Saham vs Hartanah. Mana Satu Pilihan Anda?

property saham Aug 17, 2023

Meneroka tempat pelaburan selalunya berlegar antara dua instrumen yang popular iaitu saham dan hartanah. Kedua-dua instrumen ini mempunyai perbezaan tersendiri untuk menggandakan kekayaan dan kewangan. Tapi persoalannya, kalau nak fokus satu pelaburan, nak pilih yang mana? Saham atau hartanah yang sesuai dengan jiwa anda?

 

Untuk menjawab persoalan tersebut, ikuti perkongsian dalam artikel kali ini untuk mengenalpasti mana yang sesuai untuk anda. Saham vs hartanah. Dengan harapan artikel kali ini membuka sudut pandang baharu seterusnya membantu anda buat pertimbangan memilih salah satu pelaburan ini.

 

Nak pilih saham atau hartanah, anda kena tengok 5 perkara penting ini:

 

#1 Modal/ Capital

Sebagai pelabur anda kena tahu, berapa modal yang anda perlukan?

 

Secara jelasnya perkara yang membezakan hartanah dan saham adalah modal yang rendah dan modal yang tinggi.

 

Hartanah

Harga hartanah dalam pasaran boleh tahan tinggi. Jadi dah semestinya modal yang besar perlu anda sediakan. Walaupun ada yang kata boleh beli rumah tanpa modal, anda tetap kena sediakan modal down payment dan booking fees terlebih dahulu.

 

Halah satu kelebihan melabur hartanah, anda boleh leverage pinjaman bank. Tapi untuk dapatkan pulangan seperti positive cash flow, capital appreciation dan sebagainya, cuba check terlebih dahulu komitmen anda seperti pendapatan, komitmen hutang, laporan CCRIS dan lain-lain. Sebab nak buat pinjaman bank bukan semudah yang disangka. Bank perlu pertimbangkan segala komitmen anda untuk pastikan sama ada anda layak atau tidak untuk membeli sesebuah hartanah.

 

Saham

Jika modal anda tak begitu besar, anda masih berpeluang untuk melabur dalam pasaran saham. Anda boleh mula melabur walaupun dengan modal serendah RM100. Ini yang uniknya pelaburan saham yang mana anda boleh ‘start small’ untuk pastikan pulangan yang konsisten. Kemudian barulah anda naikkan sedikit demi sedikit modal mengikut keselesaan anda.

 

Saham merupakan instrumen pelaburan yang menjadi pilihan popular orang ramai

 

#2 Ketidaktentuan Kadar Turun Naik/ Volatility Rate

Hartanah

Kadar turun naik untuk sesebuah hartanah agak stabil dan perlahan. Andai berlaku krisis ekonomi dunia, tidak mustahil nilai hartanah jatuh mendadak. Tapi, perkara ini jarang berlaku dalam masa satu hari yang mana harga rumah jatuh dan naik secara tiba-tiba sebab kebiasaannya ia berlaku dalam beberapa tempoh selepas pembelian.

 

Saham

Hakikat pasaran saham adalah sangat tidak menentu (volatile). Bagi mereka yang lama dalam instrumen ini pasti sudah ‘lali’ dengan naik dan turun harga pasaran dalam tempoh yang singkat. Jadi saya nasihatkan awal-awal, kalau anda jenis yang mudah beremosi apabila harga pasaran jatuh, maksudnya anda belum sesuai untuk melabur dalam saham. Melabur saham, sebaiknya bersiap sedia dengan jumlah duit yang anda selesa untuk burn supaya anda boleh mengawal risiko kehilangan modal.

 

#3 Kecairan / Liquidity

Bila anda buat keputusan untuk melabur, jangan ‘cari pasal’ melabur di tempat yang sukar dicairkan. Takut anda sendiri yang menanggung kesukaran.

 

Hartanah

Hartanah merupakan medium pelaburan jangka panjang. Ia adalah aset yang sukar dicairkan. Bagi memahami aspek kecairan/ liquidity ini, anda bayangkan saja apabila anda terpaksa menjual aset yang ada untuk dapatkan tunai segera bagi meneruskan kehidupan. Adakah dalam fasa itu anda dapat mencari pembeli dalam masa yang singkat? Dari pihak pembeli mereka perlu melalui beberapa proses dan tempoh yang panjang untuk kelulusan pembelian rumah, sedangkan anda perlukan duit dalam kadar segera. Jika anda sendiri sudah bersedia dengan emergency fund tidak mengapa untuk tekad dengan pelaburan ini.

 

Saham

Bila-bila masa anda boleh tukar unit pelaburan anda kepada duit tunai kerana saham adalah pelaburan jangka pendek. Anda boleh withdraw duit modal anda dengan menjual unit-unit saham yang anda telah laburkan sebelum ini.

 

Memiliki hartanah sebagai aset pelaburan merupakan pilihan terbaik untuk masa depan

 

#4 Leveraging

Ramai orang yang berjaya sangat suka akan konsep leverage ini. Kalau anda bijak aplikasikan konsep leverage dalam kehidupan, anda mampu membina kekayaan walaupun bermula dengan tiada apa-apa.

 

Hartanah

Anda yang melabur hartanah, boleh leverage pembelian rumah dengan menggunakan pinjaman daripada bank serta menggunakan Other’s People Money (OPM). Maksudnya anda tidak gunakan duit anda untuk membeli rumah pelaburan serta anda menggunakan duit penyewa untuk bayar ansuran bulanan bagi pihak anda. Anda juga berpeluang mendapatkan positive cashflow sepanjang rumah anda disewakan.

 

Saham

Meskipun saham boleh memanfaatkan konsep margin untuk dapatkan pinjaman daripada bank bagi melabur dalam pasaran saham, saya tidak galakkan anda berbuat demikian. Ini kerana kalau harga pasaran jatuh, anda bakal mengalami kerugian berganda. Peganglah peribahasa Melayu yang berbunyi “sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna” sebagai panduan untuk berhati-hati dalam membuat sebarang keputusan kewangan.

 

#5 Pengalaman / Experience

Setiap personaliti ada bidang yang bersesuaian dengan diri masing-masing. Jadi, bila buat sesuatu, barulah anda akan buat dengan sepenuh hati dan bersemangat.

 

Hartanah

Orang yang suka beraktiviti akan cenderung memilih pelaburan ini. Kalau anda ada kemahiran negotiate, itu lebih bagus. Bidang ini memerlukan anda berjumpa dengan ramai pihak termasuk developer, ejen hartanah, bank, peguam, penyewa dan lain-lain.

 

Saham

Orang yang berjaya dalam bidang ini biasanya mereka yang suka membaca, mengkaji financial report, draw chart dan lain-lain. Dunia saham tidak menuntut anda berunding dengan banyak pihak, sesuai untuk mereka yang berjiwa introvert.

 

Secara kesimpulannya, setiap satu antara saham dan hartanah ada keunikan tersendiri. Jika anda nak buat pertimbangan memilih salah satu daripadanya, ia bergantung kepada toleransi risiko, matlamat kewangan dan keutamaan anda. Semoga dari 5 perkara penting yang saya highlight dalam artikel kali ini sedikit sebanyak dapat memberi bimbingan dan keyakinan untuk anda buat keputusan bijak demi kesejahteraan masa depan.

 

Nak belajar melabur saham? Sertai saya dalam Saham Profit League. Klik di sini.

Close

50% Complete

Two Step

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.