5 Platform Emas Patuh Syariah

ekonomi pelaburan Apr 14, 2026

Harga emas yang kerap mencatat paras harga tertinggi sejak kebelakangan ini membuatkan semakin banyak pihak mula memberi perhatian terhadap emas. Ada yang sebelum ini tidak pernah menyimpan emas, kini mula mempertimbangkan untuk mula menyimpan sebagai aset masa depan.

 

Oleh itu, dalam artikel kali ini saya akan kongsikan 5 platform emas patuh syariah di Malaysia yang masih ramai tak tahu. Perkongsian ini bukan perkongsian biasa, sebab emas yang saya maksudkan bukanlah emas perhiasan seperti gelang atau rantai, sebaliknya emas pelaburan melalui platform patuh syariah yang sebenarnya lebih mudah dimulakan walaupun dengan bajet kecil.

 

Jadi pastikan anda baca sampai habis untuk tahu lebih lanjut.

 

Simpan emas dalam public gold.

Sumber: Public Gold

 

Platform emas #1 Public Gold

Public Gold merupakan salah satu syarikat emas fizikal di Malaysia yang telah beroperasi sejak tahun 2008 dan mempunyai 18 cawangan dan 155 mesin Gold ATM di seluruh Malaysia. Ia dikenali sebagai platform yang jual beli emas fizikal, sama ada dalam bentuk jongkong atau dinar, serta menyediakan kemudahan lengkap seperti pembelian, penyimpanan dan pengeluaran emas.

 

Dari sudut patuh Syariah, urus niaga emas Public Gold telah disemak oleh Amanie Advisors, iaitu firma penasihat Syariah yang terlibat dalam menilai produk kewangan agar selari dengan prinsip Islam seperti tiada riba, tiada unsur gharar dan pemilikan yang jelas. Ini penting supaya pembelian emas yang dibuat bukan sekadar sah dari sudut undang-undang, tetapi juga tidak menimbulkan isu dari sudut hukum.

 

Public Gold juga sesuai untuk anda yang mahu menjadikan emas sebagai aset simpanan jangka panjang, dengan minimum pembelian serendah RM100. Walaupun tidak dinafikan kadar susut nilai emas Public Gold antara yang tertinggi berbanding platform lain, tapi ia seiring dengan kos pengurusan, penyimpanan dan pengendalian stok emas fizikal yang ditanggung oleh syarikat bagi memastikan bekalan emas sentiasa tersedia untuk anda.

 

 Simpan emas dalam MAE Gold.

Sumber : Fintech News Malaysia

 

Platform emas #2 MIGA-I

MIGA-i ialah aplikasi perbankan digital oleh Maybank yang kini turut menawarkan perkhidmatan pembelian emas digital. Platform ini sesuai untuk anda yang sudah memiliki akaun Maybank kerana anda boleh membuat pembelian emas dalam aplikasi MAE semudah hujung jari.

 

Apa yang perlu anda ambil perhatian, platform ini sesuai untuk anda yang nak beli emas dalam bentuk digital dan boleh juga keluarkan emas fizikal. Kalau matlamat anda adalah kemudahan sistem dan integrasi perbankan, MIGA-i adalah pilihan yang praktikal.

 

 Bursa gold menawarkan simpanan emas dalam bentuk dinar coin.

Sumber : Bursa Gold

 

Platform emas #3 Bursa Gold

Bursa Gold merupakan inisiatif oleh Bursa Malaysia yang membolehkan anda membeli emas fizikal melalui platform yang lebih diyakini. Produk utama yang ditawarkan adalah emas dinar, iaitu emas fizikal dengan berat 4.5 gram bagi 1 dinar.

 

Keunikan Bursa Gold ialah prosesnya yang telus dan dikawal selia sendiri oleh Bursa Malaysia. Harga emas yang dijual adalah ‘real time’. Anda tidak perlu terkejut kalau anda beli emas di Bursa Gold dan harganya berubah-rubah setiap saat dan minit. Antara kemudahan Bursa Gold juga kerana ia memberikan anda pengalaman graf harga emas semasa. Sangat sesuai bagi anda yang dah biasa baca graf saham.

