Kalau anda nak tahu, kad kredit pada asalnya diperkenalkan hanya eksklusif untuk orang kaya dan golongan berpendapatan tinggi. Logiknya, sudah tentu sebab orang kaya merupakan peminjam yang berisiko rendah. Tak ada masalah untuk bayar balik hutang kad kredit setelah digunakan.
Berbeza dengan hari ini, anda dapat lihat kad kredit tersedia secara meluas kepada semua peringkat pendapatan, bukan untuk orang kaya semata. Anda yang bergaji minimum RM2.5k pun boleh miliki kad kredit.
Tapi awas, tanpa disiplin yang betul, kad kredit boleh menjadi perangkap hutang yang menakutkan.
Berdasarkan statistik daripada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) tahun 2024 menunjukkan lebih 53,000 orang yang berusia 30 tahun ke bawah telah menanggung hutang hampir RM1.9 billion melalui hutang pinjaman peribadi dan kad kredit.
Ini menunjukkan betapa mudahnya seseorang untuk terperangkap dalam hutang kad kredit jika tidak bijak menggunakannya. Untuk memastikan anda tidak terjerumus dalam dosa kewangan apabila menggunakan kad kredit, saya akan kongsikan dengan anda 5 kesilapan guna kad kredit yang ramai orang terlepas pandang.
Baca sampai habis! Silap-silap anda tengah buat salah satu daripadanya.
Bila ada kad kredit, ramai orang teruja dan terus berbelanja macam-macam tanpa berfikir panjang. Masalahnya, bila berbelanja ikut nafsu dan tidak ikut kemampuan sebenar, makin lama hutang pun makin bertambah.. Sudahnya, bila penyata kad kredit keluar hujung bulan, barulah gelabah. Ingat, kalau tak mampu nak bayar penuh penyata kad kredit, jangan belanja sesuka hati sampai tak ingat dunia.
Kad kredit sepatutnya digunakan dengan bijak, bukan untuk puaskan kehendak.
Nasihat saya, guna kad kredit hanya untuk perkara penting sahaja dan mengikut kemampuan berdasarkan bajet bulanan anda. Kad kredit boleh jadi alat yang memudahkan. Tapi jika disalahgunakan, ia bukan sahaja akan menambah beban kewangan, tetapi juga boleh menjejaskan kestabilan kewangan anda dalam jangka masa yang panjang.
Ramai orang seronok bila dah dapat kad kredit. Boleh ‘swipe’ sana sini. Tapi lepas dah pakai baru anda tahu ada banyak kos tersembunyi. Antara kos tersembunyi semasa menggunakan kad kredit ialah:
Jadi sebelum anda apply kad kredit, pastikan anda kaji dan fahamkan tentang kad kredit yang anda ambil supaya boleh maksimumkan kelebihan dan elakkan peluang dikenakan kos tersembunyi. Buat pembacaan atau tanya ejen kad kredit sebelum anda setuju untuk miliki kad kredit. Rancang sebelum guna. Jangan biar kad kredit jadi punca kewangan anda bocor.
Ini antara perangkap paling bahaya bila guna kad kredit yang ramai tak sedar iaitu hanya bayar jumlah minimum sahaja!
Nampak macam tak ada apa-apa bila anda buat bayaran minimum 5% daripada jumlah hutang kad kredit. Tapi sebenarnya baki hutang tertunggak dalam kad kredit itu akan dikenakan caj yang agak tinggi. Kalau anda nak tahu, caj dan kadar faedah kad kredit adalah yang paling tinggi jika dibandingkan dengan pinjaman kereta, personal loan dan rumah. Kadar faedah ini bukan sikit, nilai maksimum boleh cecah sehingga 18% setahun!
