Dalam zaman yang serba canggih ini, nak mula melabur saham tak susah macam dulu. Cukup ada telefon pintar, buka akaun CDS dan anda dah boleh mula melabur di Bursa Malaysia.
Tapi bila anda masih baru dalam dunia pelaburan, sudah tentu anda tidak lari daripada melakukan kesilapan. Oleh itu, hari ini saya akan kongsikan 5 kesilapan melabur saham yang selalu dilakukan oleh newbie supaya anda tidak membuat kesilapan yang sama.
Pernah dengar ayat “If you fail to plan, you plan to fail” ?
Ya, konsep ini juga terpakai apabila anda melabur saham. Sebelum mula melabur saham pastikan anda jawab 3 soalan wajib ini :
Bila anda berjaya jawab 3 soalan di atas, barulah pergi ke step seterusnya iaitu bina trading plan. Apa yang ada dalam trading plan ini?
Nak melabur saham, ada banyak kaunter yang ditawarkan di Bursa Malaysia. Sebelum anda buat pilihan untuk beli saham, trading plan penting sebagai ‘kompas’ yang akan bantu anda capai matlamat dalam pelaburan saham. Bila ada trading plan sendiri, anda tak akan melabur dengan mengharapkan buy call orang lain.
Satu perkara yang menakutkan dalam pelaburan saham adalah bilamana anda mula jadi tamak untuk buat keuntungan. Kalau ikut trading plan anda sepatutnya jual saham bila dah capai keuntungan yang disasarkan. Tapi sebab nafsu, anda tunggu supaya ia naik lagi.
Sebenarnya melabur saham bukan jalan untuk anda cepat kaya. Anda boleh kaya dengan saham, tapi ia perlukan masa dan proses. Anda perlu sedar bahawa lumrah saham ada masa untung dan ada masa rugi. Bak kata full-time trader yang saya lantik sebagai coach saham dalam Absorich Sdn Bhd iaitu Coach Zahid Bahari, rugi itu pasti, untung itu rezeki.
Bila anda terlalu teruja nak cepat kaya dan dapatkan keuntungan yang banyak daripada pelaburan saham, ingatlah yang ‘orang tamak selalu rugi’.
Nak melabur saham tidak semudah tekan butang beli dan jual sahaja. Anda perlu tahu juga analisis teknikal dan analisis fundamental. Kalau ikutkan, berlambak ‘mazhab’ yang wujud kalau cakap tentang teknik saham. Tapi kalau anda nak tambah pendapatan dengan saham tanpa teknik yang rumit, boleh sertai Kelas Percuma Saham Profit Kickstart, saya ajar anda 4 TEKNIK yang mudah dan patuh syariah.
Bila nak melabur dalam saham, anda perlu faham bahawa pasaran saham sangat volatile (tidak menentu). Disebabkan manusia adalah makhluk beremosi, kawalan emosi adalah sangat penting. Jangan sampai jadi seperti setengah pelabur yang bila harga saham naik, gelabah dan gelojoh untuk beli, bila saham jatuh, panik nak jual serta merta. Sebab itu pentingnya trading plan, supaya emosi anda terkawal dan tenang.
Modal pelaburan mestilah menggunakan duit lebihan bukan duit simpanan kecemasan ataupun pinjaman. Tindakan membuat pinjaman untuk melabur dalam saham bukanlah tindakan yang bijak. Malah, tak berbaloi langsung sebab pinjaman akan dikenakan interest (faedah). Sudahlah kena bayar balik hutang, ada caj tambahan, tiada jaminan keuntungan pula tu. Kalau rugi, sudah tentu anda akan menanggung hutang yang membebankan. Nampak tak risikonya?
Kesimpulannya, peluang untuk gandakan duit dengan pelaburan saham sangat mudah pada hari ini. Tapi kejayaannya bergantung pada ilmu, perancangan dan disiplin. Elakkan diri anda untuk melakukan 5 kesilapan di atas supaya anda boleh jana extra income secara konsisten dengan saham. Dalam situasi ekonomi yang tidak menentu dan kos harga barang yang semakin meningkat, anda mestilah jadi pelabur bijak yang memikirkan cara untuk meningkatkan kewangan, bukan merisikokan kewangan jadi lebih teruk.
Sehingga berjumpa lagi dalam artikel yang seterusnya 😉
50% Complete
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.