Pengeluaran 10K KWSP. Masa Depan Rakyat Akan Terkesan.

kwsp Mar 25, 2022

Pengeluaran 10K KWSP secara one off baru sahaja diumumkan oleh kerajaan pada 16 Mac 2022 yang lalu. Siapa sangka tabung persaraan untuk masa depan rakyat Malaysia menjadi solusi dalam memulihkan ekonomi rakyat  ketika ini. Saya secara peribadi ada memberi respons berkenaan pengeluaran 10K KWSP ini di laman YouTube saya. Anda boleh lihat di sini (letak link). Tetapi untuk anda yang suka membaca respons berbentuk penulisan, artikel ini khas untuk anda.

 

Walaupun isu ini sedang hangat dibincangkan sejak akhir-akhir ini, sebenarnya pengeluaran 10K KWSP kali ini bukanlah perkara baru. Ini merupakan pengeluaran KWSP kali ke-4 sejak 2020 sewaktu dunia dilanda wabak Covid-19. Bermula dengan i-Lestari, i-Sinar kemudian i-Citra. Saya lihat pelbagai respons dalam kalangan rakyat Malaysia tentang hal ini. Dan rata-rata yang membuat pengeluaran simpanan KWSP adalah mereka yang belum bersara. 

 

Ini duit mereka, hak mereka, katanya.

 

Persoalannya, bolehkah anda jangka berapakah baki yang tinggal bagi setiap ahli KWSP yang membuat pengeluaran setiap kali ia dibenarkan? 

 

Mungkinkah ia berada pada paras yang berbahaya? 

 

Sebelum anda buat keputusan untuk keluarkan maksimum 10K simpanan KWSP, cuba fikir dengan rasional adakah anda dalam kalangan 3 golongan dibawah;


Seorang lelaki terduduk kerana hilang pekerjaan

Golongan 1# Betul-betul terdesak?

Saya faham mungkin ada dalam kalangan anda sudah mati akal untuk memulihkan kewangan akibat terkesan dengan Covid-19 dan bencana alam yang melanda. Anda sudah cuba sedaya upaya mencari pekerjaan dan peluang perniagaan, namun semuanya tidak berhasil sehingga menyebabkan simpanan untuk anda menyara kehidupan terjejas dan berlarutan hingga kini. Jika anda berada dalam situasi ini, ambil sahaja peluang yang diberikan kerajaan untuk keluarkan duit KWSP. 

 

Tetapi, anda harus ada perancangan yang strategik supaya duit yang dikeluarkan benar-benar menyelesaikan masalah yang dihadapi. Gunakan duit ini untuk membeli keperluan harian atau untuk bina tabung kecemasan anda, sekiranya belum ada. Sekurang-kurangnya anda perlu ada back up plan untuk mendapatkan pekerjaan bagi menstabilkan kewangan dengan segera.


Dua orang sedang berbincang tentang masa depan perniagaan

Golongan 2# Pekerjaan dan simpanan tidak terjejas

Lumrah dalam hidup, ada yang bernasib baik dan sebaliknya. Kita dihidangkan berita berkenaan banyak perniagaan yang tutup dan ramai yang dibuang kerja. Pada sisi yang lain, telah wujud peluang pekerjaan dan perniagaan yang menguntungkan berlipat kali ganda di musim pandemik. 

 

Bagi saya, jika anda dalam kalangan mereka yang bernasib baik, saya nasihatkan jangan “gatal” tangan buat pengeluaran KWSP. Bagi saya, ini tindakan kurang bijak. Sebagai instrumen pelaburan rendah dan jaminan capital protected, KWSP memberi pulangan yang agak memberangsangkan setiap tahun. Dari segi financial planning, kalau anda keluarkan jumlah 10 ribu sekarang, ibarat anda keluarkan 15 hingga 30 ribu yang anda perlukan semasa bersara nanti.


Seseorang Mengeluarkan duit KWSP

Golongan 3# Pindahkan duit KWSP ke tempat yang beri pulangan lebih tinggi dan mudah dicairkan

Bagi saya kalau anda ada keinginan melabur, mesti dari awal anda sudah agihkan duit gaji anda. Sebaiknya segala bentuk pelaburan, gunalah duit simpanan anda selain KWSP. Jika anda keluarkan KWSP dan letak di tempat pelaburan yang mudah dicairkan seperti ASB, saham atau Unit Trust, duit tersebut lebih mudah lesap sekelip mata. Niat pada asalnya untuk pelaburan, boleh menyimpang kepada perbelanjaan yang tidak terkawal. 

 

Kelebihan simpanan KWSP ialah ia bersifat “beku”, di mana ia tidak sepatutnya dikeluarkan sebelum umur persaraan. Inilah “safety net” anda. Realiti pada hari ini, rakyat lebih cenderung berhabis duit untuk berjoli. Majoritinya tidak berdisiplin menyimpan untuk masa depan. Sebab itulah entiti KWSP ini berperanan untuk memastikan kebajikan hari tua anda tidak terjejas.

 

Jadi, anda golongan yang mana?

 

Kesimpulannya, pengeluaran duit 10K KWSP yang dibenarkan oleh kerajaan wajar difikirkan secara rasional oleh kita semua. Tujuan KWSP diwujudkan adalah untuk masa depan rakyat yang lebih baik dari sudut aliran pendapatan dan meringankan kos penjagaan kesihatan untuk hari tua. Ia bukan dicipta untuk menangani masalah pandemik atau bencana alam. Ahli KWSP mungkin terdedah dengan risiko kemiskinan  pada masa depan atas pengurangan yang berlaku.

 

Mungkin ada yang membidas, ala, belum tentu hidup sampai umur 55 tahun, macam mana kalau mati awal? Baik guna duit untuk enjoy sekarang.

 

Ada betulnya.

 

Tapi..

 

Macam mana kalau kita hidup lebih dari 55 tahun? Sampai 75 tahun? Cukupkah duit simpanan sekarang untuk menyara kita di hari tua?

 

Fikir-fikirkan. 

Close

50% Complete

Two Step

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.