3 Tempat Terbaik Simpan Duit Raya Anak

simpanan May 08, 2025

 

Bila tiba hari raya, ramai yang teruja untuk buat persediaan terutamanya bab duit raya, baju baharu dan hidangan hari raya. Meriah bukan semata meraikan kemenangan lepas sebulan berpuasa, tapi meriah sebab inilah masanya untuk eratkan hubungan kekeluargaan.

 

Antara detik yang paling menyeronokkan buat anak-anak mestilah saat dapat duit raya. Budaya memberi duit raya ni dah jadi satu tradisi turun-temurun dalam masyarakat Malaysia. Tapi di samping meneruskan tradisi itu, ibu bapa sebenarnya ada satu persoalan yang selalu bermain di minda mereka:

 

"Nak simpan kat mana duit raya anak ni?"

 

Jika anda ada soalan yang sama sebagai ibu bapa, anda berada di platform yang tepat sebab saya akan kongsikan 3 tempat terbaik simpan duit raya anak pada zaman sekarang.

 

Tempat #1 Tabung Haji

Anda yang beragama Islam sangat beruntung kerana wujudnya institusi seperti Tabung Haji. Ia bukan sahaja organisasi yang menguruskan jemaah haji, malah turut menawarkan simpanan yang patuh syariah. Menariknya, selain kelebihan mendapat dividen tahunan, anda juga tidak lagi perlu pening kepala untuk bayar zakat simpanan serta agihan keuntungan yang diterima kerana Tabung Haji telah bayarkan zakat bagi pihak anda.

Kalau anda nak tahu, setakat tahun 2025, jumlah minima deposit yang melayakkan seseorang untuk mendaftar haji adalah sebanyak RM1,300.

Bagus juga kalau anda dapat simpan dan daftarkan haji bagi anak anda sejak kecil. Sebab zaman sekarang nak tunggu giliran untuk tunaikan haji boleh mencecah sehingga 100 tahun. Jadi daftarkanlah haji untuk anak anda seawal mungkin supaya mereka boleh tunaikan haji di umur yang muda.

 

Tempat #2 Amanah Saham Bumiputera (ASB)

Selain Tabung Haji, anda juga boleh pertimbangkan untuk menyimpan duit raya anak anda ke dalam ASB. Kenapa? Sebab ASB merupakan instrumen berisiko rendah yang dijamin oleh pihak kerjaan. Bermakna pulangan setiap tahun yang anda terima adalah konsisten. Tiada sebarang kos jualan atau yuran penebusan dikenakan. Kalau anda perhatikan prestasi dividen yang diberikan dari tahun 2013 hingga 2023 juga agak memberangsangkan. Boleh tengok data di bawah:

 

Sumber: Bernama

 

Di sini anda boleh lihat bahawa ASB merupakan tempat yang bagus untuk simpan duit raya anak anda, lebih lagi untuk jangka masa yang panjang berbanding hanya simpan di bank sahaja yang tidak memberi apa-apa pulangan dan terdedah dengan inflasi.

 

Tempat #3 SSPN/SSPN - i

 Bagi ibu bapa yang mempunyai pendapatan RM100,000 setahun, SSPN-i antara pilihan yang bijak. Bak kata pepatah, sambil menyelam minum air. Ini kerana anda akan menikmati dua kelebihan serentak.

 

Selain duit raya anak anda mendapat nilai dividen yang kompetitif, anda juga boleh menikmati pelepasan taksiran cukai sehingga RM8,000. Lebih menarik lagi, dengan deposit serendah RM1,000, anda juga layak untuk mendapat perlindungan takaful percuma. Bukan itu saja, kalau anda ingin membuat simpanan secara bulanan, anda juga boleh tetapkan auto deduction dari akaun bank terus ke SSPN-i setiap bulan.

 

Sebenarnya, menyimpan duit raya anak bukanlah sesuatu yang sukar seperti yang disangkakan. Dengan memilih tempat yang betul, duit raya anak anda boleh berkembang dengan lebih baik. Ada banyak platform yang memberikan pulangan lebih tinggi berbanding menyimpannya di bawah bantal atau di dalam bank.

 

Jangan biar duit raya anak anda disimpan di tempat yang tak memberi pulangan langsung. Pilihlah platform terbaik hari ini dan mula bina asas kewangan yang kukuh untuk masa depan anak anda. Anak anda pasti akan berterima kasih suatu hari nanti.

 

Nak tahu lebih banyak tips simpanan dan pelaburan yang bijak untuk masa depan anak? Sertai Channel Telegram Ask Dr Adam sekarang. Tindakan kecil anda boleh mengubah masa depan anak anda.

Close

50% Complete

Two Step

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.