Ada pelbagai mitos yang wujud tentang saham sehingga menyebabkan masyarakat takut untuk mula melabur. Sedangkan kalau anda mengetahui kelebihan dan potensi pelaburan saham, ia boleh jadi aset untuk anda tambahkan pendapatan.
Bagi saya, ilmu saham bukan lagi pilihan tapi satu kemahiran penting yang perlu dikuasai oleh lebih ramai masyarakat Malaysia. Supaya anda tidak terikat dengan naratif yang salah, saya akan bongkarkan 5 salah faham tentang saham yang mungkin menjadi penghalang kepada anda untuk mulakan langkah pertama dalam pelaburan saham.
Siapa tahu, pandangan anda terhadap dunia saham berubah selepas membaca artikel ini.
Tak semua urusan yang melibatkan duit itu judi. Sebelum anda mengatakan saham adalah judi, anda perlu faham bahawa judi membawa maksud permainan yang bergantung kepada nasib semata-mata dan seseorang akan mendapat keuntungan apabila nasib menyebelahi dirinya.
Tapi dalam pelaburan saham, anda perlu membuat analisis dan kajian sebelum membeli saham sesebuah syarikat untuk mendapatkan keuntungan dan mengelak kerugian. Kalau anda lihat saham itu memiliki potensi untuk naik harga, barulah anda buat keputusan untuk beli saham tersebut. Hasil analisis dan kajian itu yang membantu anda untuk mendapat keuntungan daripada pelaburan saham.
Tahukah anda?
80% daripada sekuriti (aset kewangan seperti saham, REITs, sukuk, ETF dan lain-lain) yang didagangkan di Bursa Malaysia adalah patuh syariah setakat Mei 2025. Jadi sebagai pelabur muslim anda tak perlu ragu-ragu lagi.
Anda beruntung kerana di Malaysia ada Majlis Penasihat Syariah (MPS) yang sentiasa memantau dan menyemak status syarikat saham sama ada ia patuh syariah ataupun tidak. Senarai nama ini akan dikemas kini 2 kali setahun iaitu pada hujung bulan Mei dan November.
Anda boleh tengok senarai saham patuh syariah di Suruhanjaya Sekuriti
" Hanya orang yang bergaji besar dan jutawan sahaja boleh melabur dalam saham.”
Sebenarnya tanggapan dan mitos seperti ini tidak betul. Anda tidak perlu tunggu kaya untuk melabur dalam saham. Kalau anda ada duit lebihan (selain simpanan kecemasan), anda boleh mula melabur di Bursa Malaysia. Nak buka akaun CDS (Central Depository System) hanya memerlukan RM11 sahaja. CDS berfungsi sebagai akaun untuk anda berjual beli saham.
Minimum pembelian saham adalah 1 lot = 100 unit saham. Jika harga seunit saham RM1, 100 unit saham bersamaan dengan RM100. Ya, saham memang tak perlu modal yang besar pun, tapi kalau anda nak pulangan yang berbaloi, disarankan anda melabur RM1000 sebab terdapat caj transaksi semasa jual beli saham dan risiko pelaburan.
Betul ke saham ini skim cepat kaya? Jawapannya TIDAK. Tapi, macam mana nak bezakan saham dan skim cepat kaya?
Dengan perbandingan ini, diharapkan tiada dalam kalangan pembaca yang terjebak dengan skim cepat kaya yang secara jelas satu penipuan.
Saya harap perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu membetulkan salah faham saham yang masih berlegar dalam pemikiran masyarakat. Nak mula melabur saham memang perlukan ilmu yang betul supaya setiap tindakan dibuat dengan yakin, bukan sekadar ikut orang.
Paling penting, carilah guru atau mentor yang betul-betul berpengalaman dan faham selok-belok pasaran saham. Di Absorich (platform pembelajaran atas talian), ada menyediakan Kelas Percuma Saham Profit Kickstart yang dikendalikan oleh Trainer berpengalaman yang salah seorangnya merupakan full-time trader. Kalau anda nak mulakan langkah pertama, inilah masanya untuk anda bertindak.
50% Complete
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.