Pendapatan pasif atau passive income merujuk kepada pendapatan yang tidak memerlukan anda bekerja secara aktif setiap hari untuk mendapatkan duit. Ia biasanya dibina melalui aset, sistem atau pelaburan yang mampu dijana secara berulang kali selepas usaha awal dilakukan.
Saya yakin anda di luar sana tercari-cari bagaimana cara praktikal untuk memiliki pendapatan pasif ini. Sebab ia memberi anda lebih kestabilan, memberi banyak pilihan dan mengurangkan tekanan daripada hanya bergantung kepada satu sumber pendapatan.
Oleh itu, ikuti perkongsian lanjut tentang 5 idea jana pendapatan pasif yang boleh anda pertimbangkan berdasarkan minat dan kemampuan anda.

Kalau anda mempunyai ilmu atau kemahiran tertentu, anda tidak patut sia-siakan apa yang ada dalam diri anda. Sebab, di era Artificial Intelligence (A.I) dan automasi, produk digital adalah potensi pendapatan pasif yang masih ramai rakyat Malaysia belum terokai.
Cuba anda fikirkan semula, bagaimana ilmu dan pengalaman anda boleh membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi masyarakat hari ini. Inilah masanya anda memanfaatkan peluang yang ada. Berikut merupakan beberapa bentuk produk digital yang anda boleh hasilkan:
Apa yang lebih menarik, anda boleh gunakan bantuan AI untuk menghasilkan produk digital ini. Mudah bukan? Sebab itu, jangan sangka pengalaman, kepakaran dan kemahiran anda tak boleh mendatangkan pendapatan pasif. Info lanjut mengenai produk digital anda boleh teroka di sini!

Pelaburan berdividen ialah cara membina pendapatan pasif melalui agihan keuntungan daripada pelaburan yang anda pegang dalam tempoh tertentu. Antara contoh pelaburan yang memberi dividen:
Contohnya, kalau anda melabur RM10,000 dengan pulangan dividen sekitar 5% setahun, anda boleh menerima kira-kira RM500 setahun sebagai sumber pendapatan pasif. Walaupun nampak kecil, jumlah ini boleh berkembang apabila anda tambah modal pelaburan secara konsisten.
Sebab itu fokus utama bukan pada jumlah besar semata-mata, tetapi disiplin membina modal sedikit demi sedikit supaya pendapatan pasif melalui dividen akhirnya mampu menampung perbelanjaan bulanan anda.

Pelaburan hartanah mungkin tidak sesuai dengan semua orang tetapi kalau dibuat dengan cara yang betul, percayalah anda boleh menjana pendapatan pasif yang berpanjangan. Secara asasnya, terdapat dua sumber pendapatan dalam hartanah iaitu cash flow (aliran tunai sewaan) dan capital appreciation (kenaikan nilai aset). Kalau kadar sewaan hartanah anda mampu menampung ansuran pembiayaan serta kos penyelenggaraan, lebihan tersebut akan menjadi pendapatan tambahan yang menyenangkan.
Tapi anda perlu ambil maklum bahawa pelaburan hartanah ini memerlukan modal permulaan yang besar seperti wang pendahuluan, kos guaman, duti setem serta komitmen mengurus penyewa dan penyelenggaraan. Dengan perancangan kewangan yang betul, pelaburan hartanah berpotensi menjadi sumber pendapatan pasif untuk anda!

Affiliate marketing ialah cara menghasilkan pendapatan pasif dengan mempromosikan produk orang lain dan menerima komisen bagi setiap unit yang berjaya dijual. Ia biasanya dilakukan melalui platform seperti TikTok, Instagram, YouTube atau Shopee Affiliate yang menyediakan sistem tracking untuk setiap jualan.
Cara mulanya mudah, anda hanya perlu hasilkan kandungan seperti video review produk yang anda sendiri gunakan. Kemudian letakkan pautan link affiliate untuk memudahkan orang membeli. Contohnya, anda boleh review jam tangan, beg kerja, peralatan dapur atau gajet harian yang relevan dengan kehidupan anda.
Kelebihannya, anda tidak perlu menguruskan stok, penghantaran atau perkhidmatan pelanggan kerana semuanya dikendalikan oleh pemilik produk. Selagi kandungan video anda kekal relevan dan dipercayai, ia berpotensi menjana komisen secara konsisten walaupun sudah lama dimuat naik.

Royalti ialah duit yang anda terima apabila orang lain menggunakan karya, jenama atau ciptaan anda (harta intelek). Setiap kali ia digunakan atau dijual, anda akan menerima bayaran tanpa perlu terlibat secara aktif untuk mempromosikan produk anda.
Contoh 1
Anda tulis buku → publisher jual buku
➡️ Anda dapat % daripada setiap jualan = royalti
Contoh 2
Anda cipta modul latihan → syarikat lain guna modul anda
➡️ Anda dapat bayaran setiap penggunaan = royalti
Contoh 3
Anda cipta lagu → dimainkan di radio / Spotify
➡️ Anda dapat bayaran = royalti
Kalau anda nak tahu harta intelek ni ada 2 jenis:
Walaupun mengambil masa untuk membinanya, selagi karya tersebut terus digunakan, royalti boleh menjadi sumber pendapatan pasif yang berpanjangan.
Secara kesimpulan, pendapatan pasif bukan sekadar pilihan tambahan, tetapi satu keperluan kalau anda tidak mahu bergantung sepenuhnya kepada pendapatan aktif. Realitinya, apabila anda berhenti bekerja, pendapatan aktif juga akan berhenti. Sebab itu membina pendapatan pasif yang berterusan adalah langkah yang lebih rasional untuk jangka masa panjang. Seperti kata Warren Buffett, “If you don't find a way to make money while you sleep, you will work until you die”.
Dalam era hari ini, peluang untuk bina pendapatan pasif sebenarnya lebih banyak daripada yang anda sangka. Persoalannya sama ada anda mahu mula bertindak atau terus menunggu. Kalau anda rasa penat hidup tunggu gaji setiap bulan, mungkin sudah tiba masanya, anda bina sekurang-kurangnya satu sumber pendapatan pasif yang boleh menyokong kos perbelanjaan anda supaya hidup anda dengan lebih tenang dan selesa.
50% Complete
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.