institusi-Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang telah dilantik oleh pihak KWSP.

 

Melalui platform ini, anda boleh melabur dalam unit amanah tanpa melalui ejen yang mana mengenakan caj (1%-5%) kepada anda. Dengan ini anda dapat meningkatkan jumlah simpanan KWSP dengan mempelbagaikan portfolio pelaburan anda.

 

Cara #4 Urus gaya hidup & hutang

Pandai cari duit sahaja tidak cukup kalau anda tidak pandai urus kewangan. Dengan kawalan perbelanjaan gaya hidup di bawah kemampuan dan pengurusan hutang yang terkawal, aliran tunai anda akan jadi lebih stabil. Oleh itu, anda tak perlu sentuh simpanan KWSP untuk bayar hutang PTPTN dan kos untuk menunaikan haji walaupun ianya dibenarkan oleh kerajaan.

 

Hasil lebihan aliran tunai anda itu la yang boleh digunakan untuk tambah caruman sukarela seperti point no 1 yang dinyatakan di atas. Kalau anda masih menghadapi masalah aliran tunai negatif setiap bulan, apa kata anda sertai Money & Cashflow Mastery untuk baiki pulihkan aliran tunai anda.

 

Cara #5 Buat side income dan simpan dalam KWSP

Selain daripada 4 cara di atas, anda juga boleh cari duit extra melalui kerja sambilan atau buat bisnes kecil-kecilan. Ini bergantung kepada masa dan kepakaran yang anda ada. Kalau setiap bulan anda boleh dapat extra RM500, setahun anda dah ada RM6,000 duit lebihan untuk tingkatkan jumlah simpanan dalam KWSP. Kalau dapat lebih, lagi baik bukan?

 

Bak kata pepatah, sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

 

Kesimpulannya, persaraan mungkin sesuatu yang jarang difikirkan ketika usia masih muda. Tapi realitinya, kos sara hidup sentiasa meningkat dan sikap sambil lewa terhadap simpanan KWSP hari ini boleh memberi kesan besar pada masa hadapan apabila anda tua nanti.

 

Walaupun terdapat kelonggaran pengeluaran melalui akaun 2 & 3 KWSP, simpanan ini telah diwujudkan untuk tujuan persaraan bukan simpanan kecemasan. Anggaplah simpanan KWSP sebagai satu kewajipan terhadap diri sendiri supaya anda dapat menikmati kehidupan yang lebih stabil tanpa bergantung kepada orang lain.

 

All the best dalam usaha membina simpanan persaraan yang lebih kukuh 💪

Close

50% Complete

Two Step

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.