Sepatutnya, penggunaan kad kredit ini memberi kelebihan yang banyak kepada anda, tetapi kalau anda hanya bayar jumlah minimum, bermakna anda tak gunakan kelebihan tersebut dengan betul. Bank pula makin kaya sebab dapat peluang atas kecuaian anda. Anda pula? Terperangkap dalam dosa kewangan yang sepatutnya boleh dielakkan.
Sebenarnya kemudahan pembayaran minimum yang diberikan umpama "gula-gula" dari bank supaya bank boleh dapatkan peluang untuk buat keuntungan. Realitinya, bank bukan badan kebajikan. Mereka beri kemudahan kad kredit sudah semestinya untuk dapatkan peluang besar daripada anda.Jadi jangan biarkan bank yang untung, sebaliknya anda kena lebih bijak supaya anda yang untung bila menggunakan kad kredit!
Ramai yang anggap kad kredit macam duit percuma, boleh ‘swipe” sesuka hati, beli tanpa had, dan langsung tak rancang untuk bayar balik. Mereka lupa, setiap sen yang digunakan itu adalah hutang, bukan hadiah.
Bila anda tak bayar ikut masa, bank akan kenakan caj faedah tinggi dan penalti. Kalau tunggakkan hutang itu dibiarkan berlanjutan, hutang akan berganda dan lebih teruk lagi, rekod anda akan dihantar ke Central Credit Reference Information System (CCRIS).
Bila nama anda dah ada rekod buruk di CCRIS, kepercayaan bank terhadap anda akan berkurang. Ini akan menyebabkan anda susah untuk apply loan baharu seperti loan rumah dan kereta. Sebab tu penting untuk anda patuhi tarikh bayaran dan bayar penuh sebelum tarikh yang telah ditetapkan oleh pihak bank. Jangan sesekali abaikan bayaran hutang kad kredit anda kalau tak nak ada rekod buruk dalam CCRIS.
Takukah anda?
Di Malaysia, siapa sahaja yang berpendapatan tahunan RM36,000 dan ke bawah hanya dibenarkan memiliki maksimum 2 kad kredit sahaja. Manakala bagi mereka yang mempunyai pendapatan tahunan melebihi RM36,000, tiada had maksimum kad kredit yang ditetapkan.
Ini menyebabkan seseorang itu boleh memiliki 10 kad kredit atau lebih! Kad kredit bukan tanda untuk menunjuk-nunjuk kepada rakan sekerja dan jiran tetangga. Saya percaya, ada yang ambil lebih dari satu kad kredit sebab nak rebut promosi, cashback, point travel, atau diskaun eksklusif. Malah tak salah pun kalau anda pandai urus, tapi kalau salah cara boleh memakan diri.
Anda perlu faham bahawa semakin banyak jumlah kad kredit yang anda ada, semakin tinggi risiko kecuaian yang anda akan buat. Ia juga boleh menyebabkan anda lebih sukar untuk mengawal nafsu sebab dalam fikiran anda, anda sentiasa ada back up untuk dapatkan duit segera bila berada dalam situasi yang terdesak.
Memang tak salah ada banyak kad kredit kalau anda mampu, tapi perkara yang paling penting sebelum itu adalah: belanja ikut bajet dan kemampuan, jelas dengan setiap benefit kad kredit dan sedar setiap hutang yang anda buat. Kesimpulannya, kad kredit memang ada banyak kelebihan yang boleh membantu anda untuk berjimat cermat dan mendapatkan manfaat berganda. Namun, disebabkan 5 kesilapan yang selalu dibuat oleh kebanyakkan pengguna kad kredit membuatkan mereka terjerat dalam dosa kewangan yang tidak sepatutnya dilakukan.
Nasihat saya, sebelum anda bijak guna kad kredit, anda pun patut bijak menguruskan kewangan. Kalau rasa tak jumpa momentum untuk urus duit, sertai program Absorich iaitu Money & Cashflow Mastery . Anda akan belajar cara urus duit tanpa perlu korbankan gaya hidup anda dari program ini. Moga bermanfaat!
50% Complete
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.