 

Berikut merupakan antara caj yang dikenakan ke atas pembeli emas di Bursa Gold :

 

  1. Caj Pengeluaran Tunai: RM0.15 per transaksi

  2. Caj Pembelian Emas : 0.20% per transaksi

  3. Caj Penjualan Emas: 0.20% per transaksi

  4. Caj Penghantaran : RM10 per box ( Maksimum 1 box 100g)

  5. Caj Cetakan: RM73.40 per dinar

  6. Caj Takaful : RM13 per dinar

  7. Caj Simpanan: 0.50% setahun

 

Modal permulaan untuk membeli emas di Bursa Gold adalah serendah RM10 sahaja. Kalau anda nak tebus emas fizikal minimum perlu ada 1 dinar dalam akaun simpanan Bursa Gold.

 

Apa yang anda perlu tahu, Bursa Gold lebih sesuai untuk anda yang nak melabur untuk jangka masa pendek atau mempunyai simpanan emas jangka masa panjang sebab anda boleh rasai pengalaman beli emas secara digital dan juga fizikal.

 

Mulakan pelaburan emas anda di Versa Gold.

Sumber : Versa

 

Platform emas #4 Versa Gold

 

Berbanding dengan beberapa platform lain, Versa Gold lebih sesuai bagi anda yang mahu melabur dalam emas. Di sini anda tidak membeli emas secara fizikal ataupun digital tetapi ia lebih kepada pelaburan emas dalam instrumen unit trust yang diuruskan oleh AHAM Shariah Gold Tracker Fund. Pelaburan ini dijamin oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan ianya patuh syariah.

 

Kalau anda ingin melabur emas di Versa Gold, anda hanya perlu membayar caj pengurusan dan trustee fee sebanyak 0.33% setahun. Sesuai bagi anda yang nak melabur kurang tempoh 5 tahun. Kalau nak dibanding dengan 4 platform yang lain, caj pengurusan di Versa Gold jauh lebih murah tapi perlu diingatkan ia tidak sesuai untuk anda yang inginkan simpanan emas secara fizikal.

 

 

Sumber: KAB Gold

 

Platform emas #5 KAB Gold

KAB Gold mengamalkan konsep yang hampir sama seperti Public Gold. Syarikat ini baru ditubuhkan pada tahun 2017 dan ianya milik 100% bumiputera muslim. KAB Gold menjual emas secara fizikal dan minimum permulaan sebanyak RM50 sahaja.

 

KAB Gold sesuai untuk anda yang ingin bermula dengan simpanan emas secara berperingkat. Walaupun tidak sepopular jenama besar lain, KAB Gold mempunyai keunikan yang tersendiri untuk anda yang ingin membeli emas secara fizikal.

 

Perbezaan 5 Platform Emas Di Malaysia

 

Platform Jenis Emas Minimum Pembelian Emas Kadar Susut Nilai (%) Pengeluaran Emas Fizikal
Public Gold Fizikal RM 100 5% – 10%
MAE Gold Digital & Fizikal RM10 2% – 4%
Bursa Gold Digital & Fizikal RM10 1.5%
Versa Gold Unit trust RM100 0.33%
KAB Gold Fizikal RM50 4% – 7%

 

Untuk pengetahuan anda, 5 platform yang saya nyatakan di atas ini mempunyai aplikasi yang tersendiri. Kelebihan ini sedikit sebanyak dapat memudahkan urusan anda untuk memiliki emas secara fizikal mahupun digital. Oleh itu, jadilah pembeli emas yang bijak dan rasional sebelum membuat sesuatu keputusan.

 

Apa yang lebih penting, jangan beli emas sebab Fear Of Missing Out (FOMO), tapi sebab anda tahu fungsi emas sebagai aset untuk menjamin kestabilan kewangan anda.

 

Selain memiliki emas secara fizikal ataupun digital, anda juga boleh melabur emas melalui instrumen unit trust. Unit trust satu-satunya instrumen unik yang membolehkan anda melabur dalam pelbagai kelas aset termasuk emas. Jika anda seorang beginner, klik sini untuk info lanjut.

Close

50% Complete

Two Step

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.