Sebab Kena Melabur Sekarang

kewangan Jun 03, 2023

Pada masa sekarang, ramai yang berpusu-pusu nak buat pelaburan. Kalau boleh, nak melabur secepat yang mungkin. Nak melabur dekat semua tempat. Ada juga yang sanggup keluarkan beratus malah beribu duit semata nak melabur.

 

Orang kata saham ni untung, nak labur duit dalam saham. Ada orang nak ajar pasal Crypto, terus sign up. Ada ejen unit trust ajak melabur dalam unit trust, terus labur.

 

Pernah tak anda terfikir, apa sebab kena melabur? 

Tak boleh ke simpan duit dalam bank je?

Kalau tak melabur, tak boleh kaya ke?

 

Untuk merungkai persoalan anda, saya senarikan 3 sebab anda kena melabur dalam artikel kali ini supaya anda tak lengahkan tindakan melabur yang ada banyak kelebihan terhadap kewangan anda.

 

Sebab kena melabur #1 Untuk lawan inflasi

Inflasi banyak mengehadkan kuasa beli anda. Tengok realiti hari ini, harga barang naik mendadak. Kalau dulu dengan RM50, anda boleh beli macam-macam. Sekarang dengan RM50, anda hanya mampu beli 3-5 barang saja. Baca lebih lanjut tentang inflasi di sini.

 

Saya bagi contoh lain. Duit 50 ribu yang anda kumpul boleh beli sebiji MYVI pada hari ini. Tapi 5 tahun akan datang, kalau anda tak buat apa-apa pada duit 50 ribu tersebut, belum tentu anda boleh beli sebiji MYVI. Sebab 5 tahun akan datang, mungkin sebiji MYVI berharga 60 ribu ringgit. Sebab itu anda kena melabur. Sekurangnya anda boleh dapatkan dividen, hasil anda letakkan duit dalam instrumen pelaburan. 

 

Sebab kena melabur #2 Untuk gandakan kewangan 

Melabur memberi anda peluang untuk gandakan kewangan anda dari semasa ke semasa. Salah satu keunikan dalam pelaburan adalah kaedah “compounding”. Saya ada terangkan tentang compounding dalam YouTube sebelum ini. Tengok di sini. Nak gandakan duit, bukan bermaksud anda kena buat 2-3 kerja dalam satu masa. Anda kena bijak bina pendapatan secara pasif, yang tak perlu keluarkan banyak tenaga. Melabur adalah salah satu jalannya untuk gandakan kewangan.

 

Sebab kena melabur #3 Untuk capai matlamat kewangan

Melabur membolehkan anda untuk berusaha ke arah matlamat kewangan yang anda impikan dalam tempoh lebih cepat berbanding anda simpan di tempat yang tiada pulangan. Antara contoh matlamat kewangan ialah beli rumah, memulakan perniagaan, membayar hutang atau pinjaman, simpanan persaraan dan sebagainya.

 

Secara kesimpulannya, melabur memberi banyak kelebihan kepada anda. Orang yang tak mahu melabur bermaksud mereka tak mahu 3 perkara yang saya senaraikan dekat atas. Anda sendiri kena jelas, tidak semua pelaburan sesuai untuk semua orang. Sebab setiap pelaburan ada seni dan risikonya. Mungkin sesuai untuk orang lain, tapi tidak untuk anda. Begitu juga sebaliknya. 

 

Hari ini anda boleh lihat instrumen pelaburan wujud bak cendawan tumbuh selepas hujan. Terlalu banyak. Sampai saya sendiri tak ‘terkejar’ nak fahamkan dan terangkan kepada anda. Jadi sebelum anda buat keputusan untuk melabur, nasihat saya hanya satu. Melaburlah ke dalam diri sendiri terlebih dahulu. Belajar dan aplikasi ilmu yang anda ada. Barulah pelaburan jadi “senjata” paling ampuh untuk anda bina kekayaan yang berpanjangan. Nak mula melabur dan LEVEL UP “game” pelaburan anda? Jumpa saya dalam MONEY LEVEL UP!

Close

50% Complete

Two Step

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.